Tidak tahu bagaimana hendak mencoretkan ia. Pabila sesuatu itu melibatkan hati, hanya Tuhan yang tahu bagaimana. Terpana aku sebentar pada suatu artikel SaifulIslam ketika sedang kuleka melompat web ke web. Seolah-olah ada sesuatu yang Tuhan mahu sampaikan padaku.
Berhenti memberi harapan. Berterus-teranglah.
Aku tidak berani melakukannya secara berdepan. Sungguh lemah diriku ini. Namun hasil istikharahku mengatakan sebegini
Aku masih lagi dalam fasa belum bersedia untuk menerima kehadiran seseorang dalam hidupku. Pintu hatiku masih belum terbuka untuk insan yang bergelar hawa.
Pernah kucuba. Namun kurasa ianya menyulitkan. Pernah juga ianya menjauhkan aku daripada jalan-Nya. Tika itu, terasa diri ini begitu gembira. Keseronokan dunia. Siapa yang akan menolak. Namun tika itu jugalah, terasa ketenangan hakiki kian pudar dan pudar. Entah menghilang ke mana. Tidak tenteram. Itulah kata hati yang kian gersang dengan alunan zikir-zikir pada-Nya.
Ku sedar itu, namun seakan sambil lewa sahaja ku titikberatkan ia. Sudah beberapa kali Dia menarik aku kembali ke jalan lurus itu. Namun pada setiap tarikan itu, tiap kali itu juga lah aku akan membina selekoh ke jalan yang baru.
Hingga satu tahap. Dan aku rasakan aku perlu berhenti. Berhenti daripada 'memberi harapan' pada orang lain. Kerana 'kamu' belum lagi pasti untukku. Biarlah percaturan Allah Taala menentukan segalanya.
Ini pengakuanku. Kuharap tiada lagi yang mengganggu cara hidupku selepas ini. Ku ingin kembali pada jalan yang dahulu itu. Pada rakan2ku, berhentilah bergosip tentangku. Aku sudah penat mendengarnya. Sedikit sebanyak ia juga mengganggu tumpuanku pada tugasan-tugasanku.
Sehingga kini, secara jujurnya aku masih belum mempunyai hubungan istimewa dengan mana2 hawa. Malahan aku tidak mahu untuk jangka masa 2-3 tahun ini. Jika 'kamu' merasakan diri ini terberi harapan untuk kamu bertakhta di hatiku, aku menarik balik harapan itu. Seribu kemaafan daku pinta. Aku sangat ingin membebaskan diriku daripada semua itu.
Jika 'kamu' merasakan diri ini terberi harapan untuk daku bertakhta di hatimu, aku menarik balik harapan itu.
Aku harap kamu faham. Bukan niat dihati ini untuk melukakan hatimu. Tidak sama sekali. Inilah jalan cintaku. Ku harap kamu hormatilah ia. Semoga Allah menggantikan tempat untuk diriku dengan seseorang yang lebih baik lagi. Ketahuilah percaturan Allah Taala itu lebih baik dan sangat indah.
Berhentilah memberi harapan
Berhentilah memberi harapan kepada suatu yang belum pasti kerana engkau mungkin tersungkur jika tidak mendapatnya.
Untuk mencintai seseorang sangat indah
Pernahkah kita terfikir betapa sang Pencipta sangat mencintai kita
Namun pernahkah kita cuba membalas cinta itu
Sulamlah perasaanmu dengan sulaman kehambaan kepada-Nya
Hiasilah cintamu dengan acuan kecintaan yang abadi
