Tekanan Tekanan Tekanan

Sebelum balik ke KMB malam nih bersama Durian Burung, inginku membuat sedikit coretan. Mencuri sedikit masa untuk merehatkan otak daripada IA Mathematics yang betul2 membunuh waktu cutiku.

Sebelum naik bas, IA Math dijangka siap 70%. Tak write up lagi. Soalan elevator, tak bagi new model lagi. Piece-wise sudeyh..

Kerja2 lain? Masih lagi in pending

IA Economics - 3 commentaries
Physics Lab Report - 2 set
Chemistry - 2 lab reports
World Literature - not repaired yet
Extended Essay - 2nd draft in progress

Hari ni, dari awal pagi, sampai sekarang 8.30pm, asyik mengadap komputer. Haha..langsung tidak melihat dunia.

Jadi akibat ketensionan, sesiapa yang di'BUZZ' dan kena emoticons gelak tergolek2 tuh berkali-kali, harap maaf laa ye. Sekadar melepas beban di dalam otak. Hampir semua dalam list ym ni kena. Hu2..seronok mengganggu anda2 semua.

Terima Kasih kerana sudi melayan kerenah ni..

Akhir kata..

KMB!! Aku tidak lagi bersedia untuk kembali padamu!!

Dah laa makanan sahur dan juadah berbuka sudah mula manis di bibir ini..Sampai sana, mesti tak lalu makan..

Sekian..hanya melepaskan tekanan..

Jom Terawih..Jom Bertadarus...

Neutralkan kembali semua

^_^

Pre - G2S Return

Sebelum bertolak balik dari KMB ke rumah, aku dengan syahmi g main bowling dengan handicap sebanyak

Akmal Hayat - 197
Syahmi - 97

Haha..aku nak tayang gak syahmi!

Rumah ke SMK Sultan Abdullah

Kereta wira aku baru keluar workshop. Baru lepas cat. Baru lepas kena ketuk2. X sehat laa lagi, tapi dah nk kena drive pi teluk intan.

Tunggu Syahmi punya laa lama kat perhentian sebelah Juru..Semput betul Citra dia..haha.. Tiba saja syahmi, aku pada masa itu yang juga membawa bersama Billy, adik aku, dan Amin Rox, terus halau amin masuk keta Syahmi..haha..takut minyak keta abes cepat! :p

Btw, Amin, thanx kerana sponsor minyak RM50..

On highway, setelah ketinggalan oleh syahmi dalam 10km dihadapan, masa tuh hujan. Lagi 30km dari simpang ke Jelapang, ternampak ada satu MPV tersadai di tepi jalan. Tergelincir barangkali. Hujan sangat lebat. Penglihatan menjadi kabur. Speedometer menunjukkan kelajuan ku 110km/h masa tuh. Tengah turun bukit di selekoh. Jalan licin. Gila kan aku? So, sebab bahaya, aku lepas minyak sikit.

Aku Hampir Accident!!

Tarik2 jaa kaki dari pedal minyak, kereta Honda Civic yang kira2 dengan kelajuan 120km/h yang betul2 depan kereta aku masa tuh tiba2 pi ke lane kiri di mana MPV tu tersadai dan BAMM!!!!! Dengan kelajuan tuh, Honda tuh langgar pintu bhgn driver MPV tuh dan crumple zone dia melambung. Aku dah laa 110km/h masa tuh..kuat aku pegang stereng..kalau laa Honda tadi tuh terslide sikit ke lane kanan, maka hatta sekianlah sadaqallahul azim.. Kemalangan laa aku dengan kelajuan 110km/h dalam hujan yang lebat, semasa turun bukit di selekoh..

Lepas nampak accident depan mata, sumpah aku takut nak bawak keta!! selama 30minit aku just pandu dalam kelajuan 60-80 km/h (sebelum ni 110-130 km/h) sambil memikirkan, taktau nak ckp paa kalau keta aku pun terlanggaq gak..keta belakang pun laju masa tuh..tggu nak kena POM!! jaa.. Masa tu masa untuk muhasabah diri. Terkenang dosa2 lampau. Takut tak sempat bertaubat. Betapa Allah Taala nak tunjuk padaku supaya ingatkan mati..

Akhirnya selamat sampai di Teluk Intan. Berkumpul kesemua fesi di masjid. Aku yang masih fobia x bercakap banyak. Mereka kelihatan sangat seronok dapat bertemu. Aku sebaliknya. Tiba di masjid, terus masuk ke dalam dan baring...Diam. Sepi..dan xde mood nak bersembang..teringat accident yg sangat dahsyat LIVE depan mata..

Malam tuh, ramai2 konvoi ke rumah tok farah. Last preparation dan tido...

Aktiviti G2S akan dipublish kemudian..setelah gambaq2 diterima daripada pihak sepatutnya..

Masih membuat refleksi
Muhasabah
Kalaulah kereta itu slide ke kanan sedikit......

Itu peringatan daripada Allah
Ambillah peringatan dan pengajaran
Jadilah orang yang bijaksana
Berfikir mengenai kematian

Kalaulah kereta itu slide ke kanan sedikit......

[bersambung]

Marhaban Ya Ramadhan


Berkumpul keluargaku pada suatu malam. Sengaja aku memulakan perbualan.

Aku : Abah, mama, esok hari Khamis. Jom puasa sama-sama.

[Tiba-tiba adikku yang baru berumur 6 tahun menyampuk.]

Danish : Mama, esok bulan Ramadhan ka?

Mama: Belum, esok bulan Syaaban lagi. (ntah dia tw ke tak syaaban tu hape..hu2)

Danish : Mama, dah masuk Ramadhan nanti bagitau Danish ya! Teacher Danish cakap, siapa yang puasa dapat banyak pahala.

Perbualan mereka membuatkan daku terfikir. Budak ni baru berumur 6 tahun. Bila berbincangkan fasal puasa, terus terpancul keluar dari mulutnya, RAMADHAN. Baru berusia setahun jagung, sudah tinggi keinginannya merasai persinggahan Ramadhan.



rindu betul pada kanak-kanak ini.haha


Teringat masa kecil-kecil dahulu, bila disebut bulan Ramadhan, dalam benak fikiranku..lapar, jadi nak curi-curi makan. Aktiviti diterhadkan. Penat, jadi nak tidur selalu dan yang sewaktu dengannya. Pernah je buat kerja ni. Tahap kematangan dan kesedaran pada waktu itu masih tidak utuh. Biasala tuh, kanak-kanak~

Tapi itu masa aku kecil-kecil dahulu. Fikiran belum matang. Sekarang sudah besar, baligh, matang..fikiran terhadap Ramadhan itu perlu berubah.

Pada Ramadhan itu keberkatan

Pada Ramadhan itu keampunan

Dan pada Ramadhan itu peluang pelepasan dari api neraka


Diwajibkan kepada kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas umat2 sebelum kamu agar kamu bertaqwa


Jadi, sempena singgahnya Ramadhan pada kita kali ini, rebutlah peluang untuk mengaut segala ganjaran yang diperuntukkan oleh-Nya.

“Mahukah kita ketinggalan dalam perlumbaan RAMADHAN kali ini??”

Persiapkan diri
Panaskan enjin dengan perbanyakkan zikir pada-Nya
Perbekalkan banyak bekalan minyak dengan amalan-amalan kepada-Nya
‘Upgrade’ accessories kenderaan anda dengan amalan-amalan sunat
Agar kita mampu memberi saingan pada perlumbaan Ramadhan ini


Barangsiapa berpuasa Ramadan dengan iman dan pengharapan pahala daripada Allah, maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dilakukan
[HR Bukhari dan Muslim]


Kita mungkin masih lagi sebagai bahan mentah. Masuk ke kilang Ramadhan agar mendapat acuan yang terbaik.

Agar produk kilang Ramadhan ini nanti, menjadikan kita tahan lama (istiqamah dengan amalan), mempunyai nilai estetika yang tinggi (tinggi budi pekerti) agar ramai yang tertarik dan ingin membeli (agar ramai yang terpikat dengan Islam melalui budi pekerti kita).

Itulah dakwah bi mauizatil hasanah. Itulah cara dakwah yang terbaik.

Jadilah contoh, bukannya peroboh mahupun penceroboh.

~Ramadhan Karim~
~Innallahu Akram~