Perumpaan: Manusia, benda, dan exam

Ibarat Amin Rox dengan 'dumbbell'nya

Ibarat Syahmi Suraini dengan laptopnya walaupun tidak di 'switched on'

Ibarat Aminuddin dengan handsetnya

Ibarat Imagine Nation dengan kimianya

Ibarat Apip dengan makanannya

Ibarat Fahmi Daisuke dengan sayur-sayurannya

Ibarat Nik Naim dengan 'shoebag'ku

Ibarat Zubair dengan tangan besinya

*****

Sangat padan. Sangat rapat.

******

Ibarat aku dengan mengulangkaji pelajaran?
Entah bila dan ke mana
Jauh. Nak dikejar entahkan dapat entahkan tidak

Ingin menjadi seperti perumpamaan di atas
Bukan dari segi maksud literal
Tapi dari segi rapat dan mapannya antara yang dibandingkan.

Belajar mengikut mood
Ada orang cakap, mengikut hawa nafsu. Mungkin.
Buku di hadapan mata sahaja. Tu..

Tangan. Kalau sudah suka menari, untuk memegang pena usah diharap.
Cubaan. Cubaan. Di rumah, anything can happen.

Kukira komputer bimbit ni..sudah tak lama..
Sekembalinya ke KMB, selamat tinggal laptop..
Kutinggalkanmu untuk bersemadi dengan aman di rumah.

*****

Exam dah dekat!
Buku tak bukak!
Nak dapat 36 and above?!!

Harapan laa~~

*****

GAMBATE!

kudoakan moga-moga tangan ini kembali rajin dengan cepat..huhu..

p/s: Simile di atas tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.. =D

Aku tak tahu~ Aku tak faham~

Entah. Aku tak tahu. Aku tak faham.

Jawapanku adalah sedemikian bila berbicara tentang perkara yang abstrak dalam diri.

Aku bingung bila memikirkannya.


Tanya kepada akal, akal buntu.
Tanya kepada hati, hati tak tahu.
Bila tanya kepada iman, jawapannya hanya satu.

"Kau serahkanlah segalanya pada Allah Taala. Dia yang menciptakanmu. Dia yang menciptakan hatimu. Dan Dia jugalan mencipta segala sesuatu."

Aku akur. Aku faham. Aku cuba.

Namun dalam setiap percubaan itulah setiap persoalan-persoalan yang belum selesai itu datang kembali.

Akhirnya aku bingung kembali.

Ya Allah, tetapkanlah hati hamba-Mu ini.

***

Kematian itu datang tidak berjemput. Apabila tiba masanya, semua kita akan kembali kepada-Nya. Kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya jauh lebih dalam berbanding kasih sayang sesama hamba.

Selaku insan biasa, menangislah. Bersedihlah. Ia tidak salah. Siapa yang tak menyanyangi insan tersayang. Tetapi janganlah kita meratapi pemergiannya. Kerana pada diri kita ada iman. Kita tahu bahawa kita hanya hamba. Berada di pentas dunia ini untuk melaksanakan amanah-Nya ke atas kita.

Sebagai seorang anak, jadilah yang soleh/solehah. Kita sayang padanya kan... Semoga setiap amal kita menjadi bekalan untuknya di alam barzakh.

Bila mati seorang anak adam itu, maka putuslah amalnya, kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.

Marilah menjadi anak yang soleh.

***
Muhasabah diri. Kerana kematian itu bila-bila sahaja akan datang. Maka persiaplah diri kita dengan bekalan yang secukupnya.

TAKZIAH

***

Happy Birthday!! ^_^

Kalam dimulakan. Sanah Helwah diucapkan. Tiada kata-kata indah yang mampu diungkapkan, tiada puisi-puisi indah yang mampu dicoretkan buat kali ini. Pertarungan dengan makhluk yang bernama masa sering membejatkan.

Khas buat ayahanda

Sekalung penghargaan yang tidak terkira buat ayahanda
Membesarkan dan mendidik anakanda hingga menjadi 'manusia'
Insya-Allah yang soleh, mukmin, dan menuju ke mutqin.

Kali ini, teringat anakanda
Detik 29 Januari 1990
Kelahiran anakanda disambut girang, penuh kesyukuran
Bergema laungan azan (pelan ja kot) dicuping telinga
besama laungan teriakan anakanda memenuhi segenap penjuru hospital

Masih anakanda ingat (perhaps)
Pabila keluarnya anakanda melihat dunia
Terpancul satu persoalan
"Aik? Awat sama birthday dengan abah ni??"
Ayahanda hanya membelai anakanda
Tak faham mungkin maksud anakanda =)

Menjangkau usia belasan tahun
setelah anakanda dididik dengan ilmu-ilmu kehidupan,
ilmu-ilmu agama sehingga anakanda kuat berpegang pada Islam kini
engkau terus memberi dorongan untuk anakanda meneruskan hidup ini
mencapai cita-cita

Masih anakanda ingat
Ketika masa sedang diisi dengan assignment2 yang amat sarat
Terperap didalam bilik
Penuh dengan keserabutan
Perlu menyiapkan segalanya dalam masa yang singkat
Ayahanda datang, lantas berkata

"Rehat-rehat laa sama. Jom main pingpong dulu"

Sangat sempoi, walaupun dalam hati berkata

"Abah! Abang banyak kerja ni!"

Namun, mana mungkin ajakan untuk bermain pingpog ditolak begitu sahaja
Sambil bermain, kita bergembira
walaupun anakanda sering kalah, tak mengapa
(janji abang smasy, abah xleh ambik! ^_^)

Tatkala anakanda tertekan membuat assignment
Ayahanda datang lagi, lantas berkata

"Sudah-sudah laa tu buat kerja. Jom pi main bowling"

Sungguh sempoi ayahanda =)

Untuk itu, anakanda berterima kasih untuk segalanya
mengajar anakanda erti berdikari, erti kehidupan

Anakanda ucapkan sekalung penghargaan
kerana memberi anakanda sokongan
moral, mental dan fizikal

Akhir kata,
Atas segala pengorbanan, motivasi, dorongan, semangat
yang ayahanda berikan, terima kasih anakanda ucapkan
Tak termampu untuk dibalas
Semoga Allah membalasnya dengan suatu yang lebih baik
Doakan anakanda di sini

Selamat Ulang Tahun Hari Lahir yang ke-47!

Daripada anakanda (bujang tak lapuk lagi =P)

p/s: Juga happy birthday pada diriku sendiri

Happy birthday yang ke-20 Akmal Hayat! ^_^