17th December 2008
Bismillahirrahmanirrahim.
Cuti ini hidupku kesunyian. Cadangan pada asalnya, hendak berjalan-jalan memakan angin pada waktu cuti ini. Namun apakan daya, wangku tiada. Masih ternanti-nanti bilakah penaja nak bank-in semula. Semuanya habis dek buku2 yang mahal.
Natijahnya, almost sehari-harian terperap daku dalam bilikku ini yang tidak pernah sunyi dikunjungi adik-adikku untuk bermain game dan tengok movie. Walaupun bermain permainan video amat mengenjoykan, namun masih terasa kosong pada masa cuti ini.
Setalah menimbang tara, akhirnya diri ini telah membuat satu keputusan dengan harapan agar cuti ini akan lebih terisi. Walaupun sudah hampir 6 bulan berkenalan, namun aku tidak sebegitu rapat dengan "si dia". Mukan mudah untuk diri ini rapat dengan makhluk Allah yang tidak begitu dikenali. Lalu daku membuat keputusan untuk merapati dan mendalami diri "si dia".

Makin kudalami, makin kunampak keistimewaan yang terdapat padanya. Makin indah dek mata, akal, dan hati melihat. Makin bertambah kecintaanku pada cinta hatiku yang baru (tidak mampu untuk mengatasi cinta terhadap sang Pencipta). Setelah hampir seminggu mendalami, kuputuskan untuk menghebahkan tentang "si dia" pada khalayak ramai. Harap tidak timbul fitnah selepas ini. Sangat berharap agar semasa bersama "si dia" diri ini dapat menempuh IB Diploma dan alam pekerjaan yang bakal tiba dengan jayanya.
Saya dengan ucapan bismillahirrahmanirrahim memperkenalkan pasangan baru hidup saya...
Tada!!
Mr. GDC!!

GDC stands for Graphics-Display Calculator. Dilahirkan oleh Texas Instruments dengan nama officialnya TI-84 Plus. Dan beserta nama manjanya, MYLOTUS (nama ini khas untuk GDC aku jek sebab penat2 aku fikir dan cari nama). Banyak kelebihan yang terdapat pada MYLOTUS ini.
Kelebihan MYLOTUS:
- Boleh melakar graf dengan hanya perlu memasukkan equations.
- Menyelesaikan simultaneous equation. Up to how many unknowns you desire.
- Boleh memaparkan Periodic Table. (Harus di'install' terlebih dahulu)
- Menyimpan data-data.
- For financy.
- Dan yang paling xbley blah, boleh bermain game! Macam game pokemon. Siap boleh lawan lagi antara GDC dengan GDC lain.
- Dan banyak lagi. Belum sempat meneroka sepenuhnya kerana Buku Manual tertinggal di dalam locker di kolej.
Berharap dengan hubungan yang kamcing antara diri ini dengan MYLOTUS dapat membantu diri ini menerjah Pure Maths, Physics and Chemistry dalam menempuh IB ini. Ah ye..Statistics juga. Hampir terlupa. Welcome my new sweetheart~
Selamat tinggal yang lama. Jasa anda tidak pernah dilupa. Hampir 5 tahun kita bersama. Berbaktilah untuk yang lain pula ye.
Ayuh mulakan perjalanan. Kita terjah Fizik!! Today is Physic's Day!
Still wondering..when should be the T.O.K.'s day?? hurm..
Yours sincerely
~Akmal Hayat~



