Antara gula-gula dan cuka

dalam sebuah kampung, ada seorang penjual cuka dan ada seorang seorang penjual gula-gula.

setiap hari, penjual cuka akan dapat menjual semua hasilnya, manakalah penjual gula-gula akan pulang dengan tangan kosong.

sampai satu ketika, penjual gula-gula berputus asa dan hendak menutup kedai jualan gula-gulanya. maka sebelum menutupnya, dia ke kedai cuka untuk bertanya.


G: dengar sini. saya menjual gula-gula, sesuatu yang manis dan sedap. semua orang sukakan gula-gula. tapi kamu, menjual cuka. sesuatu yang masam dan tidak digemari ramai orang. bagaimana kamu boleh jual lebih laris daripada aku?

C: mungkin kerana saya menjual cuka yang rasanya adalah gula-gula. tetapi kamu pula menjual gula-gula yang rasanya adalah cuka.




ibrah:

1) islam itu manis dan indah (gula-gula). tetapi dipandang enteng oleh orang lain kerana sikap penganutnya sendiri. masa untuk muhasabah kembali diri kita. adakah kerana akhlak kita yang kurang baik menjadi fitnah kepada agama?

2) kalau islam itu dah menjadi cuka di kebanyakan mata orang, maniskanlah kembali dengan akhlak yang baik. fitrah manusia itu suka akan kebaikan :)

"sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"
[HR : Imam Ahmad]

To turn over a new leaf

Bersedih itu hanya akan memadamkan kobaran api semangat,
meredakan tekad,
dan membekukan jiwa.


Dan kesedihan itu ibarat penyakit demam yang membuat tubuh menjadi lemas tak berdaya. 


Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. 
Dan bererti juga kesedihan itu sama sekali tidak bermanfaat bagi hati. 
Bahkan, kesedihan merupakan satu hal yang paling disenangi iblis. 


Maka dari itu, iblis selalu berupaya agar seorang hamba bersedih 
untuk menghentikan setiap langkah dan niat baiknya.


''Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari setan supaya orang mukmin berduka cita.'' (QS. Al-Mujadilah:10)


[La Tahzan, Bersedih : Tak diajar syari'at dan tak bermanfaat]


*********************************************************

norma manusia, membuat kesalahan
ada yang menyedari dan ada yang tidak
yang tidak, akan terus dengan kesalahan
yang menyedari akan bersedih hati


apa yang kita 'expect' daripada bersedih hati
hanya duduk termenung mengenangkan kesalahan?
menyedari memerlukan keampunan allah, tapi tak berbuat apa-apa?
dan mahu menunggu sehingga senja?


BANGUN!
usah futur
pintu taubat allah itu luas terbuka
hanya menunggu suara-suara rayuan daripadamu


"sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
[An-Nisa', 4: 17]


ramai orang memerlukan mu


~sedikit bicara hati~

excitement itu keseronokan

excitement itu keseronokan

keseronokan yang tidak dikawal itu berbahaya

berbahaya kerana ianya boleh melupakan kita

sehinggakan melanggari batasan-batasan yang patut dikawal

dan akhirnya ia akan membawa kepada fitnah

dan perkara yang membawa kepada fitnah itu adalah dosa.

tiada balasan yang lebih baik untuk dosa melainkan an-nar

astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah


daku rasa berdosa


aku memohon keampunan kepada Allah
yang tiada sembahan melainkan Dia
dan kepadaNya lah aku bertaubat