Resign

Quotation..

Kadang2 menyusahkan ada gak

Bukan kadang-kadang. Sebenarnya selalu. Akhirnya ada yang menyatakan.

Bermula saat ini, aku akhirnya nampak sebab untuk aku menarik diri.

Sangat indah kita bersama2 bekerja 13 orang. Ukhuwwah. Takaful. Tafahum.

Aku akan kenang saat itu.

Mulai saat ini, aku menarik diri dari team all of you guys officially.

Just keep in touch informally

Now, this is the time for me to focus on my aim 120%

"That's crazy! That's why I'll do it"
- Hiruma Youichi-

Aku baru kenal apa itu disiplin

1 Ogos 2009
Sabtu

"Main badminton ni, angin kena ada. Kalau tak, pancit. Turun jogging slalu. Disiplin diri tuh kena ada" - Kata Tok Pan, KMB badminton team coach...

"Akmal, apsal belakangan ni markah math asyik jatuh jek? Cg tahu kamu sibuk, tapi kena laa pandai manage mase..Disiplinkan diri tuh dengan masa.." - Kata cg Maths

"That's dicipline that makes you an outstanding person when you have career later on." - Pengarah

Heh..perkataan disiplin..jarang wujud dalam kamus hidup..kadang ada, kadang lesap. Itulah istilah disiplin.

Tapi secara sedar atau tidak, semakin besar, disiplin itu terasa kian tersisip kemas dalam diri. Sepatutnya. Tapi rata2, kalau hendak dilihat secara umumnya, terbalik!

Makin besar, ego makin tinggi. Biasala tuh. Disiplin menjadi.."Ape tuh?" haha.. Kebiasaan. Semakin besar, makin terasa nak membebaskan diri daripada segalanya. Semangat 'patriotik' kena kuat!

Aku juga seperti orang kebiasaan. Manusia. Melayu. Lama2, seperti ia semakin diperlukan untuk menapak maju kehadapan. Better than others.

Nak star badminton, disiplin kena ada...
Nak score maths high slalu, disiplin kena ada...
Nak jadi outstanding person, disiplin kena ada jugak...!!

Wah! Pentingnya disiplin! Aku baru tau...(tapi aku tetap rules breaker kalau ada masalah..haha)

*********************************************************************
~Hari ini dan semalam~

Di surau, pengarah mengumumkan 80% chances KMB akan ditutup pada hari Isnin. Quarantine H1N1. Masa tuh pukul5. Pengarah cadangkan semua balik. Aku pun terus makan, then packing and ajak geng2 balik time tuh gak..

Sikit je yang ikut sebab cakap aku buat kerja gila, kalau KMB x ditutup, kena balik kolej balik hari isnin. Tapi dalam kepala, kalu x ditutup, aku balik hari selasa. Haha..

Tiket x beli lagi. Naik ERL, Rapid KL dll dari PJ Sentral ke Puduraya. Sampai terus cari tiket. Tiket dah habes. Tinggal satu kaunter jek..katenye banyak lagi tiket.Beli laa 2 tiket. Untuk kawan skali..dia kata, paling lewat pukul 9.30 mlm. Beres..beli..

Then 5 minit kemudian, ada kawan call, mintak tolong beli tiket gak. Pergi kaunter tadi, beli 2. katanya nah, ni yang last!! Cepat gak tiket bejalan!!

Then 10 minit kemudian, ada sorang lagi kawan aku yang lambat. Sampai pukul 9.35 mlm. Dia pun pergi ke kaunter yang sama. Tukang jual tiket tuh cakap..Alor Star, 9.45 paling awal, and 10.00mlm paling lewat. Nah! ni tiket last!!

Wah!! Berapa banyak kali tiket last?? Berapa banyak kali ada bas yang paling lewat?? Aku tertanya2..

Tunggu punya tunggu kat Platform 1...Pukul10.45 baru bas datang. Pukul11.03mlm baru jalan.

Aku dengan selamba masa naik bas...

"Weh pidot, jam pukul berapa laa??!"
"Pukul 9.30 mlm laa (padahal mse tuh dah pkl 10.50mlm)
"Wah, bas ni sangat punctual ek!"
"haha"

terus cari tempat duduk, dan duduk..

Alhamdulillah..selamat sampai di alor star pukul 6.13 minit pagi..


Genap Sehari Setengah Berkurung

Genap sehari setengah berkurung dalam bilik.
Tak berinteraksi dengan dunia luar

Dewan Selera tak turun...
Homework tak buat...
Lab report tak siap...

Akmal, Jom turun foodcourt makan ABC sekali...
Maaf, aku xde mood r malam ni...

Akmal, ajar jap integration ni...
Baru buka bilik sekejap...

...MAAF...


Semalam, miskol 5 kali
Rasanya panggilan untuk bersama ke rumah Ustzh Mardhiah
Ku sedar panggilan itu
Dari Amin, Zubair, dan Afifi
Sengaja ku tak menjawab
aku meneka reaksi mereka ketika itu
"Argh!! Biar je la mamat sorang tuh!"

5 minit kemudian, pintu bilik diketuk
Aku tidak melayan
Beberapa kali diketuk
Aku hanya bersembunyi di satu sudut bilik
Hati menjerit.."Argh!! Aku tak nak keluar bilik!!"

Malam menjelma, keluar kejap..solat dan mandi
Kemudian bilik diketuk lagi
"Akmal! X pergi aktiviti BERKAT ke?!"
Sekali lagi..
bersembunyi dan berdiam diri seribu bahasa...

setelah gangguan tiada, berbaring di atas katil
membiarkan lamunan itu terus diawang-awangan
lama-lama terlelap dibuai mimpi akibat lamunan tadi

terjaga dari tidur melaksanakan ibadah
kembali di atas tilam, berfikir...
jauh memikirkannya...

awal pagi bilik diketuk lagi...
Akmal, ko x pergi kelas ke??!
Aku hanya menyepi. diam seribu bahasa.
tak diendah soalan itu

Kelas, seharian x pergi...
IRP Mathematics jua ditinggalkan...
Aktiviti BERKAT dilepaskan begitu sahaja...
Terukkan?

Hari ni jua sepatutnya Kuiz Fizik Kebangsaan
Aku mengambil masa setahun untuk bersedia
Bermula semenjak Kuiz Fizik Kebangsaan tahun lepas
Kerana pada kali ini impianku adalah GOLD MEDAL!

Tapi entah mengapa, seringkali kucuba menapak untuk kehadapan
Seringkali itu jualah akan ada yang menghalang
Aku telah mendaftar, dan pada masa itulah
kecuaian kawan memusnahkan segala-galanya

persediaanku selama setahun SIA-SIA


Entah mengapa, hati menolak segala-galanya


Adakah esok akan kembali normal?
Atau masih sama seperti sekarang...?
Atau sebuah perubahan yang diharapkan...?

Esok...adakah akan berkurung lagi....?

...Bukan koyak kerana Kuiz itu tatapi...
...Masih Mencari Diri...
...Aduhai diri, lemahnya dikau...
...Maafkan aku sahabat2...

Mode
...keep on melarikan diri drp semua orang...

coretan
~3.00pm~
~30 July 2009~