To turn over a new leaf

Bersedih itu hanya akan memadamkan kobaran api semangat,
meredakan tekad,
dan membekukan jiwa.


Dan kesedihan itu ibarat penyakit demam yang membuat tubuh menjadi lemas tak berdaya. 


Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. 
Dan bererti juga kesedihan itu sama sekali tidak bermanfaat bagi hati. 
Bahkan, kesedihan merupakan satu hal yang paling disenangi iblis. 


Maka dari itu, iblis selalu berupaya agar seorang hamba bersedih 
untuk menghentikan setiap langkah dan niat baiknya.


''Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari setan supaya orang mukmin berduka cita.'' (QS. Al-Mujadilah:10)


[La Tahzan, Bersedih : Tak diajar syari'at dan tak bermanfaat]


*********************************************************

norma manusia, membuat kesalahan
ada yang menyedari dan ada yang tidak
yang tidak, akan terus dengan kesalahan
yang menyedari akan bersedih hati


apa yang kita 'expect' daripada bersedih hati
hanya duduk termenung mengenangkan kesalahan?
menyedari memerlukan keampunan allah, tapi tak berbuat apa-apa?
dan mahu menunggu sehingga senja?


BANGUN!
usah futur
pintu taubat allah itu luas terbuka
hanya menunggu suara-suara rayuan daripadamu


"sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
[An-Nisa', 4: 17]


ramai orang memerlukan mu


~sedikit bicara hati~

3 comments:

... said...

Perlu jelas:malu dan takut kpd Allah dengan malu dan takut kpd mns.

jgn malu dan takut kerana kita rasa kita adalah daei yg perlu tunjuk contoh yg baik kpd org lain.

jgn malu dan takut kerana kita akan dimalukan oleh kawan-kawan dan menjadi bahan sindiran.

jgn malu dan takut krn kita tidak memenuhi syrt2 utk tingkat seterusnya.

jgn malu dan takut nanti akan diperlekehkan oleh naqib dan jadi bhn bualan dlm usrah.

malu dan takutlah pada Allah yang maha memerhati dan merasa bimbanglah sekiranya amal2 kita tidak diterima kerana tindakan kita bersebabkan manusia.

ingatlah juga kasih sayang Allah mengatasi kemurkaanNya.
rahmat Allah sentiasa memenuhi neraca kehidupan.
Allah maha mengadili dan jangan terlalu menghukum diri.

Akmal Hayat said...

jzkk atas peringatan.. :)

manusia sangat mudah terlupa hala tujunya.. :(

Anonymous said...

Sebagai tanda kasihNya, Allah menegur hambaNya dengan berbagai cara.