hari ini hari khamis. kelas bermula pukul 9 dan sepatutnya berahkir pada pukul 1. dan yang membuatkan jadual saya tak berapa best ialah; saya ada kelas tutorial pada pukul 5 hingga 6. 4 hours off!
jadi saya pasang niat, siapkan tutorial sheet yang saya dapat dan terus balik ke rumah. selepas hantar assignment solid works dan siapkan tutorial sheet, dalam pukul 2 setengah saya pasang tekad : NAK BALIK
dari tingkat 5, turun naik lift. tekan nombor 2. pada masa tuu, ada 2 orang dalam lift. seorang lecturer dan seorang security guard. masa turun ke tingkat 4, tiba-tiba lift bergegar. dekat tingkat 4, security guard keluar.
turun ke tingkat 3. licin tanpa masalah. lecturer tu keluar. tinggal aku keseorangan dalam lift. masa ni sebenarnya tak sedap hati dah. macam nak follow lecturer tu sebab lift tu macam pelik semacam.
"eh, lagi satu level je. siket ja lagi.. xde pape yang jadi kot.."
turun ke tingkat 2, lift bergegar lagi. lampu liplap-liplap macam dalam movie cerita seram. tengok kat tempat yang tunjukkan sepatutnya tingkat mana sekarang. terpadam! SERIUS CUAK!!
masa tu dalam kepala terfikir satu ja..
"Free Fall... Free Fall... Free Fall..."
"Acceleration of lift will equal to gravitational acceleration"
"I will experience weightlessness"
"Sampai level 0, akan kembali ke rahmatullah"
dalam kecuakan itu, tiba-tiba lampu kembali okay. dan skrin menunjukkan aku berada di tingkat 0. pegang muka, terasa haba. alhamdulillah, saya masih hidup.
"dan setiap umat itu sudah ditentukan ajalnya. maka apabila tiba ajal mereka, takkan dilewatkan sesaat mahupun diawalkan" [7:34]
try tekan-tekan punat lift tu. tekan nombor tak jadi apa. tekan punat bukak, tak jadi apa. tekan tutup pun tak jadi apa.
T_T
habis dah aku kali ni. dah laa keseorangan.
usya iphone. tengok line. NO SERVICES. iphone pun ada limitation jugak~
dan terfikir, ni laa masa aku nak main 'emergency button'. press emergency button for 3 seconds. lepas tu borak-borak laa dengan operator.
sunyi. dan kadang-kadang dengar bunyi orang bertukang. sebab tingkat 0 mechanical engineering building is still under reconstruction.
i shouted, "hello! anybody there?!!" but, it left me with no answer..
dalam 15-20 minit kemudian, terdengar suara dari phone lift. angkat dan jawab. "ok, you may try to push the button".. "tak boleh pun".. "please push the open button"
dalam kepala masa tu, "bila pintu terbuka, maka aku akan diselaputi oleh kegelapan. dan aku akan berjalan bersendirian dalam kegelapan itu."
tekan open button. "ting" pintu terbuka.. ya Allah, cerahnya.. terus cari papan exit dan lari cepat2. dalam hati tiada apa yang boleh digambarkan melainkan rasa syukur. disebabkan cuak ya amat, terus pulang ke rumah tanpa berfikir apa-apa. remedial class? biarkan ianya di situ. :)
sungguh kita sebagai manusia, bila dalam kesusahan, baru ingatkan allah.
bila kita diberikan kesenangan, kita kembali alpa kepadaNya
tahukah kita erti bersyukur? :(
p/s : sumpah lepas ni fobia dah naik lift sorang2..


10 comments:
nice
huhu..best kott..
hhehe~~
isy2 akmal akmal..lain kali take care ye..
ammar >>
ini tak nice kot..macam2 scene movie play dalam kepala time ni.. T_T
mIra >>
i'll pray so that u'll experience it once..
nur >>
err..siapakan anda btw? insylh, allah sebaik2 pelindung...
Imagine >>
erk..aku selalu guna tangga kot.. kali ni ja rasa cm malas.. rsanya trun tangga x bg kesan sangat kat fitness.. kan2?
quote: "lampu liplap-liplap macam dalam movie cerita seram. "
pengaruh movie byk sgt ni...
anonymous >>
tapi seriously lampu liplap2.. >.<"
alamak..marah kew..
grau je..sory2...
da penah da..cuma kjp jelah..
lift tu terhenti..
tp tim tu ad org..huhu..
>>len kali hati2 ne!!kl da nmpak plek tu better kua tros len kali..
mIra >>
eh.. xlaa.. =.="
kadang2, proceed with 'nampak pelik' can enrich ur experience.. ke x? ke cmne?
emm..utk akmal..sume btollah..
hehe..(^__^)
haha serius cuak situation tu.
Post a Comment