Chess VS Exam

Bismillah..

5 hari saja lagi aku bakal memasuki gelanggang pertarungan yang mempertaruhkan hidup mati. Kemenangan pada perlawanan kali ini sangat diperlukan bagi menjamin laluan untuk ke taraf lebih tinggi itu mudah.

Aku terlintas beberapa artikel. "Pertandingan chess sedunia bakal berlangsung dalam masa sebulan sahaja lagi. Gary Kasparov pada ketika itu bukanlah seorang yang terkenal. Apa yang dia lakukan dalam masa sebulan itu?

Opening practices? Avoiding blunders practices? Conquering middle game practices?

Jawapannya tidak sama sekali. Malahan dalam masa sebulan itu dia sibuk untuk berjoging dan melakukan aktiviti2 fizikal.

Apa kaitan aktiviti fizikal dengan chess? Semua orang pelik. Namun pada akhirnya dia berjaya memenangi kejohanan tersebut.

Katanya, dalam sesuatu perkara, persediaan yang paling penting ialah PERSEDIAAN FIZIKAL. Al-'Aqlu As-Salim fi jismi as-salim.

Strategi untuk perlawanan menentang lawan kali ini
*********************************************************

First Opponent: Economics SL

Kemungkinan besar permainan bercorak serangan. Kemungkinan menggunakan taktik 'King Gambit'. Perlu banyak memanipulasi pergerakan (jawapan2) agar dapat mengawal permainan (soalan2) dengan baik.

Di samping perlu berhati-hati kerana membuka peluang kepada lawan untuk serang bertubi (kerana soalan agak abstrak dan memerlukan aplikasi konsep yang tepat), dan mungkin rugi possitioning pada awalnya, namun kemungkinan untuk mengawal mid-game sangat tinggi untuk menyerang lawan (senang dapat markah banyak).

Predicted Result: Win by checkmate!
*********************************************************

Second Opponent: Malay A1

Taktik permainan: "Smith-Morra Gambit"
Permainan ini dijangka akan dimainkan dengan lebih aggresif. Smith-Morra Gambit bakal menyaksikan serangan bertalu ke arah pihak lawan (malay je kot..haha).

Namun demikian, aku sangat perlu berhati-hati. Jika aku bermain dengan corang serangan, pertahanan kubu akan menjadi opportunity cost. Jika ditumpu pada serangan, kubu akan mudah terbuka dan dirobek kerana susunan bidak sudah meliar. (bermaksud, disamping menjawab soalan dengan sangat laju kerana masa sangat singkat, selalunya sangat susah untuk memenuhi kehendak soalan karya bandingan nie..)

Predicted Result: Win by time (susah sikit nk dapat 7)
*********************************************************

Third Opponent: English SL

Taktik Permainan: King-Pawn Game (usual game)
Pendekatan game ini mungkin agak biasa. Sama ada bercorak serangan atau bertahan bergantung pada lawan (soalan). Cara ini lebih fleksibel. Jika lawan bermain dengan corak serangan (soalan susah), aku akan bertahan untuk menggunakan taktik "counter-attack". Perlu berhati-hati dan kemungkinan besar aku akan rugi pada awalnya. Namun perlu bijak mencari peluang. (bermaksud aku akan rugi masa yang agak banyak, namun perlu hati2 dalam menjawab kehendak soalan)

Predicted Result: Draw by agreement
*********************************************************

Forth Opponent: Chemistry HL

Taktik Permainan: Queen-Pawn Game
Pendekatan ini dapat membantutkan lawan yang kurang biasa dengan teknik ini. Malahan membuka peluang untuk mengawal permainan dengan lebih tinggi. Selalunya siapa yang kawal mid-game kemungkinan untuk menang adalah 98%.

Seperti biasa, perlu berhati2 dengan counter-attack pihak lawan. Ia sangat bahaya kerana taktik ini juga menyebabkan pertahanan menjadi kucar kacir sedikit kalau tidak pandai susun bidak. (bermaksud perlu berhati2 dengan kertas 2. ESSAY!! Soalan yang contribute markah yang sangat tinggi.

Predicted Result: Win by checkmate!!
*********************************************************

Fifth Opponent: IM Mathematics HL

Taktik permainan: Sicillian-Defense
Permainan ini bakal mempraktikkan pembinaan kubu yang sangat hebat. Sukar untuk dipecahkan. Sangat berkesan untuk bertahan. Corak permainan akan lebih bertumpu kepada pertahanan kerana lawan akan sangat aggresif dan kuat dalam menyerang. Perlu menangkis segala serangan dan mengelak segala silly blunders (jangan sua queen pulak = jangan salah tekan calculator or salah tambah / darab dll).

Disamping bertahan, perlu mencari pusat kelemahan lawan. Bila lawan membuat blunder (ada soalan senang sikit) terus menyerang dan pastikan bidak2 semua cukup untuk memastikan serangan itu dapat merugikan lawan. Jika bernasib baik, checkmate!! (bermaksud, soalan pure math kena lebih berhati-hati, dan lakukan yang terbaik untuk soalan STATISTICS!!)

Predicted Result: Win by time (ada rezeki Insya-Allah dapat 7)
*********************************************************

Sixth Opponent: Grandmaster Physics HL

Taktik Permainan: Indian-Defense

Memang bercorang pertahanan r dari awal sampai abes. Sangat susah untuk mengatasi Grandmaster. Dia pakar dalam membaca segala permainan (soalan2 selalunya tahap dewa).
Elakkan blunders. GM sangat susah untuk membuat blunders. Jika nasib baik ada laa. Jika tidak, tak akan menyerang untuk lawan kali ini. Lawan ini menentukan kalah menang aku dalam percaturan kali ini. Perlukan persediaan yang lebih (banyakkan latih tubi!)

Predicted Result: Draw by Stalemate!!
*********************************************************

Overall Predicted Result
Win : 4 games
Draw: 2 games
Lose : 0 game

Hopefully by getting this result can make me eligible for higher ranking tournaments!

p/s: Sem2 exam sudah sangat dekat. CUAK! Doakan kejayaan kita bersama. Ameen! Semoga berjaya semua~

Suatu Puisi Rekaan Sendiri

Ku Terus Mencari Destinasi Itu

Indah nian suasana itu
Suatu fatamorgana
Diselaputi suara-suara kedamaian
Ketenangan di sekeliling sering mengusik jiwa

Daku bersyukur
Dalam keindahan suara permai ini
Lahirnya daku menggenggam selembar peta
Petunjuk arah mengharungi kemelut dunia

Saat itu
Sungguh mudah kuharungi segala onak duri
Segala onar-onar kutemui, kutempuh dengan yakin
Terus menuju sinar harapan di hadapan
Kerana ku yakin bahawa
Peta yang pernah kugenggam suatu masa dahulu
Benar dek cahayanya yang memancar

Namun kini
Dalam perjalanan itu
Dalam mencari destinasi yang dituju
Hujan, panas, sejuk, ribut, sering menimpa
Tidak kukisah semua itu
Kerana persiapan fizikalku cukup kuat untuk ini

Namun hanya satu yang menggusarkan aku
Hanya satu yang bisa menyimpangkan aku
Peta itu!
Basah kering, basah kering
Dan begitulah nasibnya untuk hari-hari kemudiannya
Pancaran cahayanya yang sering memimpin daku dahulu
Kini sudah malap dan kian malap

Aku tergapai-gapai mencari destinasiku
Kegelapan yang diselubungi kesunyian dan ketakutan,
seringkali merencatkan pencarianku
Sering aku rebah lalu terluka, bangun kembali
Sering aku tersembam lalu berpinar, bangun kembali
Suatu tahap, aku tidak mampu lagi menongkat diri ini
Kelemahan...

Kutadahkan kedua tanganku
Memohon cahaya petunjuk daripada-Nya
Dalam tangisan dan kesedihan yang membenak di jiwa
Kesunyian dan keseorangan
Dalam mencari destinasi itu

Namun dalam kelemahan itu
dalam kesunyian dan keseorangan itu
Kugagahi juga diri ini
Dalam terus mencari destinasiku

Cuma satu harapanku
Ada tangan-tangan yang kembali memimpinku
Istiqamah menggenggam tanganku
Lantas memancarkan semula cahaya itu
Dalam mencari destinasi akhir itu

Ku tetap akan terus mencari



Hasil Nukilan
~Akmal Hayat~

p/s = puisi ini dinukil pada 1 Mei 2009, 8.20AM sambil mendengar lagu 'One Litre of Tears'  kerana terkenangkan sesuatu...

Mereka Itu Cantik

Sekadar menonjolkan kecantikan mereka-mereka. 

Apakah itu mereka? 

Terpulang kepada pembaca membuat penilaian dan justifikasi.

Saksikan


cenderahati atau hadiah yang perlukan pembalasan?


social etiquette - dining table program
mengenyangkan VS menyusahkan


IPhO program - UKM Bangi
Latihan Olympiad VS bercuti seminggu daripada IB?


akibat banyak non-curricular program - inilah akibatnya
~Please do your revision - From Math teacher~

Sekian...