Kembara Ramadan 2

11 Ramadan 1431 Hijrah


suatu pagi yang kalau boleh ku tak mahu ianya terjadi. tapi kalau dah macam tu rencana Tuhan, nak buat cemana kan?


usai solat, terbaring atas kusyen empuk. sambil menjamah mata dengan perlawanan tenis antara federer dengan davydenko. (federer menang 6-4, 7-5). danish seperti biasa. awal-awal pagi ja, bangun-bangun, kira nak main chess. lalu dia bermain dengan abah.


habis ja federer main, aku tengok kat papan chess. apa dah jadi. dan dia tengah losing dalam game tu. one more step to be checkmated. lalu dia menyusun bidak-bidak tu semula dan ajak abah lawan balik.


aku menyelinap masuk ke dalam bilik tidur untuk mengadap buku (facebook). rasa bosan, keluar balik dalam 30 minit kemudiannya. dan again, danish tengah losing the game.. -.-"


duduk atas kerusi malas sambil melihat permainan..


abah : ha danish, abang mai tu. takkan nak bagi kalah kot?!
danish : .......
aku : besa laa tu danish. abah kan coach kubang pasu.



lepas tu aku terus bersembang dengan abah tentang chess tetapi TAK DAK KAITAN LANGSUNG dengan game yang depa ni tengah main. dan dalam mengalami proses kekalahan itu, tiba-tiba...


danish : haa! abang bagi habaq! (bagi habaq ni maksud dia, bagitau)
aku : ........ (bila masa aku bagitau?)



dan peraturan adik aku macam ni. kalau ada orang bagi hint kat opponent dia, automatik game tu jadi draw. kalau ada orang bagi hint kat dia, tak pa..dan kalau dia cakap word "bagi habaq" tu, maksudnya dia tengah nak mengelak daripada kekalahan
-.-"


dia tak boleh terima sebenarnya kekalahannya disaksikan olehku.. =)
masih mentah lagi..


tiba2, dengan game tu tak habis lagi, dia dah susun balik semua buah chess tu..


abah : aik? awat susun balik?
aku : game tak habeh lagi pun.
danish : dah abang bagi habaq. DRAW!!
aku : -.-" bila masa??
danish : tadi..
aku : apa abang buat?
danish : abang tunjuk kat abah..
aku : mana da! kalau abang habaq kat abah, danish tunjuk tengok yang mana abah suruh abah jalan.
danish : ada laa tadi..
aku : haa! tunjuk laa!



dia terdiam. hakikatnya, memang tak bagitau apa-apa pun~ kelihatan mukanya yang dah nak nangis.


aku : blajaq laa kalah skali skala. nak menang memanjang, mana boleh..ok laa, abang dah nampak pun sapa nak menang tadi~



aku pun bangun nak masuk bilik. berdiri ja, pusing belakang sikit,


DUSH!!


"awat panas peha aku ni??" (monolog dalaman). rupa-rupanya, dah diterajang oleh danish. geram agaknya. lepas tu, pom!! kena lagi sekali..serius sebijik gaya macam ultraman cosmos dalam tv yang dia selalu tengok..
-.-"

diambil dari google search


aku : ooii! apa ni?
abah : tak elok woo tendang-tendang abang..
aku : hang bangun sat!



dia pun berdiri.


aku : nak kena penampaq tak?
danish : ha! (ya!)
aku : betoi ni?
danish : ha!



aku pun angkat tangan. kumpul chakra kat tangan. lalu aku hayun. sikit lagi nak sentuh pipi dia, aku stop. (nak acah tengok dia takut ka tak). rupanya memang dia berani betul time tu. tengok muka dia, rasa kesian. pusing belakang, nak balik bilik. tiba-tiba...


DUSH!! kena lagi.. kali ni one kick jaa. tapi kuat dia tu, tak mau mau.maka, aku rasa macam temperature tengah naik..


aku : awat ngan hang ni?! nak kena penyepak (penendang) ka?!
danish : ha!



aku angkat kaki dah. dia masa tu tengah terbaring akibat eksyen flying kick aku atas carpet tadi.


aku : betoi ni nak nak?!
danish : ha! (dengan riak muka yang xleh blah)



aku macam tadi. setelah kumpul segala jenis chakra, aku hayun rr kaki. nak sampai peha dia, aku stop. tak sanggup weh..


"sesungguhnya aku berpuasa"


control marah..


danish : tak kena pun!
aku : abang tanya hang last. nak kena ni?!!
danish : haa!!



aku tengok abah. abah macam bagi green light. setelah dipertimbangkan segala sudut dan kekuatan yang diperlukan, aku hayun untuk kali yang ketiga. maaf, kali ini, anda terpaksa diajar kerana sungguh kurang ajar.


DUSH!!


kena peha. reaksi mukanya yang tadi tiba-tiba berubah. aku tahu ianya sakit. amat. dapat kutafsir dari riak wajahnya. aku kasihan. namun, maaf aku tak mampu mengukirkan muka belas kasihan kerana kadang-kadang, anda perlu dididik macam ni.


aku : lain kali, jangan mintak. kalau abang nak buat, abang buat sungguh! hormat orang.
abah : jangan nangeh.. budak laki tak nangeh..



aku tak sanggup melihat mukanya. lalu terus beransur ke bilik. dalam 15 minit kemudian, aku keluar untuk melihatnya. sedang tertidur sambil seluar panjangnya disingsing di sebelah kirinya untuk dia melihat kesan tendangan tadi. kasihan pulak aku melihatnya.. :(


dalam hati..
"abang minta maaf. sebab danish dah tak ikut cakap abah. lawan cakap. i need to."


semoga danish menjadi anak yang soleh di kemudian hari.. =)


p/s : ini adalah kali pertama aku menyakitinya.
p/p/s : dan setelah 7 tahun aku tak menyakiti adikku, akhirnya, kulakukannya kembali juga..


~nukilan khas daripada abang yang terlalu menyayangimu~

15 comments:

mahirah said...

sedih la pulak bila baca....

iAllah itu untuk kebaikan dia~~

p/s: klu adik perempuan,,jgn plak didik mcm 2 ye~ (^_^)v

ahmad fahmi said...

sedih ada... jeles pun ada.. ='(

pengalaman memang guru cemerlang, tarbiyyah Allah direct ke kita

Akmal Hayat said...

>> mahirah

kalau adik perempuan tu pun berjiwa ultraman? ^_^

Akmal Hayat said...

>> fahmi ruzaidi

betul.. ^_^

tapi rasa macam kejam sangat laa pulak.. kat rumah ni xde rotan..

macam..waaa..."ini adalah contoh abang yang kejam!"

T_T

bloghopper said...

lgkh itu bgus..tpi prlu di follow dgn slow talk..pujuk balik si adik kecil..bertahu knapa si abg bsikap demikian..baru lah, difahaminya

Faqih Ahmad Shuhaili said...

Hi raksasa
^_^

Akmal Hayat said...

>> bloghopper

bagi aiskrim sebatang.. :D

Akmal Hayat said...

>> ImaginE

a'ah..yang paling kecik skali.. agaknya, kebanyakan anak last mmg cmtu kot? :D

x bad mood pn..ok jaa tadi main chinese checkers, dam haji, dam ulaq ngan aku.. huhuu

kids nowadays~

xpa2..dia masih belajar..tapi kesian gak kat dia kena ajar dgn abg cm aku neh.. :D

ultraman cosmos xbest..ayat cliche..

"keajaiban" -.-"

Akmal Hayat said...

>> fiQ

aaa...gelaran tu dah ditarik balik kot sejak aku jadi penyayang neh.. ^_^

Unknown said...

alamak...sayunya...sedey2...terharu dgn kasih syg sorg abg..huhu...

rindu plak kat adik2+abg kat umah...

lama dah gak aku pn x gaduh dgn depa ni..x penampaq..huhu..2 yg wat lg akrab..

pasai chess ni..aku men dgn komputer sokmo ha..tp sekali pn xmenang..hai..ka kna men dgn manusia br menang..T_T

mintak nasihat dr ir akmal hayat=P

mahirah said...

berjiwa ultraman ke..raksasa ke..tomboi ke...dia tetap perempuan.. perempuan ni hatinya ibarat kaca.. rapuh n mudah pecah~ erm,, bukan ade hadis Rasulullah ke psl ni? mahir pun xbrape nak ingat.. ^_^

bloghopper (hopping sekali lagi) said...

aiskrim..bgus..

cuba ambil approach begini pula (sebagai contoh);
"danish..lain kali, jgn buat mcm itu. sakit tak? ha..anak soleh tak tendang2 abang..anak soleh hormat orang, tak tinggi suara. danish jangan buat mcm tu dah..Allah tak suka. Nak jadi anak soleh tak? dapat masuk syurga =D"

layan si adik itu seperti seorang muslim yang matang =D

Amin Rukaini Mustafa said...

hahaha, hebat gila ang.
len kali pi la urut2 adik ang. mesti dia cayaq balik kalo ang buat camtu. seyes. tu baru ada pengajran. kalo tak dia koyak, besok lusa bnda sama gak.

hehe. didik la adik seelok2nya wahai si abang, aku tidak punyai adik untuk dididik. ^_^

nurliyanasyahirah said...

kan best kalau aku pon bole pukul adek aku cam hang.
klu aku pukul, nnti dia pukul aku balik T___T

...zUlaIkHA... said...

yup..kadang2 perlu untuk bertegas...tapi tak bermakna berkasar...

tegas vs kasar..beza dong..(^_^)

huhu..tapi tak taw la ngn adik-bradik laki ni camne nk handle coz never have one!

papepown...u noe the best about ur bros rite!(^_^)
so tidak membangkang mahupun menyokong tindakan tu..saya di atas pagar k!