Disclaimer:
Entri ini bukanlah perkongsian ilmu. Ia adalah luahan perkara-perkara berserabut di akal fikiran penulis. Anda boleh ke blog-blog lain untuk perkongsian ilmiah yang boleh memanfaatkan masa anda. :)
*******
Aku hanya terdiam. Membisu. Tiada sepatah kata yang mampu dikeluarkan. Hanya mampu menunggu dia berkata-kata dahulu.
"Explain this."
Otak ligat mencari jawapan yang boleh memuaskan hatinya. Terbayang kembali detik demi detik sebelum ujian musim sejuk itu. Daripada aku menjejakkan kaki di London Heathrow Terminal 4, hinggalah ketika tamatnya kertas terakhir ujian tersebut.
*******
Beberapa minggu yang pertama sampai di UK, aku memang banyak berdiam diri daripada berkata-kata. Bahasa itu menjadi pemisah. Bahasa Inggeris, satu bahasa yang hanya aku akan tuturkan ketika di sekolah ketika kelas bahasa inggeris sahaja. Ataupun jika subjek tersebut memerlukan penjelasan dalam bahasa inggeris. Pendek kata, ianya tidak sebati denganku. Ianya asing sekali. Perasaan malu untuk bertutur dalam bahasa mereka melambung tinggi sekali.
Aku masih ingat kali pertama untuk aku bertutur dengan penjual di restoran makanan untuk membuat tempahan makanan. Aku biarkan semua kawan-kawanku dalam sekitar 8-10 orang membuat tempahan dulu. Aku teliti tutur kata mereka. Aku teliti tutur kata penjual. Supaya sekurang-kurangnya aku akan ada sedikit idea asas tentang apa yang perlu diperkatakan. Namun ianya tidak terjadi demikian. Ianya berakhir dengan saya minta seorang senior supaya menempah makanab yang sama dengannya.
Begitulah apa yang terjadi setiap kali memerlukan saya berurusan di kaunter pada beberapa minggu pertama di sana. Ianya sukar. Sukar untuk pecahkan tembok ketakutan itu dan membina semula menara keberanian. Aku takut. Namun aku cuba untuk positif. Insyaallah tak lama nanti, akan biasa dengan keadaan sini dan boleh ajak mat salleh tu sembang-sembang pun. Alhamdulillah, ia betul-betul terjadi.
Kemudian, terimbau juga kejadian semasa hari pertama ke universiti. Ketika sedang diberi penerangan di hadapan mengenai kad kolej, jadual, email, internet dan yang sewaktu dengannya, banyak yang tidak dapat ditangkap. Akibatnya, di akhir penerangan tersebut, lebih sebahagian daripada apa yang diperkatakan tidak dapat dihadam.
Kemudian, aku mengambil keputusan untuk keluar lewat dari dewan kuliah untuk bertanya kembali pensyarah tersebut secara berhadapan.
"Hi sir, I didn't get about the CID thingy just now. Where and when should I collect it?"
"Did you listen just now? You should pay your attention during the briefing just now. This is not a good start you know"
"I'm sorry. I just missed that part" T__T
Sampai ke rumah aku masih ingat, perkataan pertama yang keluar dari mulut pensyarah kepada ku. "This is not a good start you know."
********
Aku menjawab,
"I'm really sorry for my results. I think I take much of my time settling down myself. Sometimes, I find it is hard to understand what are being taught."
"Okay. No more excuses next time. Improve yourself or I will be the one who write a letter to your sponsor asking to withdraw you from this college. And I want you to compile all your tutorial sheets in a file like that and show me every Friday at the same time, 8 am. I will track your progress. This is all I can do. The one who can help you, is yourself."
*******
Perasaan, bercampur baur. Takut. Sedih. Bersemangat. Dan pelbagai lagi.
Apa yang penting ialah, pada hari tersebut, semangatku membara mahu membuktikan yang aku adalah lebih lagi daripada apa yang dia fikirkan.
*******
Aku fikir, bersemangat seperti ini sangat bagus. Namun dari sudut lain, aku tidak sedar bahawa semangat ini juga yang kemudiannya mengakibatkan pelbagai jenis konflik. Dengan kawan-kawan, housemates, dan juga mereka yang berada di sekelilingku.
Bersambung...
2 comments:
tak sabar menunggu sambungannya ^^
me too!
Post a Comment