Perubahan Itu Hijrah

Kebanyakan dan hampir semua antara kita, paling tidak pun, mesti akan terfikir untuk berubah menjadi lebih baik walaupun sedikit.
Itu bermaksud, hidayah Allah itu datang lagi.
Kenapa 'lagi'?
Sebab ketahuilah Allah itu menyayangi hamba-hambaNya
dan sentiasa melimpahkan kasih-sayangNya (rahmatNya) kepada kita.

Pernah tak terasa, bila kita buat sesuatu yang salah, kita akan terasa sesuatu
seperti ada lintasan di dalam hati,
yang membuatkan hati kita tak sedap untuk melakukannya,
lantas kita berhenti,
tapi kita tak tahu apakah perasaan itu?

Atau,
pernah tak terasa, bila kita duduk saja-saja,
kita reflect kehidupan kita sebelum-sebelum ni,
kita rasa kita nak berubah?


Ketahuilah,
Itulah antara perasaan-perasaan yang kita rasa,
apabila Allah melemparkan hidayahNya.


Secara kita sedar tak sedar,
Bila kita menyimpang dari jalanNya yang lurus
Dia akan 'tarik' balik kita ke jalan yang sepatutnya


Tapi kita manusia,
kadang sedar, kadang tak.
Yang sentiasa tak lari daripada kesalahan.
Yang selalu terfikir bahawa kita punya masa untuk berubah di masa hadapan
So, kita menyimpang balik ^^


Tapi kasih sayang Allah itu luas.
Dia tarik balik kita ke jalan yang lurus dengan berbagai cara.
Lintasan hati, suasana sekeliling, peristiwa, dan berbagai lagi.


Jadi, apabila hidayah Allah itu datang, garablah.
Sebab sebenarnya hidup kita tak lama.
Sebab hidayah Allah itu mahal.


Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus [2 : 213]

Dan, perubahan itu tak perlu drastik.
Kerana sifat gopoh itu tidak efficient.
Dan membuatkan kita balik kepada perangai yang lama.
Berubahlah sedikit-sedikit.
Carilah kawan dan persekitaran yang membantu :)

Hidayah itu ibarat cahaya. Ia tidak akan menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya.

sumber
 
Bukalah hati untuk disapa hidayah itu. InsyaAllah akan terasa kemanisannya :)
Teruskanlah berdoa. Kerana rahmat kasih sayang Allah itu tidak pernah putus terhadap hamba-Nya


Selamat Menyambut Maal Hijrah
Selamat Berubah

^_^

4 comments:

tujuankita said...

SUPER LIKE! :D

Akmal Hayat said...

fazli!

hehe..dalam post ni ade gak nada ko cakap..

sebab mase taip post ni, ak ingat ko n fahmi.. so, nada korang cakap ade sket2.. :)

Anonymous said...

Subhanallah...:-)

Suka baca post nie..

Allahualam,

Anonymous said...

Ayat ni paling best - Hidayah itu ibarat cahaya. Ia tidak akan menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya.

Thanks. :)