Sayu. Cukup untuk membuatkan aku terjaga,
dari lena semalaman.
Menangis, merintih mungkin?
Kutarik pintu perlahan-lahan.
Membukanya.
Mencari asalnya suara rintihan itu.
Bilik solat.
Melangkah. Meskipun terhuyung-hayang.
Belum lagi dapat mengimbangkan badan sepenuhnya.
Aku mencuri-curi untuk mendengar.
Walaupun tidak jelas,
namun cukup untuk menangkap beberapa bait kata.
"Ya Allah. Kau makbulkanlah doa-doa abang-abangku,
doa-doa kakak-kakakku,
doa-doa adik-adikku,
doa-doa ibu dan bapaku,
doa-doa rakan-rakanku.
Dan sentiasa tetapkanlah mereka dalam iman,"
Hati mana tidak tersentuh.
Hampir sahaja titisan air mata yang mengalir ini,
jatuh menyembah bumi.
Tambahan jika nama anda disebut,
dalam setiap doa-doanya.
***********
Ego itu,
apabila kita hanya mementingkan diri sendiri dalam doa.
Kerana orang yang tidak mendoakan orang lain dalam doanya,
adalah antara orang yang sangat rugi. :)
Sepertimana kita mahu orang lain mendoakan kita,
seperti itu jugalah kita perlu doakan orang lain.
Kerana,
doa seseorang kepada saudaranya tanpa pengetahuan,
adalah doa yang dimakbulkan.
Untungkan?
Jom Doakan Orang Lain. :)
************************************
Ku serah takdir di tanganNya
Mengukir perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana
Dia Di Hati Selalu
Memberikanku Petunjuk
Apabila Pemandagan Samar
Biarpun Hidup Digoda
Ujian dan Pancaroba
Pasti Ada Hikmah Di Akhirnya

2 comments:
mana no 5. hehee
anomaly : akan di-post insyaallah. :)
Post a Comment