Hari ini, saya belajar satu perkara.
Semestinya bila kita sudah rapat dengan seseorang,
mula timbulnya rasa sayang kepada seseorang,
kita sentiasa mahu bersama dengannya.
Bila seseorang itu tidak dapat bersama kita,
pada masa yang kita mahu sangat bersama dengannya,
kita akan merasa sedih,
dan sehingga mengalirkan air mata.
Saya pernah berasa sedemikian,
dan kembali merasainya kini.
Sehingga, Allah tarbiyah secara 'direct',
bahawa, jangan terlalu bersedih dengan sesuatu
bila tetiba terasa nak lihat kembali video maher zain tu.
You created everything, We belong to You.
Jadi, terfikir bahawa Dia lebih mengetahui segalanya.
Sebab kita ni kepunyaan Dia.
Dan sesungguhnya, setitis air mata ini tak mampu melawan perancangannya.
Kerana hakikatnya, kita adalah manusia,
yang terlalu bergantung dengan sesuatu yang lain,
yang sangat lemah untuk menjadikan perancangan kita berhasil.
Dan saya terfikir...
Kita merancang, Allah juga merancang.
Tetapi perancangan Allah itulah yang terbaik.
^_^
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan Allah itu mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. [2 : 216]
Tiada perkara yang lebih menggembirakan selain melihat kamu dan kalian turut gembira.
So Akmal, chill.. =)