Antara gula-gula dan cuka

dalam sebuah kampung, ada seorang penjual cuka dan ada seorang seorang penjual gula-gula.

setiap hari, penjual cuka akan dapat menjual semua hasilnya, manakalah penjual gula-gula akan pulang dengan tangan kosong.

sampai satu ketika, penjual gula-gula berputus asa dan hendak menutup kedai jualan gula-gulanya. maka sebelum menutupnya, dia ke kedai cuka untuk bertanya.


G: dengar sini. saya menjual gula-gula, sesuatu yang manis dan sedap. semua orang sukakan gula-gula. tapi kamu, menjual cuka. sesuatu yang masam dan tidak digemari ramai orang. bagaimana kamu boleh jual lebih laris daripada aku?

C: mungkin kerana saya menjual cuka yang rasanya adalah gula-gula. tetapi kamu pula menjual gula-gula yang rasanya adalah cuka.




ibrah:

1) islam itu manis dan indah (gula-gula). tetapi dipandang enteng oleh orang lain kerana sikap penganutnya sendiri. masa untuk muhasabah kembali diri kita. adakah kerana akhlak kita yang kurang baik menjadi fitnah kepada agama?

2) kalau islam itu dah menjadi cuka di kebanyakan mata orang, maniskanlah kembali dengan akhlak yang baik. fitrah manusia itu suka akan kebaikan :)

"sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"
[HR : Imam Ahmad]