Genap Sehari Setengah Berkurung

Genap sehari setengah berkurung dalam bilik.
Tak berinteraksi dengan dunia luar

Dewan Selera tak turun...
Homework tak buat...
Lab report tak siap...

Akmal, Jom turun foodcourt makan ABC sekali...
Maaf, aku xde mood r malam ni...

Akmal, ajar jap integration ni...
Baru buka bilik sekejap...

...MAAF...


Semalam, miskol 5 kali
Rasanya panggilan untuk bersama ke rumah Ustzh Mardhiah
Ku sedar panggilan itu
Dari Amin, Zubair, dan Afifi
Sengaja ku tak menjawab
aku meneka reaksi mereka ketika itu
"Argh!! Biar je la mamat sorang tuh!"

5 minit kemudian, pintu bilik diketuk
Aku tidak melayan
Beberapa kali diketuk
Aku hanya bersembunyi di satu sudut bilik
Hati menjerit.."Argh!! Aku tak nak keluar bilik!!"

Malam menjelma, keluar kejap..solat dan mandi
Kemudian bilik diketuk lagi
"Akmal! X pergi aktiviti BERKAT ke?!"
Sekali lagi..
bersembunyi dan berdiam diri seribu bahasa...

setelah gangguan tiada, berbaring di atas katil
membiarkan lamunan itu terus diawang-awangan
lama-lama terlelap dibuai mimpi akibat lamunan tadi

terjaga dari tidur melaksanakan ibadah
kembali di atas tilam, berfikir...
jauh memikirkannya...

awal pagi bilik diketuk lagi...
Akmal, ko x pergi kelas ke??!
Aku hanya menyepi. diam seribu bahasa.
tak diendah soalan itu

Kelas, seharian x pergi...
IRP Mathematics jua ditinggalkan...
Aktiviti BERKAT dilepaskan begitu sahaja...
Terukkan?

Hari ni jua sepatutnya Kuiz Fizik Kebangsaan
Aku mengambil masa setahun untuk bersedia
Bermula semenjak Kuiz Fizik Kebangsaan tahun lepas
Kerana pada kali ini impianku adalah GOLD MEDAL!

Tapi entah mengapa, seringkali kucuba menapak untuk kehadapan
Seringkali itu jualah akan ada yang menghalang
Aku telah mendaftar, dan pada masa itulah
kecuaian kawan memusnahkan segala-galanya

persediaanku selama setahun SIA-SIA


Entah mengapa, hati menolak segala-galanya


Adakah esok akan kembali normal?
Atau masih sama seperti sekarang...?
Atau sebuah perubahan yang diharapkan...?

Esok...adakah akan berkurung lagi....?

...Bukan koyak kerana Kuiz itu tatapi...
...Masih Mencari Diri...
...Aduhai diri, lemahnya dikau...
...Maafkan aku sahabat2...

Mode
...keep on melarikan diri drp semua orang...

coretan
~3.00pm~
~30 July 2009~

29 comments:

wawa said...

erm..apa masalah sebenarnya nih?

Amin Rukaini Mustafa said...

weyh akmal, pe kes ko jadi mode menyepi ha??

kitaowng concern kot kat kot.. kena pebetul ayat untuk ke umah ust mardiahtuh,

"mana akmal nih?? selalu kalo sebut bab makan dia paling awal, badminton xde, haish...."

insan pencinta ilmu said...

salam.
bila kita sedih,
ingatlah ada org yg sedih melihat kita sedih.
bila kita murung,
ingatlah kita masih ada kawan utk meluahkn perasaan.

LA TAHZAN
INNALLAHA MA'ANA

z a t d i n said...

asek koyak jer.. xkn stiap kali cani time ad musibah.. =|

Akmal Hayat said...

>> wawa

xdk apa..i'm just ok..sehat jek mcm slalu..biarlah buat sementara waktu ini nak muhasabah diri...

Akmal Hayat said...

>> Amin Rox

sengaja..bertahannuth buat seketika..

Akmal Hayat said...

>> muslim n zat

xde..i like to solve my problems in my own way..

just need a little time..

dont wanna burden u all..

Syaimaa' Ahmad said...

quote=

"... to feel better Martians go to their caves to solve their problems alone.."

-Men Are From Mars, Women Are From Venus, John Gray.


*x sesia ak beli buku RM40, terbukti rupeny

Akmal Hayat said...

>> syaimaa

ap yg terbukti??

Izzuddin Yussof said...

syaimaa nk kata terbukti lelaki menyendiri apabila ada mslh

well, aku pun penah camtuh gak, dan aku prsn ko macam byk jer persamaan dgn aku hahah....

kdg2 kita perlukn rehat, jauh dr org, dr tggjwb, kdg2 yg trigger bnd tuh bnd kecik jer.... tp kesan cam apa

yg aku tau... ko mesti akn kembali rite? biarkn jer dia berehat utk sementara waktu, biarkn dia keluar dr guanya dgn keinginan sendiri

Syaimaa' Ahmad said...

sapela scorpie ni.. tahniah.. terbukti anda memahami sy.. :D

men will come out of the cave when he feel ready.. so meanwhile, jgn usik or paksa men to come out of the cave

z a t d i n said...

nak bakar cave tu boleh ?
=p

NiCk said...

salam..
tetapikan akmal...bukanke kadang2 elok kite bncg ngan orang untuk selesaikan masalah tu...2 mind is better than one...pendapat aku je ar

Syaimaa' Ahmad said...

bakarlaa.. then we'll see a massive martians invasion~
hahah

Syaimaa' Ahmad said...

to zat>>
bakarlaa.. then we'll see a massive martians invasion~
hahah

Akmal Hayat said...

tetiba tertanya2...

bila masa pulak blog ini mempunyai pemilik yang kedua...?

Akmal Hayat said...

>> scorpie..

yep..xkn nk terus mengasingkan diri..tapi mungkin kehadiran kali ini melahirkan diri yang baru..x seperti sebelumnya..

Akmal Hayat said...

>> nick

evrybody has their own way in solving the problems...

mmg kdg2 share tu lg bgos..

mslhnye, smpy skang xde 1 pn lg kwn yg ak jmpe mmh btol2 sahabat...

Akmal Hayat said...

>> zat

xbley!!

pengemislaila said...

kuarantin sblm dikuarantin..hehe

yup..kdg2 diri memerlukan ruang utk bsendiri.
bsendiri mcari diri.
kesunyian dikala bsendiri memudahkn diri bhubung dgn jiwa.
mbantu mgenalpasti kehendak akal dan nafsu.

crixerity said...

akmal kena hini??!!
gurau je..
:p

aku faham apa yang kau lalui...
:)

Anonymous said...

kadang2 kita x sedar bhw diri kta memerlukan teman untuk berbicara sgl mslh..

ada 2 jalan :
(1) jalan kanan yang senang ttp ada kesan buruk akhrnya...
(kwn yg mahu mndengar ttp tdk dpt mmbantu...)
(2) jalan kiri yg berliku2 dan berduri ttp akhirnya ketenangan yg mmpu dicapai...

plh lah yg terbaik... hidup ini suatu pertimbangan... :)

Syed Mohd Syahmi said...

kadang2 apa yang kita cari sebenarnya ada di depan mata.

tapi kata kita, 'thats not my taste'

so kita tinggalkan dia.

dan kita terus melihat ke hadapan dan terus mencari2.

hakikatnya, kita dah melepaskan what we really need.

"dan boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan perkara itu buruk bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan perkara itu tidak baik bagi kamu, dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"

Baqarah 2:216

Syaimaa' Ahmad said...

mintak izin nk nyampuk

sdp kata2 saidina ali ni..
tp mcm mn nk tau dh jumpa destinasi.. hidup mmg persinggahan
tp panjang dan x tentu haluan

z a t d i n said...
This comment has been removed by the author.
-li.zue- said...

ada hikmah dgn apa yg terjadi.. ('',)
Allah takkan uji hambaNya.. kalo hambaNya tak mampu nk tanggung~

Akmal Hayat said...

>> pengemislaila

bila ia hilang di tengah kegelapan, sukar buat diri menemuinya semula..

jika sinar itu hadir, mungkin lebih mudah..

Akmal Hayat said...

>> crixerity

aku jua faham apa sebenarnya yang kaulalui amirul..

>> anonymous

thanx kerana kembali mengingatkan kata2 itu..

"hidup ini satu pertimbangan..maka adililah ia sebaiknya.."

Akmal Hayat said...

>> saidina ali

for such a long time x berjumpakn.. tapi kalo dlm sms, mksd komen tuh mcm lain..x suit dgn post ni kot..huhu

>> cik zue

iyep..sebenarnya menguji kekuatan iman..thx btw