Sokongan dan Toleransi Itu Perlu

Bismillahirrahmanirrahim

Dakwatuna. Seksyen baru yang diharapkan dapat terus berkekalan di laman Tentang Hati ini. Sekadar sedikit pengisian di samping membicarakan tentang hal-hal kendiri. Kadang2 penat melayan kerenah sendiri kan2?

Suka bagi Tentang Hati (TtHt) kali ini membicarakan tentang hal yang sudah banyak kali berlaku, namun di antara kita ada sedikit yang menyedari. Namun kebanyakannya tidak menyedari.

Secara am-nya, mungkin kita dapat klasifikasikan orang yang tertarik kepada Islam (ataupun dakwah secara khasnya) kepada 2:
  1. Orang yang mempunyai fikrah (kebanyakannya berlatarbelakangkan agama SMKA, SMAP, family background dll)
  2. Orang yang baru sahaja tertarik dengan Islam (baru mula berjinak-jinak kerana baru didedahkan arena ini kepadanya)
Mungkin ada lagi, ini sekadar pandangan dari TtHt. Perbincangan kali ini mungkin lebih menumpukan pada kelompok golongan no2.

Tentang Hati membuat pecahan kepada 2 bahagian.
  • Untuk kita yang berada dalam golongan 2
  • Untuk kita yang bergelar Da'ie
******************************************************************************
Kepada kita yang berada dalam golongan 2: Khas buatmu sahabat...

Bagi kita yang mungkin berada dalam kumpulan dua ini, kita terlibat mungkin dengan pelbagai cara. Sama ada minat sendiri selepas didedahkan, atau ditarik oleh senior atau kawan sendiri. Antara kita mungkin rela, semi-rela, ataupun terasa terpaksa menurut program2 keagamaan yang telah diatur.

Pada mulanya, mungkin kita minat. Kerana pada masa itu masa terluang masih lagi banyak. Tidak dibebani dengan apa2 tanggungjawab (taklifan). Segala yang diberikan dapat dihadam dengan baik.

Tapi, as time moves on, kerja semakin banyak. Taklifan jua semakin berat. Dan pada masa yang sama juga program2 kerohanian meningkat. Dan pada tika inilah komitmen kita terhadap kerja2, assignment etc melangkaui segalanya.

as time moves on, kerja semakin banyak. Taklifan jua semakin berat.

Memandangkan pada awalnya kita memberi komitmen kerana mempunyai masa yang terluang dan ditarik oleh kawan dan senior, ajakan daripada mereka untuk mengikuti program2 luar menambahkan lagi taklifan yang ada.

Nak cakap, "Aku tak nak!! Banyak kerja rr!" tak berani. Tak kan nak menghampakan orang yang dah banyak merubah kita. Sama-sama berjalan dengan kita dalam mengharungi liku2 kehidupan ini. Jika kita jatuh, dialah yang sering menghulurkan tangan memberi bantuan. Sampai kadang-kadang kita merasakan bahawa ajakannya umpama satu paksaan untuk kita mengikutnya.

Pada masa ini, kita mula tersekat. Sempit. Sukar untuk bernafas. Terperangkap di tengah2. Nak buat homework atau mengikut program luar yang akan makan masa weekend sedikit? Kita mula keliru. Persoalan yang bermain difikiran...

Pada masa ini, kita mula tersekat. Sempit. Sukar untuk bernafas. Terperangkap di tengah2.


Duniawi VS Ukhrawi
Bagi siap HW VS Nak tambah ilmu
Ikut hati VS Ikut kawan rapat

Pada titik inilah kita mula berasa lemah. Aduhai..penatnya aku. Banyak lagi hal2 duniawi yang perlu diberikan perhatian yang lebih. Extended Essay, Internal Assessment etc. Kerana sampai terlalu tertekan, kita selalunya meletup jika tidak mengawal perasaan.

"Argh!! Penat aku dengan usrah2 ni!"
"Buat pe aku nak gi daurah banyak2 kali?!!"

Ahak..yang ni banyak kali dengaq dah. Normal laa untuk kita yang masih baru untuk terasa begini. Tanggungjawab itu sangat berat. Hanya yang kuat sahaja tabah memikulnya. Adakah kita ini kuat? huhu..

Sekadar sedikit panduan dan pandangan kepada kita yang baru sahaja hendak berjinak2 dalam bidang ini...

Jika terasa penat / hampir berputus asa dengan dakwah / ingin kembali kehidupan kita yang dahulu - jauh lebih meng'enjoy'kan...
  • Rehatkanlah dirimu sebentar dari arena dakwah ini walaupun seorang da'ie perlu tiada istilah rehat...
  • Utamakanlah apa yang perlu diutamakan...Bila 2 kepentingan bertembung, pilihlah yang memanfaatkan dirimu dan orang lain
  • Carilah sokongan daripada orang yang kamu percayai. Percayalah, setiap da'ie mempunyai cara approachingnya tersendiri. Cari yang dapat menenangkan hati anda. yang dapat meleraikan gelodak di jiwa anda.
  • Ingat! Jalan dakwah itu banyak, pilihlah salah satunya. Ingat matlamat: mendapatkan keredhaan Allah Taala.
Jika tidak dapat memberi 100% komitmen, tak mengapa. Kita masih baru dalam arena ini. Buat sekadar yang termampu.


Jika tidak dapat memberi 100% komitmen, tak mengapa. Kita masih baru dalam arena ini. Buat sekadar yang termampu. Jika melangkaui batasan kudrat, mintalah toleransi daripada pihak yang terlibat.

kita tidak keseorangan di jalan ini

******************************************************************************

To Sahabatku, Da'ie tersayang:

Bagi golongan berfikrah, ketat sedikit amat bagus untuk memastikan dia konsisten.
Bagi golongan yang baru, kelonggaran itu perlu bagi mengelak mereka tertekan dan mungkin meninggalkan terus arena ini...

Berilah sokongan dan bertoleransilah.


Percayalah sokongan dan toleransi sangat diperlukan dalam menarik orang ke dalam arena dakwah ini. Berilah sokongan. Bertoleransilah. InsyaAllah lebih ramai yang akan konsisten dalam arena ini...

Kadang2 bila mereka lemah, mereka sangat inginkan perhatian daripada kamu


Kadang2 bila mereka lemah, mereka sangat inginkan perhatian daripada kamu yang menarik mereka dalam arena ini. Jagalah mereka...Sekali kita menarik mereka masuk, maka mereka di bawah tanggungjawab kita hinggalah mereka bersedia...
Sekadar pandangan dan perkongsian pendapat daripada yang lemah ini...

19 comments:

aisyah ismail ♥ said...

wah, seriously a very nice post!~ =)

keep on writing.. jus wanna add some more.. kembali pada seerah..

Selepas mendapat wahyu pertama, rasul meminta isteri kesayangan, Khadijah untuk menyelimutkan beliau. Beliau memberi ruang emosinya dengan berkata, ’saya khuatir’. Dengan itu, Khadijah memberi kata-kata perangsang.

Ketika Rasul dibaling batu dan diherdik anak-anak Taif, beliau ‘memberi nafas’ kepada emosinya ‘untuk surrender sekejap’ sebelum meneruskan langkah. Dengan emosi begitu, ia akan membawa kepada kedekatan kepada Allah.

=) kadang2 kite perlu berhenti sejenak.. merenung langkah pertama mengapa kte di medan da'wa..

dan kadang2 kte perlu berkongsi dgn org laen.. kerana da'wa ini bukan kerja individu.. ia kerja bersama!~

insyaALlah.. moga Allah mudah kan sgla urusan.. moga terus kuat.. dan moga terus bersemangat!~ =)

barakAllahufik.

Faqih Ahmad Shuhaili said...

Sekadar Pemerhatian Diri Sendiri

Kadang-kadang orang lebih suka menyalahkan dakwah dan tarbiyah yang membusykan mereka
sedangkan banyak masa yang telah dibuang pada tempat yg tak sepatutnya
eg: main game, tgok movie, kartun, matches, sembang kosong, membusy pada tempat xsepatutnya dll
(boleh tambah list lagi, wahai encik Akmal)

Googlekan:
Tiada masa terluang utk tubuh penat Rasulullah
Teguh di jalan dakwah

Sudah nasib bagi dakwah
sering dikambinghitamkan

Mari Berkorban Keinginan...

crixerity said...

aku terasa owh..serius aku terasa..sebab kejadian yang baru2 ni..
pos yang sangat menusuk aku..nice one akmal..
and faqih make it double...
huhu...

:'(

thanks mengingat...

Anonymous said...

kadang2 ati nie menangis kerana belum cukup kuat... hanya dia yang tahu betapa mendalam cinta ini padaNya...

usia muda nie x prnh lekang dr dugaan... pegang teguh lah pada ajaranNya...

apa2 pun yg berlaku, di hujung nnt, Dia pst menunggu....

halimatul saadiah said...

mga trus kuat...
syurga itu mahal...
skrg ni memg banyak keje tp cuba la manfaatkan masa sebaik-baiknya...
mgkn ini tarbiyah untuk diri kita...
dapat kurangkan aktiviti yg memg patut dikurangkan...
dan masa ni la kta dapat rasa yg diri kta ni rupa-rupanya lemah...
sibuk ckt pun da terasa penatnya...
dan kita perlukan DIA...

p/s:ingatan untuk diri ni jgk..

nuramiliaz said...

memang berharap untuk berbakti,
jua menabur budi,
tapi mengenangkan nasib diri,
tak banyak yang dapat diberi,
kerana hanya secebis yang terpateri.

~moga terus dpimpin untuk memimpin~

Akmal Hayat said...

>> Aisyah Ismail

iyep..'surrender' dan dalam masa yang sama evaluation dan muhasabah diri juga sangat penting

thanks for sharing your knowledge with us..

barakAllahufik..

Akmal Hayat said...

>> fiQ

yep..kurangkan masa untuk game dan perkara2 tidak berfaedah..

Akmal Hayat said...

>> Crixerity

sebab tu beruntung kte berada dalam satu jemaah..tatkala kita mula lari dari landasan, akan ada tangan2 yang kembali menarik kita ke jalan yg benar..

sama2 muhasabah diri..
peringatan untuk diri jugak~

Akmal Hayat said...

>> Anonymous

kelemahan apabila disulam dengan ketabahan dan sokongan insyaAllah menjadikan kita sangat kuat menghadapi hari2 mendatang..

teruslah kuat di jalan ini..

perjalanan ini jauh,
tapi itulah yang dituntut olehmu,
demi mengejar sinar di hujung destinasi...

Akmal Hayat said...

>> Elya

agree..

pada tika ini,
masa bukan untuk dibuang,
dalam setiap detik, masa menjadi taruhan..

jika bijak mengawalnya, maka baiklah urusannya dan sebaliknya..

dan jangan jadikan kesibukan itu alasan untuk kita menolak segala perkara yang baik untuk diri kita..

juga peringatan buat diri sendiri..

Akmal Hayat said...

>> ImaginE

insyaAllah..menjadi pengikut usrah jua baik as long as kta tak asingkan diri daripada usrah..

plg penting masa fly nnt..

usrah membina individu..
jika dilaksanakan dengan betul..

sama2 saling menasihati..

Akmal Hayat said...

>> Pengemislaila aka Sasterawati Negara

nak kne balas dalam bentuk puisi jugak ke??

trial n error

walaupun hanya secebis pateri,
jika ikhlas niat di hati,
untuk belajar dan memberi,
curahan ilmu untuk mengisi,
sama jua nilainya dengan ilmu seguni.

haha..mcm xjadi jek..
xp..yang penting msg sampai..

~tetaplah memberi walaupun sedikit. satu perkataan walaupun dirasakan sedikit, ganjaran yang menanti sangat bermakna di sana nanti~

~a budding sasterawan~

mahirah said...

haha..amy mmg sasterawati negara.. boleh than la puisi yg hg buat 2.

nway,,dakwah adalh tnggungjwb smua insan..nnt, da fly pndai2 la cari persatuan Islam yg baik.buat usrah.. org slalunye mmg mnjadikn usrah,,keje2 dakwah sbgai alasan mereka xberjaya dlm xm..sedangkn diri sndiri yg xpndai nak urus masa~~ waktu nak xm patut lebih mndekatkn diri pdNYA..tp,bkan waktu 2 je br nak g surau.hu3~~ istiqamah la. (^-^)

nurulhusnazubir said...

sbg da'ie, kita perlu bergerak secara berkumpulan..usaha y dilakukan scra bersorgn mudh thnti di ptghn jln..crilah teman y bisa mmapah kita ttkala kita jtuh tsungkur....

-li.zue- said...

erk.. serius terasa.. terasa..
terasa habess!!
hehee

nice post lorh!
muhasabah diri scara tak langsung..

moga sama2 diberi kekuatan oleh Allah!

Akmal Hayat said...

>> mahirah

tw..amy mmg sasterawati ngra pn..haha
ngumpat dy lakk..

yep..fastaqim kama umirta!

Akmal Hayat said...

>> husna zubir

jemaah umpama satu binaan yg kukuh..
yang mana saling memperkuat antara satu sama lain..

thnx btw

Akmal Hayat said...

>> cik zue

sama2 bermuhasabah diri..

semoga sentiasa berada dalam redhaNya