Kembara Ramadan 6

22 Ramadan 1431 Hijrah


walaupun kena RM51 naik tren, dapat tidur di katil bawah sangat berbaloi. siap boleh golek-golek lagi. :D luas. tak tipu. inikan bulan ramadan (huhu..bulan lain boleh menipu pulak?)


bangun pagi pukul 4.30. terus pergi ke cafe untuk beli nasik untuk bersahur. sebab memang tak beli makanan langsung untuk bersahur sebelum naik tren. sebelum ni memang banyak sangat makanan.


aku : abang, ada nasik lagi tak?
dia : dah habis laa dik.
aku : makanan lain ada lagi tak?
dia : maaf laa. memang dah habis
aku : T_T (nak sahur apa?)


jadi, sahur ku di atas tren hanyalah air kosong. dulu masa kat kmb, pernah gak sahur macam ni. tapi sebab lauk dewan selera tu tak sedap! (memilih..) sekarang, sebab dah tiada makanan. serius aku teringat perang badar terus.


jadi, dikuatkan hati. tak pa! tak makan pun boleh survive!


baca al-quran kejap dalam tren yang bergoyang-goyang. lepas dah rasa tak boleh fokus, bukak laptop, dengar doa rabitah hati. lepas tu, bukak lagu maher zain (insyaAllah). dan tiba-tiba...


"akan ku menunggu sellagi kuuu~ aada kamuuu~"


dengar bunyi lagu kuat dari luar. mula-mula, ingatkan alarm. tapi tudiiaa.. alarm apa yang boleh play lagu tu sampai habis. bila habis, masuk lagu baru pulak tuu.. sudah~ apa lagi, bermonolog laa..


"amboih! pak cik sebelah ni..nak lawan sound laptop aku ka? orang lain macam mana laa nak tidoq dengan aman.. -.-""


aku pun terus kuatkan volume laptop ku. kalau tak, memang tak dengaq apa-apa laa. sekadar yang termampu. dapat dengar sikit pun jadi rr. (sambil tangan menutup curtain rapat-rapat! kononnya tak mau bagi sound tu masuk) tiba-tiba masa tu terfikir..


"kan best kalau sound ni pun ada property macam cahaya. cannot pass through opaque objects."
haha..ok, aku merapu


"attention! we will be arriving kl sentral station shortly..."


aku pun bukak curtain sebab nak pakai kasut sebab tren dah nak sampai kl sentral. pak cik sebelah pun bukak curtain dia. "eh, boleh pulak pak cik ni chill jaa?" monolog lagi..


bila tengok pak cik tu chill memanjang, aku jadi pelik. "eh, tak kan dia biar jek lagu tu play sampai nak arrive dah ni? awat orang lain pun chill jugak, tak bising2? dah laa kuat."


aku pun tumpukan perhatian sekali lagi. betul-betul kuamati pak cik tadi. kemudian, kudongak ke atas. bunyinya semakin kuat. bermaksud, sumber bunyi itu dari atas.


"laaa! radio rupanya!! hmmpph!"


sian pak cik tadi. tak pasal2 kena main tuduh jek. ampun pak ye. kesimpulannya di sini, sentiasalah ber'husnu zonn' (bersangka baiklah sokmo). jangan main serkup jek tanpa usul periksa.


p/s : stranded laa aku di kl sentral ni sampai pukul 3 petang..


"jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu perbicaraan yang paling dusta"
[HR : Mutafaqqun 'Alaih (Bukhari dan Muslim)]


tamat ditaip pada pukul 6.39 am

Kembara Ramadan 5

21 Ramadan 1431 Hijrah


malam ini bakal turun ke ibu kota lagi. sudah banyak kali turun naik ibu kota sebulan dua ini.


awat weh?



macam biasa. urusan dengan jpa. visa. dan sebagainya yang berada di ibu kota kuala lumpur. dan yang pastinya, ke ibu kota kali ini bakal mendapat macam-macam habuan. =)

***********************************

di supermarket

aku : danish, banyaknya makanan hang ambek?!
danish : tak pa. duit danish banyak. rm20..
aku : okaaay.



sampai kaunter :


cashier : RM 26.00
detail : RM 9.00 aku, RM 17.00 danish.


so, guna duit sendiri dulu, RM30.00


sampai kereta :

aku : danish, abang ambek no hang punya duit merah ni 2 keping. (sambil bukak dompet yang dia bagi)
danish : awat pulak?


aku : haa laa. barang danish kan banyak. mahal. semua 17 ringgit. ni abang bagi balik baki 3 ringgit.



bila nampak jaa duit merah dia dalam dompet tu kena ambek, mata terus berair. aku pun.. aaaaaa...


aku : ok laa..abang belanja 5 ringgit. nah..
danish : xpayah laa..danish tak mau pun duit tu (gaya merajuk)



aku : tu laa..sapa suruh beli banyak2..abang dah cakap dah tadi..
danish : (terus keluar air mata)
aku : kaa..nak pi juai balik barang-barang danish tu? nak tak?
danish : (geleng pala)


aku : aaa..ok la..ok laa..jangan dok teriak..abang belanja laa semua..
T_T



mula-mula, dia yang kata nak belanja. tapi akhirnya, jadi terbalik~
T_T




serik dah dengaq cakap budak ni.

ibrah : bersedekah di bulan ramadan. =)

Tentang Hati Review - Kembara Ramadan 4

21 Ramadan 1431 Hijrah


okay. hari ini 31 ogos 2010. hari kemerdekaan negara kita yang tercinta, malaysia. tapi tak nak tulis pasal merdeka. sebab dah terlalu 'common'. boleh je ke blog-blog lain untuk perincian pasal kemerdekaan.


secara rawaknya, saya telah menghabiskan 2 hari dari masa saya untuk menatap komputer. 29 ogos dan 30 ogos.


apa yang saya buat?


membaca balik segala post / entry yang saya tulis semenjak kelahiran blog beserta komen-komen. tak dak kerja bukan? haha. inilah saya. suka mengimbau masa silam. sama ada dengan menatap gambar-gambar ataupun membaca penulisan-penulisan saya yang lampau.


yang pentingnya, kedua-dua aktiviti tadi WAJIB diiringi dengan lagu instrumental sebagai latar belakang.. ^_^


*****************************

usai membaca semula semua posts, aku tersedar suatu perkara; bahawa akmal hayat itu bukan satu. kadang dua, kadang tiga. 'complicated' bukan?


bermula dengan post yang paling lama, sehingga yang terkini, boleh dikatakan, aku dulu SANGAT LAAA TAK MATANG. Ya Allah, bila baca balik, rasa macam.. "ya Allah, macam ni ka aku dulu-dulu.."
=.="


daripada menulis untuk kerana tiada aim, kepada menulis kerana ada aim.
daripada menulis kerana nak tarik pembaca, kepada menulis kerana naluri sendiri.
daripada menulis kerana hendak komen banyak, kepada menulis kerana keperluan.


semua itu berubah mengikut arus masa.


dan yang paling penting yang mungkin tidak akan diubah ialah:
posts ditulis kerana nak luahkan segala apa yang ada di kepala tak kira sama ada tak betul atau apa-apa.


dan bila masuk ke KMB, ku rasakan bakat menulisku kian berkembang. firasatku, perkembangan penulisan ialah melalui peristiwa. dalam zaman tu, penuh dengan post yang koyak, sangat2 kontroversi, sedih, gembira, hampir berputus asa, merajuk, tiba-tiba azam meningkat, peringatan untuk diri, memotivasikan orang, humour etc2.


kalau baca-baca balik. anugerah kategori terbanyak dimenangi oleh kategori koyak. ahaha.. amin rox mesti gelak kalau dia tau benda ni.. ^_^


dan selepas membaca semua komen-komen bagi setiap post, satu benda aku perasan. terdapat beberapa sahabat yang di setiap posts tatkalamana aku hendak giving up, aku koyak, aku sedih, aku gembira, dia always there.


bila jatuh, dia bangunkan kembali. bila ranap, dia bantu membina kembali. bila bersemangat, dia tambahkan lagi semangat itu. bila hendak giving up, dia merayu supaya hang in there.


semua tu aku sedar lepas hampir setahun kot! T_T


untuk apa pun, aku berterima kasih kepada "mereka-mereka" ini kerana senantiasa ada tatkala susah dan senang. akan kuberusaha membalas segala jasa-jasa baik sekalian.


*****************************************

sumber

sempena dengan itu, sempena tarikh kemerdekaan negara yang ke-53, Tentang Hati ingin memberi sedikit penghargaan.


~anugerah post paling tak matang~
award 1


~anugerah post resipi sepanjang zaman~
award 2


~anugerah post paling puitis~
award 3


~anugerah post paling banyak komen~
award 4


~anugerah komen pilihan terbaik~

too many ppl taking care sometimes make u weaker
[by zatdin]


***************************************

ok. dah. kembali mengorak langkah ke hadapan


p/s : aku baru sedar yang blogspot dah macam wordpress siket2. dah boleh track berapa hit satu hari dan lain2 lagi. thumbs up!