Pengalaman UK 1

Tempat : Underground Station, London


Saya akan terlambat ke kelas kalau tidak cepat. Turun dari tangga ke Platform Tube. Pintu tengah terbuka. Tapi siren tube telah berbunyi.


"Tet! Tet! Tet! Tet! Tet!"
bermaksud pintu sudah hendak ditutup.
tapi, hati cakap, "wajib jangan terlepas tube ni! rugi 2 minit nanti"


akal mula berfikir dan membuat congakan.
berat = ringan (xboleh sebut kuantiti)
berat beg galas = 1 buah buku, 1 kekasih hati (GDC), 1 pencil box = ringan
saiz badan = cun
maximum velocity = sempat mencelah kat pintu yang tengah nak tutup tu


buat keputusan, lari!
pintu tengah tutup, terus lompat masuk dalam tube.


ERK! x lepas.
I'm obstructing the door.
Sakit gak ah.
Tapi masuk jugak la dalam tube tu.


Owh, rupanya, saya sudah MEMBESAR! 
^_^


*************************************

sebenarnya tiada perkara yang mustahil dalam hidup.
kalau dah tekad dan berusaha betul-betul (maximum speed + lompat),
insyaAllah, Allah kasi ganjaran.


"kerana sesungguhnya selepas kesulitan itu ada kemudahan. sesungguhnya selepas kesulitan itu ada kemudahan" [94 : 5-6]


kerana sesungguhnya selepas obstructing the door, sampai elok-elok time lecturer nak tutup pintu dewan kuliah. sesungguhnya selepas obstructing the door, sampai elok-elok time lecturer nak tutup pintu dewan kuliah.

^_^


p/s : nak tiru gak ah post 1 2 3 4 ... approaching infinity


Hibernasi

Tersedar dari lamunan. Rupanya lama juga aku tertidur.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Syukur pada Allah kerana masih lagi mencampakkan hidayah dan rahmat.
Jazakumullahu khaira kepada ikhwah-ikhwah yang banyak memberi dorongan.
Jazakumullahu khaira kepada ikhwah london yang sanggup bersabar.


Bila Allah mencampakkan hidayahnya, segeralah menggarap,
sebelum ianya ditarik semula,
sebelum semangat itu malap semula.


Terfikir kadang-kadang,
Apa 'logam' yang ada dalam diri aku ek?


"Wahai orang-orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan" [74 : 1-2]


p/s: Futur itu biasa. Dan tidak bangun selepas futur itu bahaya.


I did it my way

baru lepas usya home page facebook. terserempak dengan status yang ada kaitan dengan lagu "My Way"
tapi saya tak suka versi frank sinatra. saya suka versi robbie william.
sebab, it's more inspiring.
dan lagu ini membuatkan saya mengimbau pada kenangan-kenangan lepas.


lagu ni saya mula jumpa pada awal sem3. disebabkan itu satu sem yang super busy, itulah sem yang macam-macam perasaan wujud. suka, sedih, up, down, jahit, koyak, bersemangat, lemah, dan lain-lain.
jadi, lagu ni selalu mendampingi saya ketika di kmb.


sebenarnya, almost every morning sebelum ke kelas, dari sem3 ke sem 4, lagu ni akan berkumandang di A243.
^_^
sebab, ia menghadirkan jugak semangat walaupun sedikit.


tribute to syamil muhammad yang memperkenalkan lagu ini kepada saya melalui blog beliau.

saya hadiahkan kepada anda,
Robbie William - My Way