Mencari Hati

Carilah hatimu di 3 tempat
  • Hatimu tika mendirikan solat
  • Hatimu tika membaca al-Quran
  • Hatimu tika mengingati mati
Jikalau tiada kautemui di tiga tempat ini, MAKA, berdoalah kepada Allah agar kamu dikurniakan sekeping hati, supaya kamu dapat menjalankan tiga perkara tadi dengan tulus dan ikhlas.

Mengapa hati??

Hati ibarat pencetus segalanya. Pencetus kegembiraan, pencetus kemurungan, pencetus kebahagiaan jua pencetus tindakan-tindakan mendatang. Jika baik hati itu, maka baiklah keseluruhan jasadnya. Begitulah sebaliknya. Jika buruk hati itu, maka buruklah keseluruhan jasadnya.

Ayuh!

Kita bina kekuatan. Kita bina kefahaman. Membaca. Tiada cara yang lain. Ilmu di dada perlu diperkemas. Siramilah ia dengan ketaqwaan kepadaNya. Bajailah ia dengan baja pengharapan kepada keredhaannya.

InsyaAllah bila terpateri semua itu, natijah nilai akhlak yang terpamer mampu melenturkan hati2 mereka kembali ke jalanNya.

Itulah Dakwah bi Mau'izatil Hasanah.

Mahukah engkau ketinggalan dalam perlumbaan Ramadhan nanti?


Ayuh!

Persiapkan diri.
Mahukah engkau ketinggalan dalam perlumbaan Ramadhan nanti?

Panaskan enjin.
Persiapkan minyak.
Pastikan kapal dalam keadaan baik.
Bersedia untuk perlumbaan.
Ayuh kita mulakan!

saat kekalahan itu bermula bila kita terasa lemah dalam perjuangan..
saat kemenangan itu bermula bila kita melawan rasa lemah itu!

~Hidup ini suatu pertimbangan. Adililah ia sebaiknya~

Allahumma Balighna Ramadhan

Malam ni nisfu Syaaban. Bermakna hanya dalam beberapa hari lagi, tibanya kita kepada Ramadhan. Ya Allah sampaikanlah aku kepada madrasah itu.


Terlalu banyak perkara yang perlu diusahakan dalam Madrasah Ramadhan kali ini.

Keruntuhan iman, untuk dibina semula
Kejatuhan maruah diri, untuk dibangkitkan semula
Kemurungan diri, untuk digembirakan semula
Kekusutan hati, untuk ditenangkan semula
Segala-galanya untuk di'neutral'kan semula
Kembali seperti dahulu

sampaikanlah kami kepada Ramadhan

..orang cakap..

Kalau ada masalah, tak perlu mengadu kepada manusia
Kerana mereka tidak mampu menyelesaikannya
Tapi, jika ada masalah, kembalilah kepada-Nya
Kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya


Ambillah kesempatan dalam Madrasah Ramadhan ini...
...untuk kembali mentarbiyah dirimu

Bina dirimu semula
Jangan menjadi hamba yang gagal
Sekali jatuh, terus terduduk. Tidak bangun semula

Madrasah Ramadhan, ku sangat merinduimu
Ya Allah, sampaikanlah aku kepada Ramadhan tahun ini

Ramadhan
Masa untuk sama-sama membina diri
Ayuh! Bersama kita mendoakan
Semoga madrasah ini menguatkan lagi diri

~Salam Ramadhan~
~Ramadhan Karim~

I'm the Gatekeeper

I'm the gatekeeper. I won't allow you to enter even if you have the key to enter that room for this time.

Cuma berserah pada masa. Jika masa mengizinkan, maka diri ini akan membenarkan...

I'm the gatekeeper. I have the right to allow people go in or not.

*********************************************************************

Sering kutitipkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan rahmat hidayahNya

Dalam kekalutan dunia pada ketika ini, daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua..
dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannya..
dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara hak dan batil..
dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan mana pahala dan yang mana dosa..

Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya...

Walaupun dalam kehidupan seharian kita kadangkala leka padaNya...
dan kadangkala kita ingat padaNya...
tapi yang pastinya, terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya...

seringkali kita mendengar sabda Rasulullah SAW
"Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya"
tapi sayang sekali..kita merendah-rendahkannya..
kita menjauhkan diri daripadanya...
bahkan kita malu Islam itu menjadi identiti kita...

kita lalai dengan kehidupan kita
hingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal untuk kita
sehingga kita lupa
Allah Taala itu sedang memerhatikan kita
kita tahu adanya Allah tapi kita melanggari perintahnya
kita tahu benarnya al-Quran tapi kita tidak mengambil pengajaran darinya
kita tahu adanya dosa dan pahala...bahkan kita juga tahu adanya Syurga Neraka
tapi kita masih lagi lalai dengan kehidupan dunia

kita juga tahu adanya kehidupan kekal abadi di sana
persoalannya..
bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung dalam jasad sudah habis digunakan

Walaupun sebesar mana dosa yang kita lakukan
ketahuilah Allah Taala itu Maha Pengampun

Oleh itu,kembalilah kepadaNya
andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNya
Sesungguhnya kasih sayang Allah itu
membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya

~Bersama bermuhasabah diri~