Musim VIRUS Kmb (MVK): Apakah, dan cara menjauhinya.

Sempena new year ni, banyak perubahan dilakukan sama ada mental ataupun fizikal. Termasuklah perubahan layout Tentang Hati dan juga terpaksa menukar windows XP ke windows 7. Mengapa?

Peubahan layout adalah kerana nak tukar selera manakala penukaran OS adalah kerana diserang oleh virus yang bernama

Worm.vb/bdy

Apakah keupayaan virus ini?

Disebabkan ia adalah sejenis worm, ia mampu untuk beranak di dalam hard drive anda. Dan keupayaannya untuk beranak sangat laju. Komputer saya dengan Windows Fire wall is turned on, avira personal anti virus is up-to-date diserang dalam masa kurang 10 minit.

Ia bukan sejenis virus biasa. Ia tidak serang exe file. Jika virus2 lain hanya serang partition C: , virus ini serang kesemua partition hard drive kita

Ia akan menukar folder anda ke format screen saver. Folder yang bermega-megabyte akan ditukar ke 110 kb sahaja.

Selepas itu, ia akan 'hidden'kan file tersebut yang membuatkan anda tidak mampu untuk track file tersebut. Jika anda pilih 'show all hidden files' dalam folder option sekalipun, anda tidak akan dapat melihat file itu.

Ini kerana virus ini mampu menukar file tersebut kembali kepada 'hidden' file dalam sekelip mata sahaja!

Bagaimana virus ini menyerang?

Sekadar yang telah dikenalpasti, di KMB ia menular melalui PENDRIVE! Apabila anda masukkan ke port USB anda, bila autorun sudah terpapar, ia akan diaktifkan.

Virus ini adalah sejenis virus backdoor (Kaspersky cakap). Ia mampu melepasi Windows Firewall dan antivirus yang tiada active guard/protection.

Pertama sekali, ia akan menyerang registry anda dengan mengedit atau menambah coding di dalam registry anda. Kebiasaannya, antivirus anda akan mengesannya sebagai "adobe.update"

Setelah ia masuk kedalam komputer anda, simptom2 seperti yang dinyatakan di atas akan berlaku.

Natijah diserang virus ini?

Segala jenis file kesayangan anda tak kan dapat dikesan lagi (seperti gambar-gambar kenangan, lagu-lagu retro kesayangan, dan assignments etc)

Walaubagaimanapun applikasi anda yang lain seperti yahoo messenger, PES2010 etc, boleh berjalan seperti biasa kerana virus ini tidak menyerang exe files.

Bagaimana hendak mengatasi virus ini?

Jika virus tersebut masih belum menyerang komputer anda, pastikan Windows firewall, dan Active Guard / Protection are 24 hours activated.

Saya sarankan anda menggunakan anti-virus yang dipercayai lebih berkesan seperti Kaspersky, Norton, AVG (bukan yang free). Kaspersky yang trial pun sudah memadai. Jika anda hendakkan yang penuh (lesen 1 tahun), anda boleh mendapatkannya daripada Wak Nazri dengan harga hanya RM25 (ori).

***

Jika virus sudahpun memasuki komputer anda, untuk mematikannya, anda perlu menghapuskannya di dalam registry anda (regedit) terlebih dahulu sebelum menghapuskannya menggunakan anti-virus. Inipun jika anda mahir.

Jika anda tidak mahir, saya cadangkan anda bawa ke kedai, ataupun reformat kembali sajalah komputer anda.

AMARAN!!

Jika antivirus anda sudah mengenalpasti virus-virus ini, jangan 'delete' file2 tersebut! Quarantine adalah cara terbaik kerana jika anda delete virus tersebut, all infected files also will be deleted!


Di mana VIRUS ini dapat dikesan?

Buat masa sekarang, virus ini dipercayai berada di dalam setiap pen drive / hard drive yang pernah digunakan untuk print di Sham's Tech Corp.

Saya tidak kata virus tersebut datangnya dari Sham's Tech, tetapi memandangkan semua pendrive berpusat di situ untuk print, besar kemungkinan Sham's Tech merupakan tempat virus-virus itu berkumpul dan beranak dengan lebih banyak.

Bukan niat saya untuk menjatuhkan Sham's Tech (kerana saya sendiri amat bergantung pada Sham's Tech untuk print) tetapi sebagai langkah berhati-hati apabila mencucuk pendrive anda di situ.

Bila anda memasukkan pendrive anda ke dalam komputer anda semula, jangan lupa untuk reSCAN!

Kebaikan VIRUS ini?

Anda mungkin akan diserang dengan hebat, namun jika anda masih mempunyai history file anda (dengan tepat) anda masih boleh membuka file tersebut dan menyelamatkannya dengan Save As ataupun transfer ke dalam pendrive anda sebagai backup.

Anda amat bernasib baik jika anda mempunyai Google Desktop. History amat berguna untuk anda backup files yang sudah tidak dapat dikesan.


*****

Begitulah caranya laptop saya diserang. Walaupun saya dikenali dengan penjaga laptop terbaik di rumah kerana laptop sentiasa laju dan di defrag selalu, hakikatnya sekarang tidak lagi. Inilah akibatnya mengkhianati kepercayaan Kaspersky! hahaha..

Seriusly, saya respect virus tersebut kerana buat pertamakalinya laptop saya berjaya dipecah masuk. huhu..

Sekarang sudah berwajah baru. Windows 7 beserta Kaspersky Internet Security 2010. We'll see what happen next memandangkan virus ini baru sahaja menular, belum sampai peak lagi.

SELAMAT MENJAGA LAPTOP ANDA!

sincerely,

2 makhluk perompak!!

Bila jari berada di papan kekunci, jari terasa ringan untuk ligat menari menekan kunci-kunci melahirkan aksara-aksara. Tiada input yang terlintas difikiran. Hanya permainan si jari dalam mempengaruhi si akal membentuk kata-kata. Kuat juga pengaruh si jari.

O abaikan kata-kata di atas. Merapu. Hehehe...

Meskipun sepatutnya terpaksa menyibukkan diri dengan Extended Essay dan World Literature, aku sengaja mengasingkan diri daripada mereka. Dua makhluk itu sungguh menakutkan. Merampas apa sahaja yang menjadi milikku sebelum ini.

Pada masa bertahannuth ini, ku berusaha mencari senjata yang bisa memenggal kedua-duanya serentak. Ku harapkan itu bukan sekadar impian yang bermain-main di awangan. Nak dilihat tak dapat, nak disentuh apatah lagi.

O saya merapu lagi. Huhuhu...

Kembali ke dunia realiti...

EE dengan Worldlit dua-dua kena hantaq 21 Januari ni weyh!!

O masa untuk kembali bekerja!

Walaupun tiada sebarang senjata dijumpai, mengarapkan aku tidak tertewas ketika bersemuka dengan mereka berdua.

Again~ -_-"

p/s: Dengan ini, saya dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim merasmikan layout baru blog Tentang Hati 16 Januari 2010. Sekian...

Ragam Kehidupan

Bismillah..

Ini post pertama dalam tahun 2010; juga post yang ke-99 sepanjang blogging. Lagi satu nak capai Jubli Emas.

Membuka tirai 2010 mengajarku bermacam-macam erti kehidupan. Alhamdulillah, pembukaan tahun ini Allah kurniakan pelbagai macam kekuatan fizikal, mental, dan rohani.

Kepustusan peperiksaan sudahpun di tangan. Sesuai dengan usaha semasa berada di semester 3, keputusan yang diperoleh adalah sederhana; namun penuh dengan keajaiban untuk setiap kertas. Actual grade obtained is 4 points higher than the predicted grade.

Berada dalam dewan, kerana persediaan yang amat2 kurang, terlalu banyak soalan yang tidak dapat dijawab dengan baik. Tetapi, pertolongan Allah itu kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Expect markah dapat 1/15, dapat 11/15. Expect markah 2/10, dapat 10/10. Itulah rezeki dari Allah Taala.

Jagalah hak-hak Allah, Allah akan menjaga hak-hak kamu

Bagaimana menjaga hak-hak Allah? Melakukan perkara yang diperintahNya dan menjauhi larangannya, jaga solat berjemaah, dakwah ke arah kebaikan dll..

Apakah pula hak-hak kita? Itulah ketenangan hidup, kejayaan, rezeki yang luas dll..

***

Dapat 34/42 bukanlah sesuatu yang membanggakan. Honor Roll pun tak dapat. Huhu.. Sudah ragam kehidupan. Sudah selalu kita berada di atas.

Sekali sekala, Dia jatuhkan kita supaya kita rasa apa orang yang berada di bawah rasa.

Sekali sekala, Dia jatuhkan kita untuk mengajar kita erti bersyukur berada di atas.

Sekali sekala, Dia jatuhkan kita supaya kita tidak berasa terlalu selesa berada di atas hingga kita alpa kepadaNya.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji

Hadapilah ujian itu dengan keimanan; supaya imanmu semakin kuat.

***

Dapat keputusan yang teruk juga bukanlah sesuatu yang untuk kita sedihkan sepanjang masa. Normal untuk kita berasa sedih supaya motivasi untuk berusaha itu tertanam dalam diri. Bila menghadapi kegagalan, aku selalu teringat kata-kata ku kepada anak-anak buahku semasa menjadi fasilitator kem motivasi di SMK Sultan Abdullah..

Successful person is who turns failures into chances.

Daripada kegagalan itulah kita belajar.



***

Dalam kita meniti kehidupan, terkadang kita terasa lemah. Janganlah biarkan kelemahan itu membantutkan perjalanan kita. Sebaliknya, kuatkanlah diri untuk terus bergerak maju ke hadapan mencapai sinar di hadapan. Tiap kesusahan yang dialami adalah suatu pengalaman yang tiada nilai kemanisannya.

Ingatlah

Kehidupan ini suatu pertimbangan, adililah ia sebaiknya

***