Tidak tahu bagaimana hendak mencoretkan ia. Pabila sesuatu itu melibatkan hati, hanya Tuhan yang tahu bagaimana. Terpana aku sebentar pada suatu artikel SaifulIslam ketika sedang kuleka melompat web ke web. Seolah-olah ada sesuatu yang Tuhan mahu sampaikan padaku.
Berhenti memberi harapan. Berterus-teranglah.
Aku tidak berani melakukannya secara berdepan. Sungguh lemah diriku ini. Namun hasil istikharahku mengatakan sebegini
Aku masih lagi dalam fasa belum bersedia untuk menerima kehadiran seseorang dalam hidupku. Pintu hatiku masih belum terbuka untuk insan yang bergelar hawa.
Pernah kucuba. Namun kurasa ianya menyulitkan. Pernah juga ianya menjauhkan aku daripada jalan-Nya. Tika itu, terasa diri ini begitu gembira. Keseronokan dunia. Siapa yang akan menolak. Namun tika itu jugalah, terasa ketenangan hakiki kian pudar dan pudar. Entah menghilang ke mana. Tidak tenteram. Itulah kata hati yang kian gersang dengan alunan zikir-zikir pada-Nya.
Ku sedar itu, namun seakan sambil lewa sahaja ku titikberatkan ia. Sudah beberapa kali Dia menarik aku kembali ke jalan lurus itu. Namun pada setiap tarikan itu, tiap kali itu juga lah aku akan membina selekoh ke jalan yang baru.
Hingga satu tahap. Dan aku rasakan aku perlu berhenti. Berhenti daripada 'memberi harapan' pada orang lain. Kerana 'kamu' belum lagi pasti untukku. Biarlah percaturan Allah Taala menentukan segalanya.
Ini pengakuanku. Kuharap tiada lagi yang mengganggu cara hidupku selepas ini. Ku ingin kembali pada jalan yang dahulu itu. Pada rakan2ku, berhentilah bergosip tentangku. Aku sudah penat mendengarnya. Sedikit sebanyak ia juga mengganggu tumpuanku pada tugasan-tugasanku.
Sehingga kini, secara jujurnya aku masih belum mempunyai hubungan istimewa dengan mana2 hawa. Malahan aku tidak mahu untuk jangka masa 2-3 tahun ini. Jika 'kamu' merasakan diri ini terberi harapan untuk kamu bertakhta di hatiku, aku menarik balik harapan itu. Seribu kemaafan daku pinta. Aku sangat ingin membebaskan diriku daripada semua itu.
Jika 'kamu' merasakan diri ini terberi harapan untuk daku bertakhta di hatimu, aku menarik balik harapan itu.
Aku harap kamu faham. Bukan niat dihati ini untuk melukakan hatimu. Tidak sama sekali. Inilah jalan cintaku. Ku harap kamu hormatilah ia. Semoga Allah menggantikan tempat untuk diriku dengan seseorang yang lebih baik lagi. Ketahuilah percaturan Allah Taala itu lebih baik dan sangat indah.
Berhentilah memberi harapan
Berhentilah memberi harapan kepada suatu yang belum pasti kerana engkau mungkin tersungkur jika tidak mendapatnya.
Untuk mencintai seseorang sangat indah
Pernahkah kita terfikir betapa sang Pencipta sangat mencintai kita
Namun pernahkah kita cuba membalas cinta itu
Sulamlah perasaanmu dengan sulaman kehambaan kepada-Nya
Hiasilah cintamu dengan acuan kecintaan yang abadi
47 comments:
berterus teranglah :)
>> mynmeisazm :)
>> ImaginE
hidup ini satu pertimbangan
perlu diadili sebaiknya
takut menzalimi orang lain
ataupun orang tersebut
berterus terang lebih baik..
aduyai..aku baru tau pasal benda ni beberapa minggu lepas..lembabnya aku..ahahahaa...tapi ok je..
akmal ow akmal..hurm..aku pun tak faham pasal benda ni..haiz..apa aku nak cakap ye?
jangan dilayan sangat seyh..kita laki, kena kuat..haha..usah dipandang mereka.. :)
memeranjatknny post ni~
tp apapon
berkatalah benar walaupun pahit~
hny kebenaran yg membuka jalan yg betul..
Dia lebih tahu yg terbaik utk semua..
walau bukan tautan hati, tp izinkn 'dia' menjadi sahabat.. jgn cari 'ilah tu
Hahaha, akmal, nampak sgt terdesak!
dah ada tnda berjiwa kebun!!
Jiwa Kebun!!! [bukan hati kebun ek]
bagus ar camtu, keep it up, [first time aku back up ang nih, appreciate cket, haha]
kebaikan itu ialah apabila kita lakukan, hati merasa tenang, kemungkaran pula, menggegarkan ketenangan!
xpe2, nnti smpai masa yg sesuai, x yah duk post camnih dah, post surat jemputan, aku datagn, haha.
"Whoever you wanna love, and whoever you wanna be loved, don ever forget about one love, Allah's Love.. :) " -aminrox-
woi..ramai peminat nih!!~wahaaha...!!~
>>crixerity
ap bnde yg ko br tw ha? cter cket kt ak..
jangan dilayan ye..aku takut ko yg paling advance nnt..huhu
>>Syaimaa
ia..sebagai sahabat..namun ada juga yg dikhuatiri..
ditakuti istilah sahabat itu disalahertikan..
lalu kembali memberikannya 'harapan'...
>>Amin Rox
lepas ni..dh xdk modal hg nk kata pape kt aku..ahaks!
dalam dok kata jgn dok komen psl kebun..boh gak tu..
btw, nice quote there..
>>Hafizi
aii..first time aku tgk ko komen kt sni..
mn aci hafizi je komen..ak pon nak komen gak
:))
akmal..jgn risau..insyaAllah ko kawen nanti..jodoh pertemuan ditangan tuhan..tp jgn lupa plak jempot aku pi knduri noh..lapaq nasik minyak nih..hehe
:))
sbb istilah sahabat tu x dilestarikn dgn tepat..
lelaki dan pmpn bila bersahabat mcm2 fitnah akn timbul..
tp masing2 kna faham..
talk,
small talk~
big effect..
just let it pass.. tribulasi kecil dlm perjuangan ilmu..
setiap org akn diuji
dan ujianNya pd titik kelemahan kite..
btw.. bdk2 cairo dh abes exam msg2 'galak' beronline, so jgn terperanjat~
salam.
dlm berdakwah tu
mmg banyak fitnah
yg penting bersabar...
"innallaha ma'as-shabirin"
>>Yin
apehal tiba2 msok bab kawen ni..setahu aku, xde lakk aku sembang sal kawen dlm post kali ni..huhu
>>syaimaa
yep..i agree with that. thanx for da words
>>muslim
yep..jalan dakwah itu penuh liku.
dan disetiap liku itulah terdapat ranjau2 cabaran..
dan seringkali ia merencatkan perjalanan suatu dakwah..
cuma berdoa agar setiap liku itu dapat ditempuh dengan baik
"Pada rakan2ku, berhentilah bergosip tentangku. Aku sudah penat mendengarnya."
Blah a wei...
ang ingat aku dok kena ngan ang berkali-kali tuh, aku x penat ka dengaq + baca??
Buleh lelah aku tau x!
Ni aku mula nak emo nih...
to ibnu suriani>>
cekgu sy kata.. jgn emo2.. nnt symphatatic naik.. Cardiac Output decrease, low blood perfussion.. bla bla bla bla.... mati muda...
ngah3~
selamat bertenang~
jiwa kebun btol la hang ni! haha
hihi... mge Allah tunjukkan yg terbaik utk ko huhu...
tp polik je post ni ha huhu
serius x paham!jiwang la paya ni.I can't even understand!I am not good in tersirat~tersurat.
PAYA!ada parut ka kat kepala?=)
>> aminuddin
tiada yg lebih kebun melainkan amin rox..kne ingat tuh
>> khairul syazwan
ex-roommate/classmateku, xde ape yg pelik..cuma justifikasi agar tidak terus terdorong ke arah 'jalan si makhluk merah' itu..
1st time ko komen kt sni!! huhu
>> petite girl aka Ann
hahah..kata amek MALAY A1..kne aplikasi rr sastera di mana jua anda berada..
aku bukan PAYA!! harap paham..ho2
salam...rasanya sunnah org menuntut ilmu akan di uji...dan ujian sebegini lah antaranya...tapi kalau dh yakin istikharah 2...btul la...
cuma takdir Allah ja yg menentukannya...cuba selidik dan kaji balik NIAT...tui ka niat kita???
yg 2 ja kut...salam perjuangan warga KMB~
tq akmal...4 diz wonderful post...
hope die dpt menerima bnde ni dgn baik..
hehe...
mari kejar cinta yg spttnye kite kejar..
hehe..
btw, u taught me how 2 handle my feelings..
hehe...
tq sgt..
>>albanat
wslm.."fahijratuhu ila ma hajara ilaih"
yep..selalunya kerana tersalah niat di hati memesongkan kita daripada apa yang dihajati..
>>nurul hajar
sesme..niat post ini hanyalah satu..
sebagai peringatan dan perangsang kepada diri sendiri dan yang lain untuk sedar akan matlamat hidup sebenar..
kerana kadang2, gangguan daripada emosi yang tidak sepatutnya melekat di hati banyak menjejaskan tumpuan kita untuk matlamat yang jelas itu
salam FULLSTOP!..
selamat berhenti..
selamat kembali menjadi daie yang membina..
say sayonara to jahiliah..
"Tatkala hidayah itu datang menyentuh hati, gengamlah ia, bimbang ia tidak datang untuk kedua kalinya.."
..Hadith 12..
..Hadis 6..
Ali imran: 31
Az-zumar: 53
salam...post ni mmg sgt mnarik bg sy..langkah yg saudara ambil utk b'terus terang mmg sgt tepat...sy setuju dgn saudara...
"berhenti memberi harapan.berterus teranglah"
Alhamdulillah, melalui blog saudara, saudara telah berjaya b'terus terang mengenai prinsip saudara,mengenai jalan cinta saudara.tetapi, kadang-kala cara kita b'terus terang kurang sesuai...saudara memilih cara utk m'buat post di blog saudara kerana saudara tidak berani berdepan...hanya ingin sekadar menegur, supaya kita sama2 dapat merenung kembali...kte perlu menghormati dan menjaga nama baik saudara-saudara seislam kita..mungkin juga selepas post ini d'publish..rmi org akan membacanya...hasilnya,mungkin orang2 lain yang tidak tahu menahu mengenai gosip ini akan mula t'tanya2..siapakah kaum hawa yang d'maksudkan itu??mereka akan mula mencari dan b'tanyakan kpd kenalan2 mereka yg lain utk mendapatkan jawapannya..lantas, gossip2 yg tidak enak juga akan timbul..dan bg kenalan2 lain yg sememangnya mengetahui siapakah kaum hawa yg d'mksudkan itu...tidakkah secara automatik,mereka m'pandang serong kpd kaum hawa itu?bagaimana perasaan dia?tidakkah itu m'aibkan dirinya??orang lain akan mula b'ckp belakang dan m'buruk2kannya...sedarkah kita sebenarnya hal ini semakin d'perbesarkan??
saudara,pada pendapat sy, tidak semua bnda kita boleh share di blog kta,t'utamanya jika ia melibatkan org lain..lbh baik jika saudara b'depan dengannya..jika tidak ada kekuatan, bg lah sms kpd gadis t'sebut..dan tidak perlulah kita m'hebah2kannya..kita perlu meletakkan diri kita dalam situasinya juga..perlu menjaga maruahnya juga..islam m'ajar kita supaya sentiasa mnjaga aib saudara s'islam dan jgn sebar2kannya..tanpa kita sedari, mlalui p'buatan kita, kita tlh m'aibkan org yg t'babit..mmg bnr, ini blog saudara..tp saudara prlu igt..blog ini d'baca oleh semua org..maaf jika ada yg x suka m'baca teguran sy ini..sy sekadar mahu b'kongsi pandangan...sekian..
>> khazinatul asrar
thanks for da support..btw, FULLSTOP!
your recent post..huhu
>> anonymous
- terima kasih atas pandangan saudara. pandangan sangat subjektif. tiada yang salah dan sukar juga membuat justifikasi..
- saya terima pandangan saudara. ia sangat tepat. terima kasih kerana menegur. i really appreciate it.
- izinkan saya menerangkan sesuatu. sebelum membuat post ini, saya membuat satu justifikasi adakah perlu atau tidak.
- lahirnya post ini sebenarnya bukan kepada seorang yang khusus. kerana buat pengetahuan saudara, saya tidak pernah mempunyai hubungan (istimewa?) dengan mana2 perempuan secara khususnya.
- jadi, target group daripada post ini adalah untuk kaum adam yang banyak bergosip dengan yang tu la..yg ni laa..yang tidak masuk akal..
- dari situ, ada gosip yang berbunga, ada yang mati di situ sahaja. jadi, gosip yang berbunga itulah ditakuti mengembang mekar.
- it's very general especially. tiada dituju kepada sesiapa secara khusus. kerana disebalik rimbunan bunga itu, susah sebenarnya kita nak tahu yang mana telah berkembang mekar dan yang mana belum..
- btw, perbincangan yang baik. Tentang Hati mengalu-alukan kedatangan dan pandangan saudara..
- Jazakallahu khair
salam.
aku x paham
nape byk sangat komen nih
camne ko bole
ada banyak peminat nih?
>> muslim aka sobri
wslm..komen = perkongsian pandangan
xde kna mngena ek dgn peminat or x..
thanks akmal...
akmal,
mmg elok kita ptt berterus terang,
tp, semua itu bergantung kpd tempat, masa dan keadaan...
kalo akmal nak tahu, ada seorang shbt sy yg mnjd mangsa... dier x prnh merungut dgn keadaannya...
kwn2 sekeliling sering mengatakan yg tdk baik tntng prmpn trsbt... akmal kene fhm... prmpn bkn bahan mainan... mmg akmal x prnh menyebut sape prmpn tersebut... tp, prmpn lain mula mencari2 sapekah perempuan yg dimksdkan dan akhirnya prmpn lain yg mnjd mangsa... prmpn yg mnjd mangsa hanya diam dan mendengar... tdk prnh menrungut wlpn sekali...
dan 1 lg pendpt saya, berterus-teranglah scr berdepan krn itu yg terbaik... pk pros n cons akmal bwt mcm nie... jauhkan diri dgn sft ego akmal yg tinggi... dan jk dirasakan tdk pntng, x perlu untuk disiarkan di dalam blog akmal...
sama2 memikirkannya... Insyaallah...
salam.
akmal!!!
camne ko tau sape aku?
to anonymous,
jgn salahkn akmal
kesian die
apa pun
virus fitnah harus dihapuskan!!!
klu x sume bole demam
(cam aku)
>> muslim
hahah..ko reveal diri ko kt blog org len spe suruh..kejap je r leh detect
xpe sob, biar ak tergkn secara tersurat..susah rpenye gne bhsa tersirat..
>> Anonymous
ok lah..cmni cter sebenarnye..i'hv mentioned earlier that i'll think thoroughly b4 writing any post..
let the true story begin...
- aku kalo sembang ngn geng2 ak, cket2.."akmal..ak dh tw ko ngn spe.."
aku pun "apekah??"..soh bgtw..dy xnk..ok lg
- group lain lakk..serupa..bla tnya..xmau gtw..katanya.."alaa..buat2 xtw lakk.." aku pn.."apekah??"
- kalo stkt 1-2 aku x kesa..ni sampai bpa byk kali..aku pun xtw sapa..ok..if u r in my place..that u dont noe who was gossiped with u..ad tbe2 nk buat assumption..dy ni kot..then sms..(psl content dlm post ni laa)
- then xpsl2 kne.."ko perasan ke hape ah?!!" head shot beb..sminggu tdo x lena..tgk muka dy pun, lari nnt..
- disebabkan 'tidak tahu' dan 'tahu aku xde special relationship ngn sape2', sebab tu this is the best way that i think can get rid of any fitnah2 ni..
- sorry..no offense..if u r not clear, just this is the way i can tell u so that u understand my case..
- i hope u understand..kalo ade lg yg nak diperkatakan..rajin2kan diri untuk emel di
ev_12mv2@yahoo.com or
ev.12mv2@gmail.com
- sy sangat alu-alukan komen/pandangan saudara/saudari
- correct me if i'm wrong
- maaf jika ada terkasar bahasa..terguris mana2..
- ana asiffu jiddan
fuh3!! panas2!!
mak aih, mahkamah ke ni?? kes pe nih??
hehe,, rasanya betul la apa yg diperkatakan olah anonymous itu, ana sokong 100%.
Dalam berpendapat, walaopun penulis tidak berniat untuk meluahkan apa2 perasaan tetapi hnya menasihat. tetapi apabila mebicarakan tentang hati, agak bahaya di situ. Kadang2 benda yg tidak haram boleh menjadi haram kerna asbabnya..
Jadi, sebagai cadangan ana, kurangkan membicarakan soal hati sendiri, walaopun dari aspek literaturenya mempunyai nila yang tinggi tapi fikrah agama perlu dilihat.
Apekah pula yg dirasai oleh mangsa yg digosipkan. Ana mungkin bukan muslimat, tapi kata orang MEn are from Mars, Women are from venus, sudah tentu berbeza. kalo muslimin mungkin perkara tersebut tiada apa2, tapi kalo muslimat wallahualam..
Semoga sama2 sedar, yg lagha dan syubhah ayuh kita tinggalkan.
Apekah lebih baik kalo membicarakan soal ilmu???
Apekah lebih baik membicarakan soal kemanusiaan??
case closed!
Post a Comment