Langkah Bermula


Esok. Peperiksaan akhir IB bermula. Matematik mendahului subjek2 lain. Perasaan? Entah. Macam SPM dulu. Tak rasa yang esok nak exam. Bahaya. Sebab? Tak dapat momentum lagi.


okay. meja tu serabut. tapi tak laa serabut mana. standard lelaki kot. :D

yang terakhir, selamat berjuang anak bangsa! demi agama dan negara.

At the end of the cliff

Tak pasti sebenarnya sama ada tajuk ini masuk dengan topik perbincangan entri blog kali ini. Secara umumnya, cuma hendak disampaikan bahawa sekarang berada dalam situasi menghitung detik-detik tibanya peperiksaan akhir IB.

Tak sengaja sebenarnya coretan ini. 1 set soalan Kimia dan 1 set soalan Fizik sudah menungguku di sebelah untuk dilunaskan.

Cuma terasa, dalam musim hampir menjelang peperiksaan ini, terlalu banyak pengorbanan perlu dilakukan. Yang dahulunya boleh, sekarang menjadi tak boleh. Yang dahulunya sarapan dan makan tengah hari boleh makan nasi, sekarang tak boleh.

Yang dahulunya bersama 'teman'ku 24 jam, sekarang tiada lagi. (Sekadar meminjam 'teman' orang untuk entri kali ini =))

Yang dahulunya ketika senang, lapang, membuat sesuatu yang dapat menghiburkan hati, kini soalan-soalan tahun-tahun sebelum yang datang mengisi.

Dapat juga kulihat perubahan pada orang kebanyakan. KMB khususnya. Masa singkat. Semua bersama buku. To pull the trigger barangkali. Surau acap kali penuh :) Mengembirakan.

Kadangkala membuatkan aku terfikir..."Jikalau manusia terus bersikap sebegini tidak mengira sama ada musim peperiksaan bakal menjelang akan tiba atau tidak, pasti Malaysia sudah banyak melahirkan para Ibnu Sina, al-Khuwarizmi, ibn-Batuta, Albert Enstein, Isaac Newton dan para ilmuan yang lain."

Okay! Itu terlalu ideal. =) Kembali ke dunia realiti. Owh manusia, ayuh sama-sama berubah.

*****

Sebenarnya post ini untuk diri sendiri untuk lebih fokus. Ketepikan perkara yang mengganggu. Peperiksaan sudah hampir.

Menjadi satu tabir. Apabila dibuka tabir itu, adakah ianya London, Southampton, atau Malaysia.

"Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat"


Imperial College London

Universiti yang akan dipilih

Firm:
University of Southampton

Insurance:
Imperial College London

Wassalam