Contengan 002 : What A Wonderful World


Jam waktu itu tepat pukul 4 petang. Suasana sudahpun gelap. Ditambah lagi dengan hujan renyai-renyai membuatkan kesejukan 5 darjah celsius sangat terasa di muka.

Letih setelah 2 jam bertungkus lumus menyiapkan komponen projek di dalam 'Student Workshop' sebentar tadi. Drilling dan Boring besi dengan diameter 70mm untuk menghasilkan bearing housing sangat memerlukan ketelitian yang tinggi.

Aku mengatur langkah dengan pantas untuk segera sampai ke subway. Melarikan diri daripada terkena rintikan air hujan. Aku seperti manusia lain di dalam subway ini. Kebanyakannya berpakaian hitam dan berjalan laju. Entah apa yang dikejar. Termasuk diriku. Entah apa yang menanti di hadapan sana yang membuatkanku tetap melangkah laju.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba penyanyi bersama alat muziknya menukar lagu. Aku telahpun melepasinya. Kemudian terdengar muzik yang sangat pernah aku dengar. Dia mengalunkan juga lagu tersebut.

I see trees of green, red roses too
I see them bloom for me and you
And I think to myself what a wonderful world.

Aku terus mematikan langkah. Melihat ke arahnya. Berpatah balik dan bersandar di dinding subway sambil melihatnya menyanyikan lagu tersebut hingga penghujungnya. Dalam kekosongan aku berjalan daripada universiti sebentar tadi, seolah-olah lagu ini mengisi kekosongan tersebut.

I see skies of blue and clouds of white
The bright blessed day, the dark sacred night
And I think to myself what a wonderful world.

The colors of the rainbow so pretty in the sky
Are also on the faces of people going by
I see friends shaking hands saying how do you do
They're really saying I love you.

I hear babies crying, I watch them grow
They'll learn much more than I'll never know
And I think to myself what a wonderful world
Yes I think to myself what a wonderful world.

Setelah tamat dia menyanyikan lagu ini, aku terus bergerak menghampirinya. Aku menyeluk poket seluarku. Mencapai duit syiling yang ada. Syiling 2 pound aku keluarkan daripada poket, kuberikan kepadanya dan berkata;

A : Thank you so much for the lovely song.
B : You don't look happy young man.
A : Yeah, a lil bit sad. I'll be okay later.
B : There are so many things in this life that can make you happy, young man. Find that things, cheer up, and live your life.

Aku tersenyum.

A : Yeah, you are right. Thanks!

Kemudian terus mengatur langkah sambil tangan kanan sibuk mencari lagu yang dinyanyikannya sebentar tadi di dalam iPhone. Di dalam tube, aku mendengar lagu tersebut berulang-ulang kali sambil memikirkan kata-kata pakcik tadi;


Find that things, young man.


***

-akmalhayat-
-06Nov12-

No comments: