Bismillahirrahmanirrahim. Sekadar satu perkongsian pengalaman dengan pelajar-pelajar SPM 08 yang baru sahaja mendapat keputusan yang Alhamdulillah lebih baik daripada calon-calon SPM 07 tahun lepas. Selalunya selepas mendapat keputusan, masing-masing sibuk untuk mengisi borang-borang biasiswa secara online seperti JPA/MARA, Petronas, Felda, UEM, PNB, Telekom, TNB dan lain-lain. Secara umumnya, ramai yang memilih JPA adaupun MARA sebagai penaja. Mungkin dalam entri ini, aku hanya mampu untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang JPA interview, tidak MARA kerana aku tak apply MARA. Mungkin ada di blog yang lain.
Secara jujurnya, berani akku katakan sesiapa yang memohon tajaan JPA adalah seorang yang amat berani mengambil risiko. Bukan untuk menakutkan, tetapi untuk memotivasikan lagi diri untuk lebih aktif semasa temu duga. Anda golongan bumiputera terpaksa bersaing dengan golongan bukan bumiputera dalam saingan untuk mendapatkan tajaan.
Takut? Gerun? Cuak? Tak bersedia? Jangan bimbang. Aku dahulu juga seperti anda. Mungkin perkongsian kita ini dapat membantu anda dalam menghadapi temu duga dengan lebih yakin dan bersedia.
Tatacara pemakaian.
Lelaki
· berbaju kemeja (tak kisah lengan pendek atau panjang) dan “tuck-in” baju anda.
· Bertali leher (kalau nak nampak lebih smart dan kacak)
· Seluar slack (hitam atau biru gelap lebih sesuai)
· Berkasut kulit dan berstoking.
Perempuan
· Berbaju kurung.
· Berkasut dan berstoking.
Malam sebelum hari temu duga.
· Pastikan semua sijil-sijil anda sudah dimasukkan ke dalam pocket file. Sebaiknya, masukkan hanya satu sijil untuk satu pocket. Ini memudahkan interviewer untuk membelek sijil2 anda.
· Pastikan anda sudah menyiapkan satu salinan (fotostat) sijil2 anda untuk diberi kepada pegawai sebelum masuk dalam bilik temu duga.
· Pastikan semua yang borang-borang yang diperlukan telah siap diisi semuanya.
· Gosok baju dan seluar anda siap2 dan pastikan perkara2 yang diperlukan pada hari esok diletakkan di satu tempat bagi mengelakkan kelupaan.
· Tidur awal. Untuk menenangkan anda pada hari esoknya. (selalunya akan tidur lambat jugak sebab terfikir-fikir apa yang nak jadi esok – bagi orang yang belum pernah menduduki temu duga)
Hari temu duga
· Bangun awal, solat subuh dan jangan tidur balik! Bersiap awal dengan kemas (lagak seorang yang akan ke pejabat) dan bertolak awal bagi calon2 yang tempat temuduga jauh daripada tempat kediaman.
· Jangan makan makanan pedas2. Takut sakit perut nanti. X bley nak concentrate on your interview.
Di bangunan JPA.
· Sesampai anda di sana, sila bertanya kepada mana2 pegawai di mana sepatutnya bilik temu duga.
· Apabila sampai, semak nama anda. Pastikan anda tahu anda akan ditemu duga pada jam berapa dan tahu di bilik mana yang anda akan masuk.
· Sesampai di kawasan menunggu, daftar kehadiran pada pegawai yang mengambil kehadiran. Anda boleh menyerahkan file anda jika diminta.
· Sementara menunggu giliran, anda boleh laa duduk menenangkan diri. Jangan cuak2. Sembang laa seramah mungkin dengan sesiapa yang berada di situ. Kalau boleh dalam bahasa Inggeris. Ni untuk panaskan enjin BI anda sebelum masuk ke dalam bilik temu duga.
· Apabila nama anda dipanggil, masuk mengikut nombor giliran yang telah diberikan kepada anda. Anda akan masuk bersama dengan ahli kumpulan anda yang lain. Satu kumpulan mengandungi dalam 4-5 orang ahli. Bergantung.
Di dalam bilik temu duga
· Masuk dalam kumpulan dengan yakin (relax2..jangan cuak). Tunjukkan keterampilan diri anda.
· Sebelum mengambil tempat duduk, sabagai seorang muslim, moleklah jika anda bersalaman dengan pegawai JPA tersebut (lelaki dengan lelaki dan sebaliknya).
· Ambil tempat duduk setelah diberi kebenaran untuk duduk.
· Duduk cermat2. Pamerkan keyakinan diri anda.
Semasa temu duga
· Selalunya, dimulakan dengan perbincangan dalam kumpulan baru disusuli dengan temu duga secara individu dengan pegawai JPA tersebut. Boleh juga menjadi sebaliknya. Bergantung pada pegawai tersebut.
· Anda akan diberi satu tajuk mengenai isu semasa, atau boleh juga fasal sejarah. Sebab dulu2, aku kena tajuk, “between nation and country, which is more important to you?” Anda akan diberi masa untuk mencari isi mengenai tajuk perbincangan anda. Kadang2, 1 minit, ada juga yang dapat 5 minit. Dan ada juga yang tak diberi masa langsung untuk berfikir mengenai tajuknya. Bergantung pada budi bicara pegawai JPA yang menemu duga anda.
· Anda akan diberi masa 30 minit untuk mengadakan perbincangan sesama anda di dalam kumpulan. You have to speak totally in English (Manglish sudeyh). Anda akan diperhatikan oleh pegawai-pegawai tentang kematangan anda berfikir, keyakinan berhujah (tak semestinya kena fluent).
· Apa yang penting? Kerjasama! Jangan potong line orang ketika bercakap. Dan perlu terbuka menerima pandangan orang lain walaupun jauh di sudut hati anda, anda kurang bersetuju dengan pandangannya. Anda boleh meminta izin laluan untuk bercakap. Nyatakan bahawa anda setuju, tapi…(ha! Keluarkan hujah anda)
· Lepas tu, anda akan ditanya secara individu oleh pegawai JPA. Selalunya akan ditanya dalam bahasa Inggeris. Jadi jawablah dalam bahasa inggeris. Jika ditanya dalam bahasa Melayu, jawab dalam bahasa Melayu.
· Jadi serius! Jika dia buat lawak, gelak laa..anda juga dibenarkan buat lawak, tetapi ala kadar.
· Apabila telah tamat, jangan lupa greet interviewer dan salam sebelum keluar. Buka pintu dan lepas pelan2.
Dah selesai. Banyak2kan berdoa. Moga2 anda antara 2000 yang berjaya mendapat tajaan JPA daripada 10 000 orang yang memohon. Kalau ada apa2 yang nak ditanya, sila postkan komen anda. Bagaimana? Klik link “tinta bicara” dan masukkan pertanyaan anda.
Setakat ini dahulu buat masa ini. Sekian, semoga berjaya!!!
