TEMUDUGA JPA

2 April 2008...
Deringan lagu 'Joget Lambak' mula menari-nari di cuping telingaku, menandakan sudah pukul 5.30pg. Terasa tidak bermaya untuk aku mengangkat selimutku yang tidak seberat mana. Terasa seperti mengangkat beban seberat berpuluh-puluh kilogram. Namun, kugagahi juga untuk bangun dengan sepenuh kudratku kerana hari ini merupakan hari yang amat penting bagiku. Penentuan sama ada aku layak mendapat biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara bergantung pada temuduga hari ini selain daripada kuasa mutlak Allah Taala. Aku bergegas untuk bersiap dan menunaikankan kewajipanku kepada Al-Khaliq. Baju kemeja lengan panjang yang baru kugosok semalam kusarungkan ke badanku. Terasa seperti alam persekolahan kembali..haha.., berbaju kemeja lengan panjang dan ber'tie'. Aku hanya minum air teh panas sebagai alas perutku pada pagi yang dingin itu..

Aku mula bertolak dari rumah pada pukul 6.45pg. Yela, sungai petani dgn Jitra agak jauh la jugak..lebih kurang 40-50 minit perjalanan. Tak termasuk dengan kesesakan lalu lintas lagi di sungai petani nanti. Sepanjang perjalanan, aku tidak berasa apa2..tenang saje..perasaan sebegini la yang aku amat harapkan daripada Allah Taala..Pada waktu itu, aku terkenangkan peristiwa semasa di kisas, aku terpilih untuk mewakili sekolah dalam kuiz matematik tambahan kerana ketenanganku..hahah.. Adakah aku ni seorang yang cool?? aku pun tak mampu untuk mentafsirkannya.

Aku tiba pada pukul 7.45 pg. setelah mencari parking, aku terus ke bangunan utama dan menyemak namaku..ha?? dibawah sekali!! Sudahku agak, turn aku mesti yang paling akhir. Adess..aku pun menaiki tangga ke atas untuk mendaftarkan diri..Sampai saje di atas, hah???


Ramainya chinese and indians!! Aku dikelilingi oleh orang2 cina dan india..haha, hanya segelintir sahaja yang berbangsa melayu. Namun, aku masih seperti tadi, cool..tiada keresahan tergambar di jiwa.Ntah la..nak kata bersedia, malam tu aku chat saje dengan kawan2.. Setelah mendaftarkan diri, aku terjumpa kawan lamaku..Amaludin Syafiq yang kini sudah menjadi ex-SAINA..Sambil menunggu giliran kami, kami pun berborak tentang pengalaman sewaktu sama2 di Smkak dahulu..sungguh menggelikan hati. Terasa seperti tiada temuduga pada hari itu. Aku sungguh tenang dan bahagia..Ahaks.. Sedang asyik bersembang, aku ternampak kelibat Madihah Bt. Engah ataupun 'Madeng'..haha..gelaran popular dalam kalangan pelajar lelaki Smkak ketika itu..Kelihatan seperti tengah sibuk menguruskan sesuatu..asyik turun naik tangga..haha..


Jarum jam sudah pun melimpasi pukul 9.45..sahabatku tadi sudahpun dipanggil ke dalam bilik 2 untuk ditemuduga..Namun, aku masih belom di panggil..5 minit selepas itu kumpulan 2 untuk panel 1 pun keluar..Ha!! tiba la msa yang dinanti-nantikan..sambilku menunggu giliran namaku untuk dipanggil, aku ternampak kelibat seorang pempuan ni..macam kenal. berpakaian serba pink..haha..pempuan...biasa la.. Setelah kuperhati betul2, la.....Maisarah rupanya..lain bebeno rupa wajahnya ketika itu..ahaks.. "Akmal hayat!! Nombor 4!!"..namaku disebut oleh petugas yang bertugas di situ..Kami disuruh berbaris (macam di sekolah rendah la plakk..huhhu) dan masuk ke dalam bilik 1. Kumpulanku terdiri daripada 5 orang termasuk aku..4 orang perempuan dan seorang lelaki (aku la tu)..aiseh..ni yang segan ni..xpe2..setelah masuk masing2 ambil tempat duduk masing2..namun aku berlainan dari yang lain..aku terus ke hadapan panel2..setelah aku memberi salam, aku salam panel lelaki dan tunduk tanda hormat kepada panel perempuan yang seorang lagi..biasa la..budak kisas..ahaks..kalau tak silap..kak natasha namanya..baru aku terus mengambil tempat dudukku..

Kumpulanku amat berlainan sekali dengan kumpulan2 yang lain..setelah kududuk, kak natasha terus bertanyah khabar dan terus memberi tajuk 'discussion'. Tajuknya...


Between nation and country, which is more important to you??


Ha!! Tajuk sejarah!! Ambek ko!! haha..abes la aku..dah la aku memang nak lupakan matapelajaran sejarah..aiseh.. 5 minit diperuntukkan untuk kami mencari point..Tiba2, seorang perempuan ni (nama dia izyani kot, budak SAINA) menegurku dan hendak meminjam sebatang pen..Mujurlah aku bawa 2 batang pen. Kalau tak, kesian kat dia..haha..Aku pun mula memerah otak mencari idea..adess..aku mencari isi2 penting bagi kedua-dua elemen iaitu nation and country sebab aku tak tahu nak pilih yang mana..Izyani memulakan perbincangan..sungguh fasih..huh!!memang gaya mat saleh..aku pun dengar sajela apa yang dimerepekkan..haha..dia memilih nation untuk diperbincangkan..


At last, sampaila giliran aku..aku nombor 4. tengah asyik ligat berfikir, aku memulakan ucapan..fuh!! sejak biler aku fasih bahasa inggeris ni..haha..aku pun pilih la..COUNTRY!!! haha..amek ko..aku pun merapu la dekat panel tu..semua masuk negara bangsa italy dgn jerman, kerajaan turki uthmaniyah..haha..nampak macam panel2 tu berminat untuk mendengar.. Sedang asyik berucap tiba2 aku tercakap bahasa ARAB!!! haha..Abess la aku..Aku pun minta maaf dan memberitahu bahawa aku mengambil bahasa arab samasa di sekolah menengah..Semua orang ketawakan aku..aiseh..malu gler.. Setelah tamat berucap,kami diuji seorang demi seorang..tak pula panel2 tu suruh untuk perkenalkan diri..huhu..selamat aku sebab ake tak prepare pape untuk introduce myself ni.. Kami ditnya tentang kos yang kami pilih dan hendak ke negara mana jika diberi peluang untuk memilih.. Aku amat berminat dengan jawapan budak cina seorang ni..dia amek medic dan ingin menyambung pelajaran ke middle east!! Aku hampir sahaja tergelak..selamat sempat cover..huh! Lepas tu panel laki tu cakap..ha!! lepas ni boleh la belajar arab kat Akmal Hayat! haha..masing2 tergelak..tu la..terlepas cakap bahasa arab lagi...Tiba saja turn budak nombor 3 (budak Saina tu la), dia bercakap tentang medic..sampai la dekat satu statement dia..


I'm interested in medic because i will be very pity when i see sick and dying people. And i hope when i become a doctor i can help them so that they can stay alive..not like an engineer that just with his machines. Doctor is more nearer to citizen compared to engineer..bla3..


Ha!! lepas 2, kak natasha pun tengok aku. dia tanya aku amek kos pe..aku jawabla engineering.. Lepas 2 dia tanya lagi.. "adakah kamu bersetuju dengan pendapat cik izyani??"..pergh!! Aku dah x fikir dah..xdak pertimbangan..aku pun trus jawab... NO!! amek ko..haha..mampusla aku..apa hujah aku nak bagi nanti..Lepas tu datang la satu idea untuk mengaitkan engineer dengan rakyat. Aku bagi la contoh Y.B. Dato' Ir. Md. Zin, Menteri Kerjaraya yang baru..Amek ang!! haha..aku pun start la merapu lagi..then baru dapat idea..aku pun teruskan hujah ku...


Ya..memang pendapat cik izyani x dapat disangkal (skema la plakk) .Tapi jika difikirkan semula..apa yang menyambung pertalian hubungan antara seorang doktor dengan seorang pesakit itu?? Mesti la mesin rite??haha..mesin siapa yang buat?? engineerkan..Sebab, tanpa mesin, saya x anggap bahawa seorang doktor itu dapat menjalinkan hubungan dengan pesakit dengan baik sebab jika kita lihat senario zaman sekarang, doktor2 sudah kasar dengan para pesakit..betul tak?? Bla3...


Panel2 mengangguk tanda mungkin bersetuju dengan ku..tapi aku x tahu apa yang sedang bermain di fikiran mereka sebab hujah2ku, aku rasakan x begitu kuat dan agak banyak merapu..haha..aku hanya mampu bertawakkal kepada Allah Taala..Aku telah melakukan apa yang termampu.. Setelah tamat perbincangan, kami dibenarkan beredar..kami mengambil balik clear holder yang berada di atas meja panel..sebelum keluar, sekali lagi aku bersalaman dengan panel lelaki tu, aku harap dapat menjadi aset markah yang akan diberikan kepadaku..haha..


Setelah keluar dari bilik 1 itu, aku ke meja pendaftaran untuk memulangkan semula nombor.. Aku terdengar cina yang nak ke middle east tu berkata.. "All lying..haha.." dan disambut oleh budak Saina tadi.. "same with me..all lying..huhu" Hah??? ceh..ingatkan betul2..rupa2nya masing2 bodek kerajaan untuk mendapatkan biasiswa...huhu..patutla hujah pempuan tadi macam susah je aku nak percaya..Apapun kuberserah saje kepada Allah Taala..


Selain daripada temuduga tadi, perlu diingat ada lagi satu kuasa penentuan yang mutlak iaitu Allah Taala..

Itulah kata2 semangat yang ayahku beri kepadaku setelah tamat saja sesi temuduga itu.. Tawakkal kepada Allah Taala..Itulah senjata terakhir ku.....

4 comments:

h a r i z, H said...

all lying...haha...
ko pon same...salam x ikhlas...haha

fieqa said...

lalala~~

nice story..

yuuhhuu..all lying...~>>

Anonymous said...

hahahh
all lying ya
sm ar
aku ritu dpt tjuk
abt copywrite pirate
huhuhh
mrapu jek
ang kira ok ar
=)

Anonymous said...

ma yat...o..ske2 tlis madeng eh..