Friday 13, 2009
Bismillah...
Esok tanggal 14 Mac 2009, sebuah kem motivasi di Kulim akan dihandle oleh seramai 17 orang fesilitator yang terpilih dari Kolej Mara Banting. Pagi esok semua persiapan akhir akan disiapkan.
Bas telahpun bertolak. Namun aku seperti biasa. Sentiasa tidak berpeluang menaiki bas KMB kerana bas penuh. Jadi, aku ke sana dengan menaiki kereta bersama 2 orang lagi fesilitator. CITRA.
Sekarang 6.04pm. Masih ada 11 minit sebelum bertolak. Jadi, masih sempat untuk membuat sedikit coretan di blog yang sudah 6 hari tidak berusik ini. Ini pertama kali pengalaman menjadi pengarah program motivasi. Pengalaman sebagai penolong pengarah kem motivasi yang lepas sangat banyak membantu. Segalanya berjalan dengan lancar dan insya-Allah, program kali ini akan menjadi sangat GRAND!!
Itulah IB sebenarnya ataupun dengan nama penuhnya INTERNATIONAL BACCALAUREATE. Program ini lebih menumpukan pada pembinaan individu seseorang itu yang menjadikannya apabila dicampak ke mana-mana komuniti, tiada masalah baginya untuk meneruskan kehidupan kerana interpersonal dan intrapersonal skills amat dititikberatkan di dalam program ini. Atau dengan kata mudahnya, IB bukanlah program yang anda boleh lulus dengan hanya menatap buku 24 jam!
Insya-Allah jika anda berjaya melepasi IB ini, tiada masalah untuk anda membuat sebarang jenis program sama ada secara lokal ataupun global. Skill2 itu akan dilatih.
Setakat itu dahulu. Abang Man dan CITRAnya telahpun sampai. Kot. Entri seterusnya mungkin tentang program motivasi GUIDANCE 2 SUCCESS dan pengalaman sebagai pengarah program.
Nama Kem : GUIDANCE 2 SUCCESS (G2S)
Tarikh : 14 - 17 MAC 2009
Tempat : SMK Bakai Kuala Ketil
Pengendali: 98% daripada fesilitator.
Sekian.
4 comments:
ermm..
akmal yg sentiasa busy~
bilakah cutinya?
*tertnay- tny
i love this camp........pengalaman yang sgt best......memorable experience for mee
#Syaimaa
dh nak abes da pun cuti..xsempat nak merasa
#syamil
haha..btol2..ni laa camp yg plg bez skali
Post a Comment