Hari ini, saya belajar satu perkara.
Semestinya bila kita sudah rapat dengan seseorang,
mula timbulnya rasa sayang kepada seseorang,
kita sentiasa mahu bersama dengannya.
Bila seseorang itu tidak dapat bersama kita,
pada masa yang kita mahu sangat bersama dengannya,
kita akan merasa sedih,
dan sehingga mengalirkan air mata.
Saya pernah berasa sedemikian,
dan kembali merasainya kini.
Sehingga, Allah tarbiyah secara 'direct',
bahawa, jangan terlalu bersedih dengan sesuatu
bila tetiba terasa nak lihat kembali video maher zain tu.
You created everything, We belong to You.
Jadi, terfikir bahawa Dia lebih mengetahui segalanya.
Sebab kita ni kepunyaan Dia.
Dan sesungguhnya, setitis air mata ini tak mampu melawan perancangannya.
Kerana hakikatnya, kita adalah manusia,
yang terlalu bergantung dengan sesuatu yang lain,
yang sangat lemah untuk menjadikan perancangan kita berhasil.
Dan saya terfikir...
Kita merancang, Allah juga merancang.
Tetapi perancangan Allah itulah yang terbaik.
^_^
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan Allah itu mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. [2 : 216]
Tiada perkara yang lebih menggembirakan selain melihat kamu dan kalian turut gembira.
So Akmal, chill.. =)


14 comments:
kenape ni akmal? jgnlah sedih2 ye. senyum :)
______
'kamu' bukan lah kehilangan terbesar.ia akan digantikan dengan ketenangan dan rasa kepercayaan yang lebih.
agaknya betul la kot jawapan ni..:)
super duper like..
super duper like..
ala...silap tekan..dua anonymous y komen sma itu,aku..
sekali sekala tangisan memberi kekuatan . menangislah sungguh2 di hadapan DIA Yang Maha Memahami :)
salam perjuangan...
bersabar dengan apa yg berlaku, berdoa banyak2 kepada Allah semoga Allah mengurniakan yg terbaik buat semua...
kan ramai lagi ade..heheheh
Apa yang dah berlaku ?
:) Sedih ke ape sebenarnya ni ?
dalam kemanisan berukhuwah, Dia datangkan perpisahan yang hanya sekejap sebagai ujian.. :)
tak kan nak longlai kan? ^_^
bangkit kembali dan teruskan berlari...
kan akmal kan?
tp masalah die, kenelah lari kan? xkan masih dok lepak2 jer..heheh
akmal kan kuat, kan?
:)
______
iman, tarik aku lari bersama-sama.. :)
mohon izin copy saudara akmal..sebab saya pernah hadapi situasi yg sama..thanx
Post a Comment