Disclaimer:
Saya menulis post ini kerana saya rindu untuk menulis. Rasa macam sudah lama meninggalkan dunia penulisan. Jadi, harap maaf jika ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada anda. Saya cuma hendak menulis. Peace..
Disclaimer 2:
Kemungkinan besar post ini tidak berapa diminati sangat oleh pembaca wanita. Kerana tidak membesar dengan cerita-cerita ini.
^^v
Kemungkinan besar post ini tidak berapa diminati sangat oleh pembaca wanita. Kerana tidak membesar dengan cerita-cerita ini.
^^v
*******
Zaman kecil-kecil dulu, saya dan satu cerita kartun ni memang sangat tak dapat dipisahkan. Setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.30 pagi, di TV2. Namanya Dragon Ball. Ianya sebenarnya sudahpun menjadi memori.
Kebelakangan ni, ASTRO memainkan kembali Dragon Ball Z Kai. Dan Danish akan selalu mengajak saya untuk menonton bersama. Walaupun dia nampak saya sedang sibuk belajar! Dan saya pula terpengaruh. Haha.
Kalau anda perasan kan, ajakan dan permintaan budak kecil sangat susah untuk ditolak. Tambahan jika di akhir ayatnya dia sebut, "Please~~~" Cair terus. Owh, bagaimanalah saya nanti jika sudah punya anak. OK. Ini SELINGAN.
Tak dinafikan saya agak enjoy dengan jalan ceritanya. Tambahan pula ia mengembalikan kenangan dan memori lama. Tapi saya sangat tertarik dengan satu ayat daripada Vegeta / Bezita (atau nama2 yang sewaktu dengannya).
"Kami adalah kaum saiya! Setiap kali kami hampir terbunuh dalam pertempuran, dan kami pulih semula, tahap kekuatan kami akan meningkat. Kami kaum saiya, yang kekuatan tiada had batasan!"
Haruslah, setiap kali tengok dorang berlawan, tambah-tambah kaum saiya, seperti Son Goku, Vegeta, dan Son Gohan, mereka mesti akan berlawan sampai tak terdaya dan hampir mati. Tapi yang paling best adalah jika mereka diselamatkan / dipulihkan. Terus kekuatan mereka akan meningkat ke satu tahap yang lain. Dan akhirnya, musuh mereka (Freeza, Cell, Buu, Android, etc) kalah.
*******
Tamat cerita Dragon Ball.
Dalam kereta tadi, semasa dalam perjalanan pulang daripada melatih pelajar-pelajar sekolah bermain catur, tiba-tiba terbuat refleksi diri apabila Danish bertanya tentang kaum Saiya dalam cerita Dragon Ball.
Sangat kerap dalam kehidupan ini, diri ini ditimpa dengan ujian-ujian yang kadang-kadang merasakan sangat berat. Tak mampu untuk berdiri semula. Apatah lagi untuk mula berjalan kembali. Sehinggakan pernah merasakan yang diri ini tidak mampu lagi untuk meneruskan kehidupan.
Ujian-ujian dari Allah. Yang kita tak pinta. Namun Dia hadirkan jua.
Diri kita selalu mengeluh. Mengapalah ujian sebegini yang ditimpakan ke atas ku. Ramai lagi orang lain yang pada pandangan kita jauh lebih teruk dari kita, tapi Allah biarkan mereka dengan dunia mereka. Tidak perlu merasakan ujian yang 'berat' seperti kita.
Pernahkan terdetik dalam hati sebegitu? Ya, saya pernah.
Tapi, bila diri dah semakin besar, makin mengenali dunia, makin mengenali kehidupan, dan insyaallah makin mengenaliNya, diri ini sudah mula ada pandangan yang lain terhadap ujian-ujian tersebut. Terasa bahawa diri ini sangat disayangi olehNya bila ditimpa ujian-ujian 'berat'. Sebab, setiap kali diri ini menimpa ujian yang sedemikianlah diri ini akan kembali mencari pergantungan.
Pergantungan apa lagi yang tinggal apabila anda merasakan bahawa seluruh isi dunia tidak mampu menolong anda. Ialah pergantungan yang sebenar. Pergantungan pada Allah swt. Masa itu, akan merasakan bahawa solat kita sangat khusyuk. Setiap bacaan al-Quran, makna-maknanya sangat terkesan kepada hati. Hati yang keras, penuh dengan ego yang menggunung tinggi, kembali menundukkan diri kehambaan kepada yang Maha Menciptakan.
Kesedihan. Ia memang mengambil masa sedikit. Namun, apabila Allah keluarkan kita daripadanya, kita sudah menjadi lebih kuat. Tanpa diri kita sendiri perasan pun. Kan?
Ya, ujian itu menguatkan. Sebab ramai antara kita belajar daripada pengalaman. Apa yang lebih penting daripada itu ialah, ia menguatkan iman kita. Jika kita tidak putus asa, dan terus dan terus meminta kepadaNya. :)
Kadang-kadang diri ini je yang merasakan bahawa ujian itu terlalu berat dan tak mampu untuk ditanggung. Walhal, Allah dah janji pun dalam Quran. Allah takkan membebani seorang hambanya itu kecuali dia mampu menanggungnya. Jadi, berbahagialah.
Kita ditimpakan ujian kerana Allah masih sayang pada kita. Rindu mendengar setiap rintihan-rintihan kita.
Terasa malu pulak dalam diri. Sebab, tak mampu menyayangiNya seperti mana dia menyayangi diri ini. Dan dia tetap menyayangi diri ini walaupun sezalim mana sekalipun diri terhadap Dia. :((
*******
Apa yang boleh saya simpulkan daripada tengok cerita Dragon Ball ialah, sebenarnya saya, yang juga manusia, sebenarnya adalah dari Kaum Saiya! (suka-suka hati je bagi nama kaum). Kerana, apabila saya mula pulih daripada dibelasah dengan teruk oleh ujian-ujian, saya merasakan bahawa saya ini seorang manusia yang baru. :)
Saya berasa sangat bersyukur masih dikurniakan 2 nikmat yang terbesar. Iman dan islam. Kerana, ia akan selalu mengingatkan saya bahawa saya masih ada Allah ketika mana saya fikir seluruh isi dunia tidak bersama saya. :)
Well, kita adalah Kaum Saiya! Huhuh.. :)
*******
What doesn't kill you makes you stronger,
Stand a little taller.
What doesn't kill you make a fighter,
Footsteps even lighter.
-Kelly Clarkson-
:)
***
p.s : saya suka warna blog ini. jadi, sila jangan komen apa-apa pasal warna blog. :D
p.p.s : cerita legend. tak tau bila boleh update. >.<
***
p.s : saya suka warna blog ini. jadi, sila jangan komen apa-apa pasal warna blog. :D
p.p.s : cerita legend. tak tau bila boleh update. >.<
3 comments:
sy ske kaler blog ni...my faveret..:)
p/s:nak komen gak!!..:P(bluek)
marilah jadi super saiya.
bila terbaca tentang kaum saiya,
saya mula teringat peristiwa lama.
bila terbaca entry ni,
saya mula tersedar.
betullah ape yang ditulis.
bila kita pernah melalui.
kita akan tahu..
agak memberi semangat entri ni.
keep on writing.
saya membesar dengan cerita ini. =D
Post a Comment