Tentang Hati Review - Kembara Ramadan 4

21 Ramadan 1431 Hijrah


okay. hari ini 31 ogos 2010. hari kemerdekaan negara kita yang tercinta, malaysia. tapi tak nak tulis pasal merdeka. sebab dah terlalu 'common'. boleh je ke blog-blog lain untuk perincian pasal kemerdekaan.


secara rawaknya, saya telah menghabiskan 2 hari dari masa saya untuk menatap komputer. 29 ogos dan 30 ogos.


apa yang saya buat?


membaca balik segala post / entry yang saya tulis semenjak kelahiran blog beserta komen-komen. tak dak kerja bukan? haha. inilah saya. suka mengimbau masa silam. sama ada dengan menatap gambar-gambar ataupun membaca penulisan-penulisan saya yang lampau.


yang pentingnya, kedua-dua aktiviti tadi WAJIB diiringi dengan lagu instrumental sebagai latar belakang.. ^_^


*****************************

usai membaca semula semua posts, aku tersedar suatu perkara; bahawa akmal hayat itu bukan satu. kadang dua, kadang tiga. 'complicated' bukan?


bermula dengan post yang paling lama, sehingga yang terkini, boleh dikatakan, aku dulu SANGAT LAAA TAK MATANG. Ya Allah, bila baca balik, rasa macam.. "ya Allah, macam ni ka aku dulu-dulu.."
=.="


daripada menulis untuk kerana tiada aim, kepada menulis kerana ada aim.
daripada menulis kerana nak tarik pembaca, kepada menulis kerana naluri sendiri.
daripada menulis kerana hendak komen banyak, kepada menulis kerana keperluan.


semua itu berubah mengikut arus masa.


dan yang paling penting yang mungkin tidak akan diubah ialah:
posts ditulis kerana nak luahkan segala apa yang ada di kepala tak kira sama ada tak betul atau apa-apa.


dan bila masuk ke KMB, ku rasakan bakat menulisku kian berkembang. firasatku, perkembangan penulisan ialah melalui peristiwa. dalam zaman tu, penuh dengan post yang koyak, sangat2 kontroversi, sedih, gembira, hampir berputus asa, merajuk, tiba-tiba azam meningkat, peringatan untuk diri, memotivasikan orang, humour etc2.


kalau baca-baca balik. anugerah kategori terbanyak dimenangi oleh kategori koyak. ahaha.. amin rox mesti gelak kalau dia tau benda ni.. ^_^


dan selepas membaca semua komen-komen bagi setiap post, satu benda aku perasan. terdapat beberapa sahabat yang di setiap posts tatkalamana aku hendak giving up, aku koyak, aku sedih, aku gembira, dia always there.


bila jatuh, dia bangunkan kembali. bila ranap, dia bantu membina kembali. bila bersemangat, dia tambahkan lagi semangat itu. bila hendak giving up, dia merayu supaya hang in there.


semua tu aku sedar lepas hampir setahun kot! T_T


untuk apa pun, aku berterima kasih kepada "mereka-mereka" ini kerana senantiasa ada tatkala susah dan senang. akan kuberusaha membalas segala jasa-jasa baik sekalian.


*****************************************

sumber

sempena dengan itu, sempena tarikh kemerdekaan negara yang ke-53, Tentang Hati ingin memberi sedikit penghargaan.


~anugerah post paling tak matang~
award 1


~anugerah post resipi sepanjang zaman~
award 2


~anugerah post paling puitis~
award 3


~anugerah post paling banyak komen~
award 4


~anugerah komen pilihan terbaik~

too many ppl taking care sometimes make u weaker
[by zatdin]


***************************************

ok. dah. kembali mengorak langkah ke hadapan


p/s : aku baru sedar yang blogspot dah macam wordpress siket2. dah boleh track berapa hit satu hari dan lain2 lagi. thumbs up!

5 comments:

Anonymous said...

benda yg berlaku dulu pst mematangkan kita.. =)

never give up n trust in Allah swt..

wlpn jauh, smga trs thabat di jalan ini.. =)

z a t d i n said...

aku nampak name aku :D

Akmal Hayat said...

>> imagine

patutnya hang simpan dowh posts tu. selalunya kalau tengah mood sentimental, ayat mesti jadi berbunga-bunga. kan?

macam hg gk laa.. :P

Akmal Hayat said...

>> Anonymous

semoga terus thabat :)

>> Zath

huhu..nak lagi words of wisdom! ^_^

Anonymous said...

hoho..! suka gilerrr post nih...boleh lak ak xperasan post nih eh..maybe sbb ada dua posts dlm satu hari (31aug)..nice2..good analysis..nnti2 nak buat jugak la..tpi kna tggu post dh banyak......bru bez..:) btw, y sajak tuh, xleh blah...perform kot

^_^