Legend (Bahagian 3)

Disclaimer:
Entri ini bukanlah perkongsian ilmu. Ia adalah luahan perkara-perkara berserabut di akal fikiran penulis. Anda boleh ke blog-blog lain untuk perkongsian ilmiah yang boleh memanfaatkan masa anda. :)

*******

Aku hanya terdiam. Membisu. Tiada sepatah kata yang mampu dikeluarkan. Hanya mampu menunggu dia berkata-kata dahulu.

"Explain this."

Otak ligat mencari jawapan yang boleh memuaskan hatinya. Terbayang kembali detik demi detik sebelum ujian musim sejuk itu. Daripada aku menjejakkan kaki di London Heathrow Terminal 4, hinggalah ketika tamatnya kertas terakhir ujian tersebut.

*******

Beberapa minggu yang pertama sampai di UK, aku memang banyak berdiam diri daripada berkata-kata. Bahasa itu menjadi pemisah. Bahasa Inggeris, satu bahasa yang hanya aku akan tuturkan ketika di sekolah ketika kelas bahasa inggeris sahaja. Ataupun jika subjek tersebut memerlukan penjelasan dalam bahasa inggeris. Pendek kata, ianya tidak sebati denganku. Ianya asing sekali. Perasaan malu untuk bertutur dalam bahasa mereka melambung tinggi sekali.

Aku masih ingat kali pertama untuk aku bertutur dengan penjual di restoran makanan untuk membuat tempahan makanan. Aku biarkan semua kawan-kawanku dalam sekitar 8-10 orang membuat tempahan dulu. Aku teliti tutur kata mereka. Aku teliti tutur kata penjual. Supaya sekurang-kurangnya aku akan ada sedikit idea asas tentang apa yang perlu diperkatakan. Namun ianya tidak terjadi demikian. Ianya berakhir dengan saya minta seorang senior supaya menempah makanab yang sama dengannya.

Begitulah apa yang terjadi setiap kali memerlukan saya berurusan di kaunter pada beberapa minggu pertama di sana. Ianya sukar. Sukar untuk pecahkan tembok ketakutan itu dan membina semula menara keberanian. Aku takut. Namun aku cuba untuk positif. Insyaallah tak lama nanti, akan biasa dengan keadaan sini dan boleh ajak mat salleh tu sembang-sembang pun. Alhamdulillah, ia betul-betul terjadi.

Kemudian, terimbau juga kejadian semasa hari pertama ke universiti. Ketika sedang diberi penerangan di hadapan mengenai kad kolej, jadual, email, internet dan yang sewaktu dengannya, banyak yang tidak dapat ditangkap. Akibatnya, di akhir penerangan tersebut, lebih sebahagian daripada apa yang diperkatakan tidak dapat dihadam. 

Kemudian, aku mengambil keputusan untuk keluar lewat dari dewan kuliah untuk bertanya kembali pensyarah tersebut secara berhadapan. 

"Hi sir, I didn't get about the CID thingy just now. Where and when should I collect it?"

"Did you listen just now? You should pay your attention during the briefing just now. This is not a good start you know"

"I'm sorry. I just missed that part" T__T

Sampai ke rumah aku masih ingat, perkataan pertama yang keluar dari mulut pensyarah kepada ku. "This is not a good start you know."

********

Aku menjawab,
"I'm really sorry for my results. I think I take much of my time settling down myself. Sometimes, I find it is hard to understand what are being taught."

"Okay. No more excuses next time. Improve yourself or I will be the one who write a letter to your sponsor asking to withdraw you from this college. And I want you to compile all your tutorial sheets in a file like that and show me every Friday at the same time, 8 am. I will track your progress. This is all I can do. The one who can help you, is yourself."

*******

Perasaan, bercampur baur. Takut. Sedih. Bersemangat. Dan pelbagai lagi.

Apa yang penting ialah, pada hari tersebut, semangatku membara mahu membuktikan yang aku adalah lebih lagi daripada apa yang dia fikirkan.

*******

Aku fikir, bersemangat seperti ini sangat bagus. Namun dari sudut lain, aku tidak sedar bahawa semangat ini juga yang kemudiannya mengakibatkan pelbagai jenis konflik. Dengan kawan-kawan, housemates, dan juga mereka yang berada di sekelilingku.


Bersambung...

Legend (Bahagian 2)

Disclaimer:
Entri ini bukanlah perkongsian ilmu. Ia adalah luahan perkara-perkara berserabut di akal fikiran penulis. Anda boleh ke blog-blog lain untuk perkongsian ilmiah yang boleh memanfaatkan masa anda. :)

*******

Mulut tersenyum namun hati terasa kosong. Kerana ianya kosong dari sebelum sampai ke universiti lagi.

Keputusan yang tak pernah dicapai sepanjang 21 tahun menghuni bumi Allah ini. Tujuh subjek. Dua A. Dan yang selainnya gagal. :)

Akal memujuk juga hati untuk tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya masih ada 2A. Ada sahaja yang gagal keseluruhan mata pelajaran yang diambil.

Bersyukur sekurang-kurangnya Allah masih lagi memberi nikmat untuk masih boleh menuntut ilmu dengan mudah tanpa kesukaran mencari wang ringgit.

Memujuk hati untuk bersyukur, sekurang-kurangnya diri ini masih di sini untuk meneruskan sisa perjuangan. Sekurang-kurangnya ia menimbulkan kesedaran untuk lebih bersungguh-sungguh dan menjauhi aktiviti sia-sia.

Lalu diri ini kembali melapangkan dadanya. :)

*******

Seminggu kemudian. Ketika diri ini sudah kembali tenang. Masuk satu emel daripada senior tutor, merangkap ketua mechanical engineering department.

"Due to your bad performance on your winter tests, I would like to see you in my office on this coming Friday, 8 am."

Aku tahu keputusanku agak teruk. Tapi tak pernah sangka hingga akan dipanggil oleh ketua department. Bermakna, ianya sangat serius meskipun ia hanyalah ujian biasa yang tidak akan dikira masuk dengan semua peperiksaan akhir lain.

*******

Jumaat. Memang terasa sangat berat dan terbeban untuk meninggalkan rumah seawal jam 7 pagi semasa musim sejuk! Ia sungguh mencabar.

Tidak sempat untuk bersarapan pagi, tangan mencapai baju sejuk, kunci rumah, oyster card, dan dompet. Terasa sangat iri hati ketika menuruni tangga rumah dari tingkat tiga. Ketika aku sudah perlu keluar seawal jam 7 pagi, mereka sedap dibuai mimpi. Terdampar di ruang tamu, di bilik besar yang pintu tidak tertutup beramai-ramai. Tertidur semula selepas bacaan al-mathurat dan bacaan kitab riyadhus solihin.

Mata hanya mampu mengerling. Hati hanya mampu bersabar. Memujuk, "tak apa, hanya sehari ini sahaja. bersabarlah."

*******

Hari tidak lagi terang sepenuhnya ketika sampai di pintu masuk imperial college london. Tepat jam 7.50 pagi ketika itu. Ada lagi 10 minit sebelum janji temu dengan senior tutor. Sempat dahulu bersarapan dengan Snickers Duo dan air mineral Avian yang dibeli di Kedai Treats ketika keluar dari tube di stesen kereta api bawah tanah South Kensington.

*******

Jam 8 pagi. Aku giliran yang kedua selepas seorang lelaki mat salleh untuk memasuki ke pejabat senior tutor tersebut.

"Okay! You may come in. Please have a seat."

"What's your CID Number?"

Namaku dicari di komputernya. Dan markah keseluruhan ujianku ditunjukkan kepadaku.

Aku hanya terdiam. Membisu. Tiada sepatah kata yang mampu dikeluarkan. Hanya mampu menunggu dia berkata-kata dahulu.

"Explain this."


Bersambung...

Legend (Bahagian 1)

Disclaimer:
Entri ini bukanlah perkongsian ilmu. Ia adalah luahan perkara-perkara berserabut di akal fikiran penulis. Anda boleh ke blog-blog lain untuk perkongsian ilmiah yang boleh memanfaatkan masa anda. :)

*******

Sebenarnya berhasrat untuk beri nama entri ni "Road to 22". Memandangkan nama tersebut sangat panjang dan dalam bahasa inggeris pulak tu, jadi disingkatkan laa menjadi legend. Eh, baru perasan. Legend jugak bahasa inggeris. Tapi tak pe lah. =.=

*******

Permulaan umur 21. Jujurnya, saya tak berapa suka jika sambutan hari lahir saya disambut besar-besaran. Tapi saya suka mendapat wish melalui media elektronik. Kerana saya sangat tak reti nak respon bila ada orang ucapkan selamat hari jadi secara berdepan. My bad. Dan jugak suka menerima hadiah! :)

Menjejaki umur 21. Sangat dahsyat. Dah mula rasa tanggungjawab mengundi, tanggungjawab terhadap keluarga, dan sedikit sebanyak persediaan untuk mendirikan rumah tangga.

Minggu pertama memasuki umur 21, sudah dihidangkan dengan ketakutan. Terasa berdebar untuk ke universiti. Masa untuk mengetahui keputusan ujian musim sejuk. Jujurnya, saya dapat merasakan yang saya buat ujian tersebut dengan teruk sekali.

Kelas dan kuliah pada hari tersebut, masih tersimpan di ingatan. Saya beberapa minit lewat untuk masuk ke kuliah yang pertama pada hari tersebut kerana singgah bersarapan di pertengahan jalan ketika ke universiti akibat sangat lapar. Sejuk. Menggigil. Ditambah pula dengan kecuakan untuk mengetahui keputusan yang hanya Allah saja yang tahu.

Semasa kelas, konsentrasi hilang entah ke mana. Minda tidak hadir sepertimana hadirnya jasad yang menguatkan juga dirinya untuk berada di situ walaupun terpaksa mengharungi musim sejuk yang sangat menguatkan kemalasan diri.

Tamat kelas. Bergegas ke pejabat undergrad. Melihat beberapa helaian kertas yang tersusun nombor matrik pelajar beserta keputusan terlekat kemas di papan kenyataan di luar bahagian pejabat.

Teringat zaman lepas-lepas. Ketika i smkak, kisas, dan juga kmb. Jika masa untuk menyemak keputusan peperiksaan mahupun ujian, saya akan mulakan semakan nama dari atas.

Buat kali pertama pada kali itu, saya mulakan semakan nombor matrik saya dari bawah. Saya tahu saya tidak menjawab dengan bagus. Dalam hati, hanya doa-doa yang diluahkan. Semoga ianya tidaklah teruk sangat. Dari bawah, jari yang menunjuk senarai nombor matrik itu bergerak sedikit demi sedikit ke atas.

Sampailah ke nombor matrikku. Lalu jari digerakkan sedikit demi sedikit ke kanan. Mulut tersenyum, namun hati terasa kosong. Kerana ianya kosong dari sebelum sampai ke universiti lagi.


Bersambung...