Hidup Kita

adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya


bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya


kerana dakwah kita adalah dakwah kasih sayang


bukan dakwah ganas =)





p/s : i am not available


Harga Setitis Air Mata berbanding PerancanganNya

Hari ini, saya belajar satu perkara.

Semestinya bila kita sudah rapat dengan seseorang,
mula timbulnya rasa sayang kepada seseorang,
kita sentiasa mahu bersama dengannya.

Bila seseorang itu tidak dapat bersama kita,
pada masa yang kita mahu sangat bersama dengannya,
kita akan merasa sedih,
dan sehingga mengalirkan air mata.

Saya pernah berasa sedemikian,
dan kembali merasainya kini.

Sehingga, Allah tarbiyah secara 'direct',
bahawa, jangan terlalu bersedih dengan sesuatu
bila tetiba terasa nak lihat kembali video maher zain tu.

You created everything, We belong to You.

Jadi, terfikir bahawa Dia lebih mengetahui segalanya.
Sebab kita ni kepunyaan Dia.

Dan sesungguhnya, setitis air mata ini tak mampu melawan perancangannya.
Kerana hakikatnya, kita adalah manusia,
yang terlalu bergantung dengan sesuatu yang lain,
yang sangat lemah untuk menjadikan perancangan kita berhasil.

Dan saya terfikir...


Kita merancang, Allah juga merancang.
Tetapi perancangan Allah itulah yang terbaik.

^_^

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Dan Allah itu mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. [2 : 216]


Tiada perkara yang lebih menggembirakan selain melihat kamu dan kalian turut gembira.
So Akmal, chill.. =)


Hijrah Saya Hijrah Kita

Sempena tahun baru hijrah, berazam sangat nak berhijrah juga.


Hijrah Mind Setting


Mutarabbi kepada Murabbi


Saya bukan lagi kanak-kanak.
Sehingga bila hendak dilayan sebagai mutarabbi?


^_^

"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka kemudian kematian menimpanya, maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [4 : 100]



p/s : but sometimes, i just love to be like a child..boleh nakal-nakal..hehe