Di Antara Flurries dan Snow

Teringat beberapa hari lepas. Ramalan kaji cuaca cakap, hari tu adalah hari yang paling tinggi kemungkinan untuk salji turun.


Jadi, aku pun tunggu dan mengambil keputusan untuk tidak tidur kerana nak tengok macam mana snow turun awal-awal. Sampai tertidur sambil duduk sambil sandar kat katil dengan mengadap tingkap yang lagsirnya tidak ditutup. 


Bila salji turun dalam pukul 3 pagi, terus fresh. Terjun katil. Capai baju sejuk. Terus keluar rumah sebab nak merasa salji. Rupanya, ianya bukan salji lagi. Ianya hanya 'flurries'; yang apabila jatuh atas tanah / tar / simen, terus meresap masuk tanpa meninggalkan kesan salji.


Subhanallah, cantik sangat. Tapi tak cukup best sebab salji masih belum terkumpul untuk main-main. Sebab rasa macam tak best, so masuk rumah dan tidur. Dengan harapan, esok salji akan terkumpul dan boleh main snow ball. SNOW WAR!!


Esok pagi, subhanallah, belakang rumah sangat putih. Jadi, keluar rumah ramai-ramai dan menodai salji yang putih bersih tu. ^_^

****************************************************************

Jom berfikir sejenak
Ijlis bina wa nukmin sa'ah
Duduklah bersama kami. Kita beriman sejenak.

****************************************************************

Flurries itu turun, terus menerus. Walaupun kita lihat flurries yang awal-awal ni macam tak de apa-apa sangat memandangkan ia jatuh dan terus meresap masuk ke bumi, ia tetap turun tanpa henti. Dan lama-lama, salji mula berkumpul dan keputihan serta kesucian salji itu terpancar.


Mengapa? Kerana fungsi flurries yang awal tadi adalah untuk menyediakan permukaan yang sejuk untuk tanah. Dan menjadikan suhunya sesuai untuk snow berkumpul.


Begitu juga kita dengan ibadah. Kita tertanya-tanya, bagaimana nak terkesan di hati?


Ikutlah flurries. Lakukanlah ibadah itu dengan berterusan. Kerana, kemanisan iman itu hanya akan dapat kita kecapi dengan ibadah yang berterusan.


"Maka beristiqamahlah dengan apa yang telah diperintahkan ke atasmu.... [11 : 112]"


Begitu juga dengan dakwah. Walaupun mungkin kita tidak dapat untuk bersama-sama orang yang membawa kemenangan islam kelak, sekurang-kurangnya, kita berusaha untuk melahirkan rijal-rijal yang akan membawa islam ke arah itu. Ustaziatul Alam. 




Kita meyakini bahawa islam akan menang. Persoalannya, adakah kita hanya ingin menjadi orang yang hanya melihat dan bergoyang kaki, ataupun kita ingin bersama-sama dengan orang yang membawa kemenangan islam?


^_^


6 comments:

Sabrina said...

cantik kan snow? :)
Ijlis bina wa nukmin sa'ah mksdnye ape?

Akmal Hayat said...

sangat.. :)
direct bawah perkataan tu ade maksud die..

Sabrina said...

oo..wahh best la kalau pndai arab
good2 :)

Akmal Hayat said...

x terlambat lagipun kalau nak belajar.. best2!

Sabrina said...

InsyaAllah dlm plan..:)

nurdiyana said...

best post ni!! trimas~