Dakwatuna. Seksyen baru yang diharapkan dapat terus berkekalan di laman Tentang Hati ini. Sekadar sedikit pengisian di samping membicarakan tentang hal-hal kendiri. Kadang2 penat melayan kerenah sendiri kan2?
Suka bagi Tentang Hati (TtHt) kali ini membicarakan tentang hal yang sudah banyak kali berlaku, namun di antara kita ada sedikit yang menyedari. Namun kebanyakannya tidak menyedari.
Secara am-nya, mungkin kita dapat klasifikasikan orang yang tertarik kepada Islam (ataupun dakwah secara khasnya) kepada 2:
- Orang yang mempunyai fikrah (kebanyakannya berlatarbelakangkan agama SMKA, SMAP, family background dll)
- Orang yang baru sahaja tertarik dengan Islam (baru mula berjinak-jinak kerana baru didedahkan arena ini kepadanya)
Mungkin ada lagi, ini sekadar pandangan dari TtHt. Perbincangan kali ini mungkin lebih menumpukan pada kelompok golongan no2.
Tentang Hati membuat pecahan kepada 2 bahagian.
Tentang Hati membuat pecahan kepada 2 bahagian.
- Untuk kita yang berada dalam golongan 2
- Untuk kita yang bergelar Da'ie
******************************************************************************
Kepada kita yang berada dalam golongan 2: Khas buatmu sahabat...Bagi kita yang mungkin berada dalam kumpulan dua ini, kita terlibat mungkin dengan pelbagai cara. Sama ada minat sendiri selepas didedahkan, atau ditarik oleh senior atau kawan sendiri. Antara kita mungkin rela, semi-rela, ataupun terasa terpaksa menurut program2 keagamaan yang telah diatur.
Pada mulanya, mungkin kita minat. Kerana pada masa itu masa terluang masih lagi banyak. Tidak dibebani dengan apa2 tanggungjawab (taklifan). Segala yang diberikan dapat dihadam dengan baik.
Tapi, as time moves on, kerja semakin banyak. Taklifan jua semakin berat. Dan pada masa yang sama juga program2 kerohanian meningkat. Dan pada tika inilah komitmen kita terhadap kerja2, assignment etc melangkaui segalanya.
as time moves on, kerja semakin banyak. Taklifan jua semakin berat.
Memandangkan pada awalnya kita memberi komitmen kerana mempunyai masa yang terluang dan ditarik oleh kawan dan senior, ajakan daripada mereka untuk mengikuti program2 luar menambahkan lagi taklifan yang ada.
Nak cakap, "Aku tak nak!! Banyak kerja rr!" tak berani. Tak kan nak menghampakan orang yang dah banyak merubah kita. Sama-sama berjalan dengan kita dalam mengharungi liku2 kehidupan ini. Jika kita jatuh, dialah yang sering menghulurkan tangan memberi bantuan. Sampai kadang-kadang kita merasakan bahawa ajakannya umpama satu paksaan untuk kita mengikutnya.
Pada masa ini, kita mula tersekat. Sempit. Sukar untuk bernafas. Terperangkap di tengah2. Nak buat homework atau mengikut program luar yang akan makan masa weekend sedikit? Kita mula keliru. Persoalan yang bermain difikiran...
Pada masa ini, kita mula tersekat. Sempit. Sukar untuk bernafas. Terperangkap di tengah2.
Duniawi VS Ukhrawi
Bagi siap HW VS Nak tambah ilmu
Ikut hati VS Ikut kawan rapat
Bagi siap HW VS Nak tambah ilmu
Ikut hati VS Ikut kawan rapat
Pada titik inilah kita mula berasa lemah. Aduhai..penatnya aku. Banyak lagi hal2 duniawi yang perlu diberikan perhatian yang lebih. Extended Essay, Internal Assessment etc. Kerana sampai terlalu tertekan, kita selalunya meletup jika tidak mengawal perasaan.
"Argh!! Penat aku dengan usrah2 ni!"
"Buat pe aku nak gi daurah banyak2 kali?!!"
Ahak..yang ni banyak kali dengaq dah. Normal laa untuk kita yang masih baru untuk terasa begini. Tanggungjawab itu sangat berat. Hanya yang kuat sahaja tabah memikulnya. Adakah kita ini kuat? huhu..
Sekadar sedikit panduan dan pandangan kepada kita yang baru sahaja hendak berjinak2 dalam bidang ini...
Jika terasa penat / hampir berputus asa dengan dakwah / ingin kembali kehidupan kita yang dahulu - jauh lebih meng'enjoy'kan...
- Rehatkanlah dirimu sebentar dari arena dakwah ini walaupun seorang da'ie perlu tiada istilah rehat...
- Utamakanlah apa yang perlu diutamakan...Bila 2 kepentingan bertembung, pilihlah yang memanfaatkan dirimu dan orang lain
- Carilah sokongan daripada orang yang kamu percayai. Percayalah, setiap da'ie mempunyai cara approachingnya tersendiri. Cari yang dapat menenangkan hati anda. yang dapat meleraikan gelodak di jiwa anda.
- Ingat! Jalan dakwah itu banyak, pilihlah salah satunya. Ingat matlamat: mendapatkan keredhaan Allah Taala.
Jika tidak dapat memberi 100% komitmen, tak mengapa. Kita masih baru dalam arena ini. Buat sekadar yang termampu.
Jika tidak dapat memberi 100% komitmen, tak mengapa. Kita masih baru dalam arena ini. Buat sekadar yang termampu. Jika melangkaui batasan kudrat, mintalah toleransi daripada pihak yang terlibat.
******************************************************************************
To Sahabatku, Da'ie tersayang:
Bagi golongan berfikrah, ketat sedikit amat bagus untuk memastikan dia konsisten.
Bagi golongan yang baru, kelonggaran itu perlu bagi mengelak mereka tertekan dan mungkin meninggalkan terus arena ini...
Percayalah sokongan dan toleransi sangat diperlukan dalam menarik orang ke dalam arena dakwah ini. Berilah sokongan. Bertoleransilah. InsyaAllah lebih ramai yang akan konsisten dalam arena ini...
Bagi golongan yang baru, kelonggaran itu perlu bagi mengelak mereka tertekan dan mungkin meninggalkan terus arena ini...
Berilah sokongan dan bertoleransilah.
Percayalah sokongan dan toleransi sangat diperlukan dalam menarik orang ke dalam arena dakwah ini. Berilah sokongan. Bertoleransilah. InsyaAllah lebih ramai yang akan konsisten dalam arena ini...
Kadang2 bila mereka lemah, mereka sangat inginkan perhatian daripada kamu
Kadang2 bila mereka lemah, mereka sangat inginkan perhatian daripada kamu yang menarik mereka dalam arena ini. Jagalah mereka...Sekali kita menarik mereka masuk, maka mereka di bawah tanggungjawab kita hinggalah mereka bersedia...
Sekadar pandangan dan perkongsian pendapat daripada yang lemah ini...
