Asmaradana

Maaflah ek. Ter'berasmaradana' lama sangat. Sekarang dah perlu berasramadana dah.

**Sebelum Hari Terakhir di rumah.**

Seperti biasa. Mata tak pernah kunjung lelap dari menatap wajah Aspire 2920. Jam pukul6 petang masa itu. Keluar ayahku dari bilik...dan tiba2...

"Hayat! Hang dok tolong apa ha kat rumah? Dah 7 hari kat rumah.."

dalam kepalaku..(bermonolog dalaman)
"banyak! basuh kain. sidai. basuh pinggan . masak."

Tapi malas nak sebut. Sikit sangat kalau nak bandingkan dengan apa yang telah dilakukannya pada rumah tersebut..Lagi pun, tu memang dah rutin.. Apa lagi..SENYUM!

"Abah...peace~~..hehe.. Jom abang teman abah main pingpong kat luaq! Hari ni mesti menang!"

"Ha! Jom2..cepat!"

Aik? Cepat je dah hilang marah..huhu..


**Hari Terakhir di Rumah**

Hari ni, sebab tak membantu apa2 secara khusus lagi. Aku dan adikku bermurah tangan (sebelum ni mcm mahal jek..huhu)..

1st activity:
Mengecat ruang tamu yang baru di'upgrade'!



macam cara pegang raket badminton! huhu

Jiji, kena bayaq nih. Dapat publisiti secara percuma.

2nd activity:

Main pingpong kat depan rumah dengan abah.

"Abah..baru seminggu abg pengang bed pingpong..dah bley menang dah ni..amcm? huhu"

3rd activity:

Teman abah g main badminton dengan kawan2 dia di Dewan Jitra (pada malam bas akan bertolak)

Puas! 2 minggu tak pegang raket! Main dengan orang tua pelik sikit. Skill pelik2..


**Pukul 12malam**

Aduhai..saat indah untuk bersama keluarga telah tamat..rasa macam belum mau balik. 1st time rasa macam ni..hati dah terikat dengan rumah..

"Nah duit sikit.."
"Mama..ni duit ke??"
"Ya la..duit baru."
"Haha..nampak macam duit Saidina ja tadi..Thanx mama.."

Pukul 12..meluncur dengan bas Durian Burung dari Alor Star
Hanya 4jam setengah untuk tiba di Puduraya!!
Hoih..laju gila tahap hyper maxima..!!

Janji selamat sampai


**Tazkirah**

Dan antara kewajipan seorang anak itu, mendoakan kebahagiaan kedua-dua ibu bapa
sentiasalah memanjatkan doamu dalam setiap solatmu

Apabila kamu mati, maka terputuslah segala hubunganmu dengan dunia. Kecuali 3..
*Doa anak yang soleh*
*Sedekah Jariah*
*Ilmu yang bermanfaat*

~Hidup ini suatu pertimbangan. Adililah ia sebaiknya.~

Mencari Hati

Carilah hatimu di 3 tempat
  • Hatimu tika mendirikan solat
  • Hatimu tika membaca al-Quran
  • Hatimu tika mengingati mati
Jikalau tiada kautemui di tiga tempat ini, MAKA, berdoalah kepada Allah agar kamu dikurniakan sekeping hati, supaya kamu dapat menjalankan tiga perkara tadi dengan tulus dan ikhlas.

Mengapa hati??

Hati ibarat pencetus segalanya. Pencetus kegembiraan, pencetus kemurungan, pencetus kebahagiaan jua pencetus tindakan-tindakan mendatang. Jika baik hati itu, maka baiklah keseluruhan jasadnya. Begitulah sebaliknya. Jika buruk hati itu, maka buruklah keseluruhan jasadnya.

Ayuh!

Kita bina kekuatan. Kita bina kefahaman. Membaca. Tiada cara yang lain. Ilmu di dada perlu diperkemas. Siramilah ia dengan ketaqwaan kepadaNya. Bajailah ia dengan baja pengharapan kepada keredhaannya.

InsyaAllah bila terpateri semua itu, natijah nilai akhlak yang terpamer mampu melenturkan hati2 mereka kembali ke jalanNya.

Itulah Dakwah bi Mau'izatil Hasanah.

Mahukah engkau ketinggalan dalam perlumbaan Ramadhan nanti?


Ayuh!

Persiapkan diri.
Mahukah engkau ketinggalan dalam perlumbaan Ramadhan nanti?

Panaskan enjin.
Persiapkan minyak.
Pastikan kapal dalam keadaan baik.
Bersedia untuk perlumbaan.
Ayuh kita mulakan!

saat kekalahan itu bermula bila kita terasa lemah dalam perjuangan..
saat kemenangan itu bermula bila kita melawan rasa lemah itu!

~Hidup ini suatu pertimbangan. Adililah ia sebaiknya~

Allahumma Balighna Ramadhan

Malam ni nisfu Syaaban. Bermakna hanya dalam beberapa hari lagi, tibanya kita kepada Ramadhan. Ya Allah sampaikanlah aku kepada madrasah itu.


Terlalu banyak perkara yang perlu diusahakan dalam Madrasah Ramadhan kali ini.

Keruntuhan iman, untuk dibina semula
Kejatuhan maruah diri, untuk dibangkitkan semula
Kemurungan diri, untuk digembirakan semula
Kekusutan hati, untuk ditenangkan semula
Segala-galanya untuk di'neutral'kan semula
Kembali seperti dahulu

sampaikanlah kami kepada Ramadhan

..orang cakap..

Kalau ada masalah, tak perlu mengadu kepada manusia
Kerana mereka tidak mampu menyelesaikannya
Tapi, jika ada masalah, kembalilah kepada-Nya
Kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya


Ambillah kesempatan dalam Madrasah Ramadhan ini...
...untuk kembali mentarbiyah dirimu

Bina dirimu semula
Jangan menjadi hamba yang gagal
Sekali jatuh, terus terduduk. Tidak bangun semula

Madrasah Ramadhan, ku sangat merinduimu
Ya Allah, sampaikanlah aku kepada Ramadhan tahun ini

Ramadhan
Masa untuk sama-sama membina diri
Ayuh! Bersama kita mendoakan
Semoga madrasah ini menguatkan lagi diri

~Salam Ramadhan~
~Ramadhan Karim~