Tentang Hati Review - Kembara Ramadan 4

21 Ramadan 1431 Hijrah


okay. hari ini 31 ogos 2010. hari kemerdekaan negara kita yang tercinta, malaysia. tapi tak nak tulis pasal merdeka. sebab dah terlalu 'common'. boleh je ke blog-blog lain untuk perincian pasal kemerdekaan.


secara rawaknya, saya telah menghabiskan 2 hari dari masa saya untuk menatap komputer. 29 ogos dan 30 ogos.


apa yang saya buat?


membaca balik segala post / entry yang saya tulis semenjak kelahiran blog beserta komen-komen. tak dak kerja bukan? haha. inilah saya. suka mengimbau masa silam. sama ada dengan menatap gambar-gambar ataupun membaca penulisan-penulisan saya yang lampau.


yang pentingnya, kedua-dua aktiviti tadi WAJIB diiringi dengan lagu instrumental sebagai latar belakang.. ^_^


*****************************

usai membaca semula semua posts, aku tersedar suatu perkara; bahawa akmal hayat itu bukan satu. kadang dua, kadang tiga. 'complicated' bukan?


bermula dengan post yang paling lama, sehingga yang terkini, boleh dikatakan, aku dulu SANGAT LAAA TAK MATANG. Ya Allah, bila baca balik, rasa macam.. "ya Allah, macam ni ka aku dulu-dulu.."
=.="


daripada menulis untuk kerana tiada aim, kepada menulis kerana ada aim.
daripada menulis kerana nak tarik pembaca, kepada menulis kerana naluri sendiri.
daripada menulis kerana hendak komen banyak, kepada menulis kerana keperluan.


semua itu berubah mengikut arus masa.


dan yang paling penting yang mungkin tidak akan diubah ialah:
posts ditulis kerana nak luahkan segala apa yang ada di kepala tak kira sama ada tak betul atau apa-apa.


dan bila masuk ke KMB, ku rasakan bakat menulisku kian berkembang. firasatku, perkembangan penulisan ialah melalui peristiwa. dalam zaman tu, penuh dengan post yang koyak, sangat2 kontroversi, sedih, gembira, hampir berputus asa, merajuk, tiba-tiba azam meningkat, peringatan untuk diri, memotivasikan orang, humour etc2.


kalau baca-baca balik. anugerah kategori terbanyak dimenangi oleh kategori koyak. ahaha.. amin rox mesti gelak kalau dia tau benda ni.. ^_^


dan selepas membaca semua komen-komen bagi setiap post, satu benda aku perasan. terdapat beberapa sahabat yang di setiap posts tatkalamana aku hendak giving up, aku koyak, aku sedih, aku gembira, dia always there.


bila jatuh, dia bangunkan kembali. bila ranap, dia bantu membina kembali. bila bersemangat, dia tambahkan lagi semangat itu. bila hendak giving up, dia merayu supaya hang in there.


semua tu aku sedar lepas hampir setahun kot! T_T


untuk apa pun, aku berterima kasih kepada "mereka-mereka" ini kerana senantiasa ada tatkala susah dan senang. akan kuberusaha membalas segala jasa-jasa baik sekalian.


*****************************************

sumber

sempena dengan itu, sempena tarikh kemerdekaan negara yang ke-53, Tentang Hati ingin memberi sedikit penghargaan.


~anugerah post paling tak matang~
award 1


~anugerah post resipi sepanjang zaman~
award 2


~anugerah post paling puitis~
award 3


~anugerah post paling banyak komen~
award 4


~anugerah komen pilihan terbaik~

too many ppl taking care sometimes make u weaker
[by zatdin]


***************************************

ok. dah. kembali mengorak langkah ke hadapan


p/s : aku baru sedar yang blogspot dah macam wordpress siket2. dah boleh track berapa hit satu hari dan lain2 lagi. thumbs up!

Kembara Ramadan 3

12 Ramadan 1431 Hijrah


selesai solat sunat tarawih. malam ni dirasakan malam paling dahsyat berbanding malam-malam yang sebelumnya. kalau dulu-dulu, masih boleh bertahan. jihad akmal jihad!


malam ini menguburkan segalanya. sampai ke rakaat yang kelapan, rasa tak tertanggung lagi. aku pun keluar dari saf dan terus ke belakang untuk meneruskan bacaan al-quran.


lemah betul..
-.-"


*imbas kembali*


tapi segerombolan nyamuk tu memang dah melampau.
dulu pakai kain pelikat, dia masuk, ketit!
lepas tu, tukar laa pakai seluar slack hitam. lagi sakan dia hurung.
lepas tu, tukar seluar slack yang cerah siket, bangun dari tahiyyat ja, nampak darah.


tapi semalam ganas. pakai seluar pun dia boleh menyelinap masuk!


masa tu tengah rakaat yang ke-7. dah tak tahan dah. macam nak amek sheildtox jaa mai semboq satu masjid. fikiran melayang (-.-" kantoi tak khusyuk). nyamuk berderu-deram datang.


terfikir 313 VS 1000. isk..jauhnya kalau nak dibandingkan dengan golongan 313 itu. kuat2! menghabiskan sisa-sisa rakaat! (tapi sampai 8, kalah T_T)


*****************

malam tu, abah macam sangat penat. drive jauh kot. dalam kereta ketika perjalanan pulang dari masjid, sunyi sepi. aku pun melayan diri dalam kesunyian itu. tiba-tiba, abah bersuara...


abah : abang, dalam banyak-banyak lagu, lagu apa yang abang boleh nyanyi sampai habis.
aku : aaaa....



berfikir kejap. ni tanya lagu tarannum ka, lagu yang dok dengaq dalam radio ka, lagu apa. sebab masa tu radio tengah memutarkan ayat suci al-quran. kalau tarannum, yang tau sampai habis, tarannum bayati dengan nahwand je rr..sebab nak selamat, jawab laa..


aku : banyak lagu yang abang bleh nyanyi sampai habis..
abah : betul ni banyak lagu?



monolog dalaman lagi. wait!! awat macam penah dengaq soalan ni?? serius ada trick! cuba laa cungkil-cungkil balik, tak jumpa. lemahnya otak aku sekarang neh. karat abes. at last, kereta sampai depan pintu pagar rumah. ok! trial and error!


aku : lagu NEGARAKU! (hoho..patriotik bebeno)
abah : lagu negaraku? hahaha.. (dia gelak sakan)
aku : T__T awatnya?



dia tinggalkan aku dengan persoalan. tak jawab. tapi sampai ke dalam rumah gelak tu yang tak tahan tuu..

-.-"


sampai sekarang masih berfikir. apa yang dia cuba nak sampaikan eh? trick seorang kaunselor memang susah difahami~




**************

terjumpa wasiat Pak Cik Hassan


.1.
Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

.2.
Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

.3.
Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

.4.
Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

.5.
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

.6.
Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

.7.
Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

.8.
Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

.9.
Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

.10.
Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.


errr. (headshot!) dalam usaha untuk mengikut wasiat-wasiat itu. :)
sekadar peringatan bersama
^_^


p/s : real men wear PINK


Kembara Ramadan 2

11 Ramadan 1431 Hijrah


suatu pagi yang kalau boleh ku tak mahu ianya terjadi. tapi kalau dah macam tu rencana Tuhan, nak buat cemana kan?


usai solat, terbaring atas kusyen empuk. sambil menjamah mata dengan perlawanan tenis antara federer dengan davydenko. (federer menang 6-4, 7-5). danish seperti biasa. awal-awal pagi ja, bangun-bangun, kira nak main chess. lalu dia bermain dengan abah.


habis ja federer main, aku tengok kat papan chess. apa dah jadi. dan dia tengah losing dalam game tu. one more step to be checkmated. lalu dia menyusun bidak-bidak tu semula dan ajak abah lawan balik.


aku menyelinap masuk ke dalam bilik tidur untuk mengadap buku (facebook). rasa bosan, keluar balik dalam 30 minit kemudiannya. dan again, danish tengah losing the game.. -.-"


duduk atas kerusi malas sambil melihat permainan..


abah : ha danish, abang mai tu. takkan nak bagi kalah kot?!
danish : .......
aku : besa laa tu danish. abah kan coach kubang pasu.



lepas tu aku terus bersembang dengan abah tentang chess tetapi TAK DAK KAITAN LANGSUNG dengan game yang depa ni tengah main. dan dalam mengalami proses kekalahan itu, tiba-tiba...


danish : haa! abang bagi habaq! (bagi habaq ni maksud dia, bagitau)
aku : ........ (bila masa aku bagitau?)



dan peraturan adik aku macam ni. kalau ada orang bagi hint kat opponent dia, automatik game tu jadi draw. kalau ada orang bagi hint kat dia, tak pa..dan kalau dia cakap word "bagi habaq" tu, maksudnya dia tengah nak mengelak daripada kekalahan
-.-"


dia tak boleh terima sebenarnya kekalahannya disaksikan olehku.. =)
masih mentah lagi..


tiba2, dengan game tu tak habis lagi, dia dah susun balik semua buah chess tu..


abah : aik? awat susun balik?
aku : game tak habeh lagi pun.
danish : dah abang bagi habaq. DRAW!!
aku : -.-" bila masa??
danish : tadi..
aku : apa abang buat?
danish : abang tunjuk kat abah..
aku : mana da! kalau abang habaq kat abah, danish tunjuk tengok yang mana abah suruh abah jalan.
danish : ada laa tadi..
aku : haa! tunjuk laa!



dia terdiam. hakikatnya, memang tak bagitau apa-apa pun~ kelihatan mukanya yang dah nak nangis.


aku : blajaq laa kalah skali skala. nak menang memanjang, mana boleh..ok laa, abang dah nampak pun sapa nak menang tadi~



aku pun bangun nak masuk bilik. berdiri ja, pusing belakang sikit,


DUSH!!


"awat panas peha aku ni??" (monolog dalaman). rupa-rupanya, dah diterajang oleh danish. geram agaknya. lepas tu, pom!! kena lagi sekali..serius sebijik gaya macam ultraman cosmos dalam tv yang dia selalu tengok..
-.-"

diambil dari google search


aku : ooii! apa ni?
abah : tak elok woo tendang-tendang abang..
aku : hang bangun sat!



dia pun berdiri.


aku : nak kena penampaq tak?
danish : ha! (ya!)
aku : betoi ni?
danish : ha!



aku pun angkat tangan. kumpul chakra kat tangan. lalu aku hayun. sikit lagi nak sentuh pipi dia, aku stop. (nak acah tengok dia takut ka tak). rupanya memang dia berani betul time tu. tengok muka dia, rasa kesian. pusing belakang, nak balik bilik. tiba-tiba...


DUSH!! kena lagi.. kali ni one kick jaa. tapi kuat dia tu, tak mau mau.maka, aku rasa macam temperature tengah naik..


aku : awat ngan hang ni?! nak kena penyepak (penendang) ka?!
danish : ha!



aku angkat kaki dah. dia masa tu tengah terbaring akibat eksyen flying kick aku atas carpet tadi.


aku : betoi ni nak nak?!
danish : ha! (dengan riak muka yang xleh blah)



aku macam tadi. setelah kumpul segala jenis chakra, aku hayun rr kaki. nak sampai peha dia, aku stop. tak sanggup weh..


"sesungguhnya aku berpuasa"


control marah..


danish : tak kena pun!
aku : abang tanya hang last. nak kena ni?!!
danish : haa!!



aku tengok abah. abah macam bagi green light. setelah dipertimbangkan segala sudut dan kekuatan yang diperlukan, aku hayun untuk kali yang ketiga. maaf, kali ini, anda terpaksa diajar kerana sungguh kurang ajar.


DUSH!!


kena peha. reaksi mukanya yang tadi tiba-tiba berubah. aku tahu ianya sakit. amat. dapat kutafsir dari riak wajahnya. aku kasihan. namun, maaf aku tak mampu mengukirkan muka belas kasihan kerana kadang-kadang, anda perlu dididik macam ni.


aku : lain kali, jangan mintak. kalau abang nak buat, abang buat sungguh! hormat orang.
abah : jangan nangeh.. budak laki tak nangeh..



aku tak sanggup melihat mukanya. lalu terus beransur ke bilik. dalam 15 minit kemudian, aku keluar untuk melihatnya. sedang tertidur sambil seluar panjangnya disingsing di sebelah kirinya untuk dia melihat kesan tendangan tadi. kasihan pulak aku melihatnya.. :(


dalam hati..
"abang minta maaf. sebab danish dah tak ikut cakap abah. lawan cakap. i need to."


semoga danish menjadi anak yang soleh di kemudian hari.. =)


p/s : ini adalah kali pertama aku menyakitinya.
p/p/s : dan setelah 7 tahun aku tak menyakiti adikku, akhirnya, kulakukannya kembali juga..


~nukilan khas daripada abang yang terlalu menyayangimu~